Friday 7 June 2013

LAJIM SEMAKIN PASTI JADI KETUA MENTERI?






Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

SETELAH gagal menjadi Ketua Menteri Sabah kerana Pakatan Rakyat gagal menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan seteru ketatnya, Musa Aman; Datuk Seri Panglima Dr. Lajim Haji Ukin semakin pasti dilantik sebagai 'Ketua Menteri' Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 13 hingga 20 Jun 2013.

Namun halangan utama yang dihadapinya ialah tentangan daripada ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang dikhabarkan enggan memberikan laluan kepada beliau, sekalipun setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim campurtangan.

Paparazzi mendapat maklumat bahawa pada awalnya, PKR Sabah mencadangkan ADUN Api-Api, Christina Liew untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang, namun kesemua ADUN DAP membantah bagi menyekat pengaruh Christina mengatasi 'KeCinaan' DAP.

Jalan paling selamat bagi DAP ialah dengan mencadangkan ADUN daripada KDM iaitu Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing; namun ADUN PKR tidak bersetuju kerana Bumburing bukannya ahli PKR, sebaliknya Presiden APS yang menggunakan logo PKR pada PRU-13 yang lalu.

Sebagai jalan tengah, terdapat ura-ura majoriti ADUN Pakatan Rakyat agar memilih ADUN KDM yang beragama Islam dan satu-satunya calon tunggal ialah Jelani; sehingga dikhabarkan Anwar telah berhempas pulas memujuk Jelani agar memberi laluan kepada senior atau veteran iaitu Lajim.

Tanpa disangka, Jelani bertindak balas dan enggan menyerahkan jawatan penting untuk survival Pakatan Rakyat di Sabah kepada Lajim sehingga berlaku pertelingkahan lidah setelah Jelani meningkah bahawa Lajim bukan Senior dalam PKR dan hanya menjadi 'Pembonceng' seperti Wilfred Bumburing.

Sebaliknya sebagai persediaan awal, tanpa pengetahuan PKR Sabah, Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur menerima permohonan Lajim menyertai PKR sekitar tiga minggu lalu bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua 'Menteri' Pembangkang di DUN Sabah.

Bagaimanapun Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said ketika dihubungi mengesahkan Pakatan Rakyat belum menyerahkan Watikah Perlantikan Ketua Pembangkang dan mengakui akan menerima kunjungan 12 ADUN Pakatan Rakyat pada 11 Jun depan.

Difahamkan, mengikut peraturan Dewan Undangan Negeri Sabah, Pakatan Rakyat diwajibkan menyerahkan nama Ketua Pembangkang untuk urusan penentuan kedudukan kerusi di dalam DUN Sabah kerana jika mereka gagal berbuat demikian, kesemua mereka terpaksa duduk di tempat yang berasingan dengan kedudukan Pembangkang.

Bagaimanapun jika Anwar bertegas mahu agar kesemua 11 ADUN Pakatan Rakyat menerima perlantikan Lajim sebagai Ketua 'Menteri' Pembangkang, maka dikhuatiri akan berlaku kekecohan jika Jelani meminta agar perlantikan berkenaan dibuat secara undian di kalangan ADUN Pembangkang.

Majoriti ADUN yang ditemui agak keberatan berketuakan 'Raja Katak dan Raja Judi' tersohor di Malaysia kerana bimbang hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 dan DUN Sabah pada PRU-15 tidak mungkin kesampaian; malah akan menjadikan Pakatan Rakyat mundur 20 tahun terkebelakang.

Apatah lagi, sudah 100 peratus pasti Lajim akan melobi jawatan Ketua Perhubungan PKR Sabah dan Anwar akan terus melayan Ketua Cabang Sabah sebagaimana kejayaan beliau memperdaya Ansari Abdullah.

Nampaknya, semangat juang Jelani semakin kental kerana sikapnya semakin lantang sekalipun meluahkan buah fikiran melalui Facebook dalam bahasa Rungus yang antara lainnya bermaksud, "Kalau Silap Pilih, Bye Bye gaman ini PKR!"

Paparazzi masih gagal menghubungi Jelani untuk mendapatkan pengesahan beliau berhubung hasratnya untuk merebut jawatan Ketua Pembangkang di DUN Sabah; apatah lagi beliau merupakan ADUN Pakatan Rakyat yang terawal mencadangkan Kabinet Bayangan.

Tidak dapat dipastikan apakah Anwar akan mengambil kesempatan mengumumkan Ketua Pembangkang DUN Sabah dalam lawatan ke Sabah esok; dengan satu syarat, jika beliau tidak dihalang masuk ke Sabah seperti nasib yang diterima anaknya, Nurul Izzah dan Tian Chua baru-baru ini. Anwar mungkin boleh menyusup masuk ke Sabah melalui laluan tikus, iaitu Labuan!

27 comments:

  1. Statistik prestasi PKR untuk kawasan Parlimen di atas membuktikan PKR ditolak di Sabah, Sarawak dan kawasan majoriti pengundi Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

    Di Sabah, PKR hanya menang satu kerusi daripada 19 kerusi dipertandingkan iaitu Parlimen Penampang.

    Manakala PKR kalah di 18 kerusi iaitu Parlimen Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Papar, Kimanis, Sipitang, Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Tawau.

    Majoriti yang dimenangi calon BN di semua Parlimen di atas di antara 673 undi hingga 20,905 undi.

    ReplyDelete
  2. Daripada 19 calon Parlimen PKR itu dipecahkan pula PKR, 10 kerusi dan sekutunya Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), 5 kerusi dan Angkatan Perubahan Sabah (APS), 4 kerusi yang juga turut bertanding di bawah logo PKR.

    PPPS bertanding di Parlimen Papar, Kimanis, Sipitang, Kinabatangan dan Beaufort dan APS pula bertanding di Parlimen Kota Marudu, Tuaran, Pensiangan dan Beluran, manakala selebihnya ditandingi calon-calon PKR Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Ketua PPPS, Datuk Seri Lajim Ukin yang sepatutnya berjaya mempertahankan Parlimen Beaufort (menang pada PRU 12 dengan majoriti 10,914 undi) pada PRU 13 kalah di gelanggang sendiri kepada calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun dengan majoriti 673 undi.

    Begitu juga dengan Datuk Mojilip Bumburing @ Wilfred, Ketua APS tewas di gelanggang sendiri, Parlimen Tuaran di tangan calon BN, Madius Tangau dengan majoriti 5,190 undi sedangkan pada PRU 12, Wilfred Bumburing menang Parlimen itu dengan majoriti 6,622 undi.

    ReplyDelete
  4. Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

    Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  5. Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

    Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

    ReplyDelete
  6. Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan visi masa depan negara sebagai keutamaan, bukan mengamalkan janji kosong dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata setiap perancangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memandang ke hadapan.

    ReplyDelete
  9. “Datuk Seri Najib baru dua tahun mengambil alih tampuk pemerintahan dan ketelusan beliau mentadbir negara boleh dilihat berbanding Pakatan Rakyat hampir empat tahun memerintah lima negeri masih gagal menunaikan janji mereka.

    “Pakatan Rakyat pandai berjanji perkara di luar kemampuan namun tidak pernah mengambil tanggungjawab,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Mengenai konsep rakan kongsi berasaskan semangat ‘nambikei’ iaitu kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, beliau berkata Perdana Menteri begitu telus agar rancangan transformasi kerajaan berjaya.

    ReplyDelete
  11. Pemimpin perlu utamakan tugas terlebih dahulu dan bukannya jawatan semata-mata.

    ReplyDelete
  12. Rahsia sebenar mengapa Lajim Ukin begitu gembira meletakkan semua jawatan (kecuali jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) terbongkar oleh sumber dalaman PKR.

    ReplyDelete
  13. 'Political plan' Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan setelah hampir tujuh bulan memujuk Lajim dan Wilfred Bumburing untuk menikam belakang Najib.

    ReplyDelete
  14. Anwar Ibrahim mahukan impak ... dan beliau cukup yakin kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat impak positif dan tapak politik baru di Sabah.

    ReplyDelete
  15. Menurut sumber dalaman PKR, Lajim sudah melambungkan dirinya kepada penduduk Sabah bahawa beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru seperti yang dipersetujui dengan Ketua Pembangkang ini.

    ReplyDelete
  16. Ini adalah 'golden hand shake' diantara Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim ... Walhal Anwar Ibrahim telah pun mengadakan 'golden hand shake' dengan Jefrrey Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Sabah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ... kalau jatuh lah.

    ReplyDelete
  17. Ramai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru ... Lajim atau Jefrrey? Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.

    ReplyDelete
  18. Anwar Ibrahim lupa bagaimana Jeffrey Kitingan tinggalkan dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang besar PKR.

    ReplyDelete
  19. Anwar Ibrahim juga tahu sifat dan sikap Lajim Ukin yang mahu semua jawatan di Sabah. Ketua Pembangkang ini pun tahu fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal.

    ReplyDelete
  20. Rupa-rupanya 'golden hand shake' sudah bertukar menjadi 'golden shit head'. Jeffrey tidak tahu Anwar main belakangnya. Lajim pun tidak tahu Anwar main belakangnya. Dua-dua kena main belakang. Dah kena dah ...

    ReplyDelete
  21. Dalam hal ini DS Najib nyata lebih bijak. Biarkan Lajim Ukin masuk ke dalam kem Pakatan Rakyat dengan fail-fail SPRMnya sekali. Senang kerja BN Sabah ... Nasib la lu Lajim Ukin.

    ReplyDelete
  22. BN Sabah akan membuat petisyen pilihanraya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang di menangi Datuk Seri Lajim Ukin kerana bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu hanya menang 179 undi pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

    ReplyDelete
  23. Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, pada mulanya Umno memenangi kerusi itu, namun selepas kiraan semula sebanyak tiga kali, akhirnya bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu diumumkan sebagai pemenang.

    ReplyDelete
  24. Di DUN Klias, selepas tiga kali pengiraan undi baru dia (Lajim) menang, kali pertama kira Isnin Aliasneh (calon BN) menang dan akhirnya pada kali ketiga kira, baru dia menang.

    ReplyDelete
  25. Kita (BN) akan buat petisyen kerana dengan undi sekitar 100 sahaja dia boleh menang," kata Musa Aman yang banyak menghabiskan masanya berkempen di kawasan itu sebelum dan semasa PRU lalu.

    ReplyDelete
  26. Pada PRU lalu, Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan bertanding menggunakan lambang KEADILAN memenangi kerusi itu dalam saingan empat penjuru menewaskan
    calon BN yang juga bekas orang kuatnya, Isnin Aliasnih dan dua calon lain.

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, Lajim yang turut bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort tewas dengan majoriti 673 undi dalam saingan tiga penjuru. Lajim mendapat 12,154 berbanding Azizah 12,827 undi,

    ReplyDelete