Tuesday 4 June 2013

LARANGAN KE ATAS NURUL TAMAT






KOTA KINABALU : Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya untuk satu acara, iaitu menjelang majlis penutup sambutan Pesta Kaamatan.

Ini dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan-laporan yang telah diterima, katanya dalam kenyataan ringkas di sini Isnin.

Sukarti berkata tidak ada larangan tetap ke atas Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin pembangkang untuk datang ke Sabah selagi "mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan".

"Malah, pemimpin DAP Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke negeri ini kurang dari dua minggu lepas," katanya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Perpaduan dan persefahaman di antara masyarakat berbilang kaum kunci utama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, semangat perpaduan di antara kaum di negara ini perlu dipelihara dan dikekalkan untuk memastikan hasrat negara tercapai melalui semangat Konsep 1Malaysia.

    ReplyDelete
  3. “Semua kaum tidak ada yang di pinggirkan atau disisihkan oleh kerajaan yang ada hari ini kerana setiap perayaan akan disambut bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan sosiobudaya masyarakat berkenaan.

    ReplyDelete
  4. “Selain sebagai platform untuk menyatukan semua kaum, sambutan pesta Kaamatan ini juga mampu untuk mempromosikan adat dan budaya masyarakat yang berbilang kaum di negara ini khususnya bagi masyarakat KadazanDusun dan Murut.

    ReplyDelete
  5. “Perpaduan dan persefahaman ini juga perlu ada di kalangan masyarakat bagi meneruskan kelangsungan agenda pembangunan negara,” katanya

    ReplyDelete
  6. “Jangan jadikan medan politik sebagai halangan untuk kita disatukan melalui semangat perpaduan yang ada sehingga ada pihak-pihak tertentu cuba untuk mengetengahkan sesuatu isu yang boleh memecah-belahkan rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Kalau Si Nurul Izzah tu nak duduk terus kat Sabah pun boleh. Duduk kat Lembah Pantai pun dia bukannya bawak sebarang manfaat kepada warga kawasan dia.

    ReplyDelete
  8. Apa yang dia buat hanya meremeh - remehkan penduduk setempat dan menabur fitnah yang bukan - bukan. Malah, dia sanggup menafikan hak penduduk Lembah Pantai sendiri.

    ReplyDelete
  9. Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah meroyan sakan kata dia dihalang dari memasuki Negeri Sabah. Kononnya dia nak menunjukkan yang Kerajaan ni kejam sangat la.

    ReplyDelete
  10. Walhal, apa yang dijelaskan oleh Ketua Menteri Sabah tu memang lojik beb. 'Tuan Rumah' mana yang nak orang datang ke rumah dia dan buat huru hara.

    ReplyDelete
  11. Tak de orang waras akal dalam dunia yang akan buat macam tu. Setakat datang dengan niat nak memporak perandakan keadaan, baik tak payah.

    ReplyDelete
  12. Memang patut sangat pun orang Sabah halang dia. Jangan la Si Nurul Izzah tu ingat semua orang suka sangat dengan Si Kaki Fitnah macam dia datang ke tempat mereka.

    ReplyDelete