Sunday 16 June 2013

MANTAPKAN HARIMAU MALAYSIA BUKAN MALAYA!






MALAYSIA..Syed mahu pangilan Harimau Malaya ditukar dan turut memanggil pemain dari Sabah dan Sarawak dalam pasukan bolasepak kebangsaan.

Oleh : MEDIA PRIBUMIS

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Syed Kamalrul Sufian  meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara ditukar kepada 'Barisan Harimau Malaysia' bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Syed, menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Beliau berkata rakyat Sabah turut menyokong pasukan bola sepak negara  dalam setiap kejohanan dalam dan luar negara tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

"Kami bersama  dengan kejayaan dan kekalahan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta agar Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar megharamkan istilah Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Tambahnya lagi, pemain pemain berbakat dari Sabah dan Sarawak harus di panggil dan turut sama berada dalam pasukan Harimau Malaysia.“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak mereka sendiri  dan diberi nama Harimau Borneo sebagai pasukan  bolasepak kedua  negara,” katanya.

“Saya fikir ada asas untuk desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan istilah Barisan Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

15 comments:

  1. Beliau berkata rakyat Sabah turut menyokong pasukan bola sepak negara dalam setiap kejohanan dalam dan luar negara tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia

    Nama pasukan juga dipolitikkan.

    ReplyDelete
  2. Semangat berpasukan harus dipupuk dan dipeliharakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, jangan hilang semangat disebabkan isu yang bukannya serius sangat ini.

      Delete
  3. “Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

    Mungkin nama tersebut boleh ditukar kepada nama yang boleh diterima oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  4. NAMA HARIMAU MALAYA SUDAH DIGUNAKAN SEJAK DULU.. IAITU KETIKA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MASIH BELUM MENYERLAH.. JESTERU, KENAPA BARU HARI INI MINTA NAMA ITU DITUKAR?? KENAPA HANYA SELEPAS PASUKAN INI MERANGKUL BANYAK KEJUARAAN BARULAH ADA YANG TERBUKA MATA UNTUK MENUKAR NAMANYA?

    ReplyDelete
  5. SEPERKARA LAGI, PERLU JUGA DIAMBILKIRA BAHAWA HARIMAU HANYA WUJUD DI NEGERI2 DI SEMENANJUNG, BUKAN DI SABAH.. JADI ADA ASASNYA PENGGUNAAN "MALAYA" UNTUK MENGGAMBARKAN HABITAT HAIWAN INI DI MALAYSIA..

    ReplyDelete
  6. Sabah & Sarawak sudah pun menjadi sebahagian dari Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There are part of Malaysian since day 1.

      Delete
  7. ISU INI JUGA TIDAK PERLU DI"SENSITIFKAN" KERANA SETIAP KALI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA BERTEMPUR, PENYOKONG2 MALAYSIA TETAP MELAUNGKAN PERKATAAN "MALAYSIA", BUKANNYA "MALAYA".. OLEH ITU, ELOKLAH JIKA SEMANGAT 1MALAYSIA DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK LAUNGAN, BUKANNYA NAMA..

    ReplyDelete
  8. Nama ini sudah lama digunakan.

    ReplyDelete
  9. Isu nama ini tidak harus diperbesarkan. Selesaikan dengan hati yang tenang.

    ReplyDelete
  10. Pencapaian Harimau Malaya sebelum ini memang baik dibandingkan.

    ReplyDelete
  11. bagus tukar harimau malaya jadi orang utan! !! hairan yaa kanapa sabah nda letak nama young rhino jadi orang utan !!! ngam baa itu team bola sabah kita gelar Orang Utan FC. .. palis palis bule jadi juara dunia. .. wakakakakaaaa

    ReplyDelete