Monday 17 June 2013

MASALAH ELEKTRIK KG ISTIMEWA SELESAI






LAWATAN.....Linda Tsen bersama pegawai SESB meninjau di kawasan  perumahan PPRT  Kampung Istimewa Batu Sapi.

oleh : SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI : Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin serta pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membuat tinjauan ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Istimewa untuk mengkaji masalah bekalan elektrik yang dihadapi penduduk.

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PPRT Kampung Istimewa telah mengemukakan permintaan kepada Wakil Rakyat itu supaya tiang elektrik dipasang untuk membolehkan bekalan elektrik disalurkan kepada penduduk di perkampungan berkenaan.

Datin Linda bersama pegawai SESB dan kakitangan pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi termasuk Ketua Pegawai Perhubungan Kong Nyuk Thou telah turun padang untuk meninjau perkara tersebut. Usaha akan dibuat untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.


"PPRT Kampung Istimewa  terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi dan saya sebagai ahli parlimen yang pilih semula dua penggal untuk menerajui kepimpinan kawasan Batu Sapi; akan bekerja keras untuk mempastikan kawasan Batu Sapi akan terus membangun dalam aspek pembangunan asas agar penduduk tegar BN di kawasan ini terus selesa menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan BN,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sejajar dengan konsep kerajaan BN di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan menepati janji; maka pihaknya akan terus fokus kepada arus  pembangunan terutama sekali memenuhi hasrat para penyokong dan pengundi tegar BN yang masih tinggal di perkampungan pesisiran pantai.

30 comments:

  1. Penduduk daerah Sandakan akan menikmati bekalan elektrik yang lebih baik dengan bertambahnya sebuah lagi janakuasa elektrik turbin gas yang berkeupayaan menjana 20 megawatt di kawasan Batu Sapi.

    Janakuasa itu telah dilancarkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang melibatkan kerjasama dari Simebest Corporation akan dapat menampung penjanaan elektrik di daerah Sandakan.

    Semasa ditanya wartawan selepas lawatan ke Stesen Janakuasa Turbin Gas berkenaan, Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata janakuasa yang sudahpun beroperasi sejak dua minggu yang lepas ini adalah untuk memberi sokongan kepada 70 megawat penjanaan elektrik yang sedang peroperasi.

    Katanya, dengan tambahan janakuasa untuk Pantai Timur Sabah, menjadikan penjanaan kuasa elektrik untuk daerah Sandakan berjumlah 90 megawatt.

    “Saya yakin dengan pelancaran untuk sebuah lagi janakuasa elektrik turbin gas berkeupayaan 20 megawat itu sudah pasti akan dapat menampung penjanaan sedia ada,” jelasnya.

    ReplyDelete
  2. Beliau memaklumkan, pada Ogos tahun lepas SESB Cawangan Sandakan juga telah melancarkan satu set janakuasa mudah-alih yang berkeupayaan 28 megawat di Stesen Janakuasa Elektrik Seguntor.

    Katanya, pada masa ini permintaan elektrik di daerah Sandakan sudah mencapai 112 megawat dan sebagai mengatasi masalah itu, pihak SESB akan mendapatkan keperluan bekalan elektrik dari grid Pantai Barat.

    Beliau menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik sebanyak 29 sen seunit yang dikenakan kepada pengguna sungguhpun kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak 45 sen seunit.

    “Pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan taraf itu … namun suka saya ingatkan di sini supaya pengguna mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah dan tidak membazir.

    “Contohnya, kalau mereka keluar rumah untuk bekerja dan sebagainya hendaklah sentiasa menutup suis penghawa dingin atau apa saja … ini penting bagi mengurangkan kos penggunaan elektrik

    “Amalan berjimat-cermat amat diterapkan dalam kehidupan seharian kita,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat.

    ReplyDelete
  3. Menteri baru Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, pihaknya akan terus memperbaiki keadaan bekalan tenaga di Sabah. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai pembangunan bekalan elektrik di Sabah.

    Tumpuan akan diberi untuk mengurangkan berlaku gangguan tenaga iaitu, untuk mengurangkan Sistem Indeks Tempoh Purata Masa Gangguan juga dikenali sebagai SAIDI, katanya.

    Dalam taklimat itu, dalam tempoh lima tahun yang lalu, SESB melaporkan penurunan ketara gangguan tenaga dari 2867.24 minit pada 2009 kepada 556.86 minit bagi setiap pengguna pada tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha mengurangkan kadar gangguan elektrik harus diteruskan.

      Delete
    2. Kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menyelesaikan isu bekalan elektrik.

      Delete
  4. Pada tahun ini, Ongkili mahu mengurangkan gangguan dengan menetapkan sasaran 450 minit setiap pengguna SESB. Beliau memaklumkan bahawa angka SAIDI menurun kepada 150.3 minit setiap pengguna pada 19 Mei tahun ini. Menetapkan matlamat, Menteri mahu mengurangkan kepada separuh gangguan tenaga kepada 225 minit setiap pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.

    "Dalam tempoh yang sama, SESB juga dijangka meningkatkan Reserve Margin kepada 30 atau 40 peratus dengan siapnya dua Loji Tenaga Bebas (IPP) di Kimanis Power Sdn Bhd dan SPR Tenaga (M) Sdn Bhd," kata Ongkili. IPP dijadual memulakan operasi akhir tahun ini.

    ReplyDelete
  5. Menteri juga berkata, usaha-usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mencari alternatif yang boleh diterima untuk loji tenaga arang batu yang dicadangkan di Lahad Datu yang telah dibatalkan berikutan bantahan besar-besaran oleh aktivis alam sekitar dan orang ramai. Menurutnya, Kerajaan Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas berada di peringkat akhir perbincangan berkaitan isu ini. Cadangan empangan di Upper Padas juga sedang dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan.

    Menurut Ongkili, sejak pengurusan Lembaga Letrik Sabah diambil alih oleh SESB pada tahun 1998, bekalan tenaga meningkat empat kali ganda untuk memenuhi 100 peratus peningkatan penggunaan elektrik. Katanya, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kecekapan kos dan pada masa yang sama meningkatkan kapasiti pengeluaran loji tenaga di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Menteri itu berkata, selain mengurangkan SAIDI, Kementerian juga akan mengukuhkan kewangan SESB bagi memastikan peningkatan kapasiti pengeluaran syarikat menggunakan kos yang berkesan.

    Beliau memberitahu pemberita, tarif yang dikumpul oleh SESB hanya boleh membiayai 80 peratus daripada kos operasi SESB dan TNB dan Kerajaan Persekutuan perlu menyerap kos selebihnya. Katanya, ketika ini, tarif elektrik di Sabah adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  7. masalah bekalan elektrik dikawasan lain jg harus diselesaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekalan elektrik masih tidak mencukupi, banyak tempat masih tidak mendapat bekalan yang baik.

      Delete
    2. Kawasan luar bandar masih tidak mendapat bekalan yang mencukupi.

      Delete
  8. syabas kepada Datin Linda.. benarlah kata beliau dulu ketika pertama kali memenangi kerusi Parlimen Batu Sabah bahawa beliau akan banyakkan bekerja berbanding dengan bercakap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buktikan kebolehan dari aksi. Sikap kutuk mengutuk harus dielakkan.

      Delete
  9. syabas juga kepada penduduk Batu Sapi kerana terus memberikan kepercayaan kepada Datin Linda dan juga Barisan Nasional pada PRU13 baru2 ini.. pasti selepas ini lebih banyak pembangunan akan disalurkan ke Batu Sapi..

    ReplyDelete
  10. ketika anwar dan konco2nya terus meroyan kehulu dan kehilir mempertikaikan keputusan PRU13, pemimpin2 BN terus maju kehadapan membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang harus berusaha dan membuktikan kebolehan untuk membela nasih rakyat.

      Delete
  11. Sabah Electricity sdn Bhd (SESB) menasihati para pengguna agar merujuk jadual catuan bekalan elektrik harian di laman web rasminya di www.sesb.com.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua pihak ada internet, mungkin harus mencari cara lain atas rujukan tersebut.

      Delete
  12. Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB,IT. Ahmad Fuad Md Kasim, jadual catuan, yang mula dimuatnaik bermula 29 Mei lepas, akan dikemaskini setiap hari (kecuali hari Sabtu dan Ahad) sebelum jam 9 pagi.

    ReplyDelete
  13. "Bagi mengelakkan kekeliruan terhadap kawasan yang mungkin mengalami gangguan elektrik maka jadual ini hanya akan dimuatnaik pada hari sama.

    "Jadual catuan juga membolehkan pihak SESB mengenal pasti status kapasiti janaan elektrik sedia ada pada hari berkenaan dan sama ada ia dapat menampung permintaan pada waktu beban puncak," katanya.

    ReplyDelete
  14. Dalam hubungan ini, beliau mengulangi, para pengguna boleh merujuk kepada jadual terkini ini sehinggalah keadaan kapasiti janaan elektrik meningkat ke paras lebih baik.

    Bagaimanapun, katanya, jadual tersebut hanyalah sebagai panduan dan sekiranya kapasiti janaan pada masa itu mencukupi maka catuan bekalan tidak akan dikuatkuasakan.

    ReplyDelete
  15. Beliau menjelaskan, catuan bekalan elektrik terpaksa dikuatkuasakan beberapa kali oleh SESB sejak pertengahan bulan lalu selepas beberapa set janakuasa elektrik besar milik Stesen janakuasa Bebas (IPP) mengalami kerosakan.

    "Selain jadual catuan bekalan elektrik, notis penutupan sementara bekalan elektrik juga boleh didapati di dalam laman web ini," tambahnya.

    ReplyDelete
  16. Selaras dengan pembangunan yang semakin pesat, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menambah sebanyak 20 megawatt (MW) bekalan elektrik di daerah ini dengan siapnya Projek Rehabilitasi Set Turbin Gas di Stesen Janakuasa Batu Sapi,Sandakan.

    ReplyDelete
  17. Ia menjadikan sebanyak 28MW disalurkan dari set turbin gas dengan 8MW sudah disalurkan sejak set turbin gas itu mula beroperasi pada Ogos tahun lepas.

    ReplyDelete
  18. Pelancaran penyaluran 20MW janakuasa elektrik melalui set turbin gas itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah di stesen janakuasa itu

    ReplyDelete
  19. Tan berkata penambahan 28MW bekalan elektrik itu adalah bagi menampung permintaan pengguna terutama pembangunan yang semakin pesat berlaku di daerah tersebut.

    “Ini merupakan projek jangka pendek sementara menunggu stesen janakuasa berkapasiti 300MW di Lahad Datu siap pada 2015,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan dan SESB masih berusaha untuk memastikan bekalan elektrik dapat naik taraf.

      Delete
  20. Menurutnya selain bekalan elektrik yang dijana di beberapa stesen janakuasa, SESB Sandakan juga menerima bekalan elektrik daripada Grid Pantai Barat dengan jumlah bekalan elektrik di daerah tersebut boleh mencapai 150MW dan permintaan pengguna adalah sebanyak 112MW.

    ReplyDelete
  21. Budaya turun padang ini memang terbaik agar masalah jelas difahamkan dan sedia mengambil langkah yang terbaik.

    ReplyDelete
  22. Janakuasa berkapasiti tinggi akan ditambah di masa akan datang.

    ReplyDelete