Thursday, 20 June 2013

MEMORANDUM 14 PERKARA’ SELESAI ISU PATI






Oleh : JINNI JUANIS

KOTA KINABALU:  Ada penyelesaian terhadap masalah kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (Pati) di Sabah tetapi jika kerajaan tidak peduli, maka ibu kepada segala masalah ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, masalah pendatang di negeri ini boleh selesai jika kerajaan mengguna pakai ‘Memorandum 14 Perkara’ yang diserahkan oleh SAPP kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum pada 1999.

“Sehingga kini, kerajaan tidak pernah menghiraukan memorandum itu,” katanya.

Yong akan memberi keterangan di depan jemaah sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pati esok, 20 Jun dan dengan peluang itu, Yong akan memberitahu yang isu itu boleh diselesaikan jika kerajaan benar-benar mahu.

Menggelar Projek IC atau Projek M (singkatan untuk Mahathir) itu sebagai kucar-kacir Yong berkata, keberkesanan RCI bergantung kepada fokus dan kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya, tanpa dicemari dengan sentimen agama dan bangsa.

Antara kandungan memorandum itu ialah cadangan cara mengurus pemantauan marin dan mensyaratkan rakyat asing yang tiba di Sabah menggunakan feri dari negara jiran meletakkan bon RM500 yang tidak akan dikembalikan jika mereka gagal kembali menggunakan feri itu untuk balik ke negara asal.

Memorandum itu juga mencadangkan supaya dilakukan operasi khas seperti yang pernah dibuat pada tahun 1995-96 untuk menangkap pemimpin dan anggota sindiket termasuk ‘agen haram yang mencari” dan membawa dokumen meragukan kepada pendatang.

Untuk memupuk kerjasama dan bertukar maklumat di kalangan negara jiran, patut juga ada mesyuarat di antara agensi Malaysia, Filipina dan Indonesia seperti polis, tentera, kastam dan imigresen yang sejak akhir-akhir ini semakin berkurangan.

Mesyuarat pihak pasukan keselamatan di antara tiga negara ini akan dapat melihat dengan jelas masalah yang dihadapi dan sepakat mencari penyelesaian jangka panjang.

“Sesetengah penyelesaian sudah dinyatakan dalam ‘Memorandum 14 Perkara’ selain ada beberapa idea terkini yang akan saya utarakan seperti mengkaji masalah pendatang di Texas, Hong Kong/Shenzhen, Vietnam dan sebagainya.

Lambakan pendatang

“Pengalaman negara lain yang menghadapi masalah kedatangan pendatang boleh memberi idea kepada kita untuk mengurus lambakan pendatang di negeri ini,” katanya.

Menurut Yong, penguatkuasaan terhadap penduduk tempatan yang melindungi pendatang juga perlu dilakukan di mana ramai pendatang ini menyewa tanah dan rumah daripada penduduk tempatan.

Malah, ada ketua kampung juga terbabit menyewakan hartanah mereka kepada pendatang ini. Dan paling menyedihkan, tidak ada penguatkuasaan dijalankan sehingga sekarang walaupun rakyat melaung-laung supaya sesuatu dilakukan.

“Saya mahu RCI menyedari satu perkara. Ada sesetengah penduduk tempatan (bukan Islam) membantah kehadiran pendatang ini sebab alasan agama dan bangsa.

“Kami mahu penduduk Islam tempatan berkongsi visi bersama penduduk berlainan agama di Sabah ini dan melihat jauh ke depan kesan jangka panjang pendatang walaupun mereka seagama,” kata Yong.

Inisiatif BIMP-EAGA

Dari aspek lebih luas kata Yong, perlu ada keyakinan pada inisiatif  BIMP-EAGA, di mana kerajaan serantau seolah-olah tidak serius untuk menjayakan perkongsian ini.

Ramai pemimpin hanya menghabiskan masa berpolitik dan mengaut keuntungan. Ini memalukan kerana inisiatif ini sebenarnya boleh membantu mendorong rakyat dari negara jiran untuk kekal di tempat sendiri jika BIMP-EAGA berjaya dilaksanakan dan menjana pendapatan negara masing-masing.

BIMP-Eaga sepatutnya membawa kemakmuran dan kedamaian di Mindanao dan Sulawesi. Kalimantan yang semakin kaya kerana penanaman kelapa sawit mengurangkan faktor penolak yang mendorong mereka kekal bekerja di tempat sendiri.

Perubahan ekonomi semakin baik yang melanda Indonesia mempengaruhi tenaga kerjanya apabila ramai kembali ke Kalimantan, di mana kira-kira 1 juta hektar tanah dibuka untuk penanaman kelapa sawit.

Mereka menerima kerja dan gaji lebih baik di sana. Sebelum ini, sebilangan besar daripada mereka bekerja di ladang kelapa sawit di Sabah. Ini adalah perkembangan baik bagi rakyat Indonesia dan juga Sabah.

“Cuma masalah kita sekarang ialah pendatang dari Filipina.

“Saya bertemu dengan ramai bekas rakyat Malaysia yang balik ke Nunukan dan Balikpapan, malah ada yang balik ke Zamboanga. Ini boleh disamakan seperti kaum Cina Malaysia mahu balik ke China atau Hong Kong dan tidak akan kembali lagi ke Malaysia.

“Atau seperti rakyat Vietnam meninggalkan Amerika Syarikat untuk balik ke Vietnam yang kini semakin makmur. Sama juga dengan rakyat Mexico meninggalkan Amerika kerana keadaan semakin baik di negara sendiri. Indonesia semakin makmur dan kita nampak tidak ramai pendatang dari negara itu.

“Hanya Filipina yang masih kucar-kacir. Paling teruk jika jiran kita ini dalam kesusahan, mereka juga mengeksport masalah mereka kepada kita,” kata Yong.

Sebenarnya bukannya rahsia lagi bahawa ramai pendatang yang ada dokumen berhijrah ke Semenanjung, di mana mereka menjadi penduduk ‘Malaysian Sabahan’.

Enggan pulang

Sesetengah mereka enggan pulang dan ada yang ditangkap di lapangan terbang Kota Kinabalu/Tawau kerana memiliki Mykad yang meragukan. Malah ada yang langsung tidak mahu balik ke negara asal.

Mengenai keberkesanan RCI, kata Yong: “Orang ramai ada pandangan berbeza mengenai prosiding RCI. Sebenarnya ada banyak bukti bernilai yang didedahkan.

“Semua ini kini menjadi rekod awam yang kita boleh guna sekarang dan pada masa depan.”

Namun menurut Yong, sejak prosiding bermula pada Januari lalu, belum ada sesiapa yang berkata mengenai apakah penyelesaian dan apa yang boleh dan akan dilakukan oleh kerajaan, seolah-olah ia tidak penting.

“Tiada sesiapa yang bercakap mengenai penyelesaiannya. Apa yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikan keadaan kucar-kacir ini?

“Saya tidak akan katakan yang kita mampu menyelesaikannya 100% tetapi kita boleh menghadkan masalah ini,” kata Yong.

Prosiding RCI bermula pada awal Januari tahun ini dengan dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Steve Shim Lip Kiong dengan dibantu oleh empat pesuruhjaya.

Jabatan Statistik pada awal tahun ini mendedahkan seramai 889,000 penduduk di Sabah adalah rakyat asing. Mereka merangkumi 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah keseluruhannya, berdasarkan bancian tahun 2010. (FMT)

87 comments:

  1. Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau.

    Ahli Parlimen Tuaran yang juga saksi ke 117 dipanggil untuk RCI berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. "Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero', katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

    Beliau kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran.

    ReplyDelete
  3. "Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan.

    "Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan," tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus lebih berwaspada semasa mengeluarkan mykad.

      Delete
  4. UPKO jelas Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk, dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an.

    "Pembuatan kad pengenalan palsu perkara yang berterusan," katanya, dan menambah, "10 peratus daripada penerima kad pengenalan tersebut tanpa perlu memohonnya."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka cuma beli mykad. Senang dan pantas.

      Delete
  5. "Manakala 90 peratus daripada mereka membeli kad pengenalan tersebut," katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada Jumaat ini kepada RCI.

    RCI sebelum ini pada Mei diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih banyak berbanding Sarawak, dengan sekitar 66,000 pendatang haram di negeri Borneo tersebut telah diberi kad pengenalan biru sejak 1963.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertambahan PATI disebabkan adanya saluran mendapat mykad.

      Delete
  6. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat sebelum ini memberi keterangan seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

    Beribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Sulu di selatan.

    ReplyDelete
  7. Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina. Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

    ReplyDelete
  8. Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah ini boleh mendatangkan isu social yang serius.

      Delete
  9. Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  10. Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI sudah mendapat maklumat, kini, lihat apakah tindakan akan diambil.

      Delete
  11. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    PENAMPANG, 24 SEPTEMBER, 2011: Despite being a very challenging issue, the Federal Government is committed to arriving at the best solution to the problem of illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  12. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said, while the government viewed the matter seriously, the Sabah Barisan Nasional (BN) had formed a special committee chaired by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan to tackle the issue.

    ReplyDelete
  13. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    "I am willing to accept all aspects, let's look into that. We would consider every committee report and whether the way forward is the Royal Commission of Inquiry (RCI) or other approaches.

    ReplyDelete
  14. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    "At the end of the day, this is something we can look into seriously," he said when opening the 13th Triannual Delegates Meeting of the United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) at the Penampang Cultural Centre here today.

    ReplyDelete
  15. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    Muhyiddin said the government would wait for that report and come out with suggestions, taking into consideration all factors that had been scrutinised.

    ReplyDelete
  16. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    "Whether it could be resolved through any initiative or means, I think it is something that the people will believe that the BN is doing the right thing and at the end of the day, the support of the people towards BN is of importance," he said.

    ReplyDelete
  17. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    Muhyiddin was commenting on Upko president Tan Sri Bernard Dompok's proposal in his presidential address, that an RCI be set up to tackle the problem of illegal immigrants in the state.

    ReplyDelete
  18. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    He said the BN government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had introduced extraordinary measures to change the political landscape of the country...

    ReplyDelete
  19. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    ...including abolishing the Internal Security Act and the Emergency Ordinance and other significant amendments of several legislations.

    ReplyDelete
  20. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    "Now, the opposition has been caught unprepared as they did not expect the prime minister to make the move," noted Muhyiddin.

    ReplyDelete
  21. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    He said the willingness of the government to amend the laws was not something out of the ordinary but indicated a transparent leadership which was prepared to accept and bring about changes.

    ReplyDelete
  22. DPM: GOVT COMMITTED TO OVERCOMING SABAH'S ILLEGAL IMMIGRANT PROBLEM

    Muhyiddin requested all BN components, including Upko, to be prepared for the coming general election which would determine BN's continuity.

    ReplyDelete
  23. YONG TECK LEE HARI INI CUBA BERTINDAK BIJAK SEOLAH2 BELIAU TAHU BAGAIMANA MAHU MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH.. TAPI KENAPA BELIAU TIDAK SELESAIKAN MASALAH ITU KETIKA BELIAU MASIH MENDUDUKI KERUSI KETUA MENTERI SABAH??

    ReplyDelete
  24. YONG TECK LEE PERNAH MENJAWAT JAWATAN KETUA MENTERI SABAH SELAMA DUA TAHUN.. PADA WAKTU ITU BERMULANYA KEBANJIRAN PATI DI NEGERI INI.. SEBAGAI KETUA MENTERI, APA PENYELESAIAN YANG BELIAU AMBIL?? KENAPA HANYA BERGELAR PEMBANGKANG, BARULAH BELIAU KEMUKAKAN IDEA??

    ReplyDelete
  25. SEBELUM PENUBUHAN RCI, PEMIMPIN2 SAPP TURUT MENDESAK PENUBUHANNYA KONONNYA HANYA RCI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH INI.. NAMUN KENAPA HARI INI SAPP SEOALAH2 MEMPERTIKAIKAN RCI DENGAN MENGAGUNG2KAN IDEA MEREKA??

    ReplyDelete
  26. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  27. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit.

    ReplyDelete
  28. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

    ReplyDelete
  29. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad.

    ReplyDelete
  30. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

    ReplyDelete
  31. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an.

    ReplyDelete
  32. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

    ReplyDelete
  33. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  34. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan.

    ReplyDelete
  35. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

    ReplyDelete
  36. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara.

    ReplyDelete
  37. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  38. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran.

    ReplyDelete
  39. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

    ReplyDelete
  40. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  41. ORANG KANAN ANWAR SENDIRI MEMUJI LANGKAH KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

    Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

    ReplyDelete
  42. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah itu.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN berkata RCI perlu dilihat secara positif dan kredit harus diberikan kepada BN atas usaha tersebut.

    ReplyDelete
  43. Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

    Jangan beritahu saya anda tidak tahu, anda tahu. Biarlah Suruhanjaya menjalankan kerja dan menyelesaikannya,” katanya

    ReplyDelete
  44. “Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah. Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini.

    “Permintaan terhadap RCI telah dibuat parti komponen BN di Sabah dan sebagai pengerusi BN, saya menghormati permintaan itu,” tambah Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  45. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri Sabah telah diusir antara 1990 sehingga semalam.(Jan 30, 2013).

    ReplyDelete
  46. Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.

    ReplyDelete
  47. Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.

    Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.

    Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.

    ReplyDelete
  48. Pihak pembangkang seolah-olah tidak menghormati Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) apabila pantas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu.

    ReplyDelete
  49. I hope this is one of the solutions.

    ReplyDelete
  50. Too many of these things keep happening.

    ReplyDelete
  51. Pihak pembangkang seolah-olah tidak menghormati Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) apabila pantas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu. Ini menunjukkan mereka hanya mahu orang bersetuju kepada pendapat mereka sahaja dan juga jelas nampak ketidakadilan mereka dalam satu keputusan. Mereka akan juga membuat tohmahan untuk disebarkan kepada semua.

    ReplyDelete
  52. Dalam satu forum “mahkamah rakyat" anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, mereka turut menyalahkan isu kad pengenalan sebagai punca berlakunya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  53. Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang juga penganjur program itu turut menuduh para pengganas Sulu yang menceroboh Sabah mempunyai kad pengenalan dan ada di antaranya adalah bekas pegawai daerah di negeri itu.

    ReplyDelete
  54. "Pemberian IC (kad pengenalan) merupakan punca sebenar kejadian Lahad Datu dan Jeneral Sultan Sulu yang datang menyerang tersebut ialah orang yang mempunyai kad pengenalan dan bekas pegawai daerah di Sabah," katanya pada forum tersebut yang turut dihadiri dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  55. Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah perkenan melanjutkan masa RCI selama enam bulan lagi iaitu dari 21 Mac hingga 20 September bagi membolehkan suruhanjaya ini menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporannya.

    ReplyDelete
  56. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

    ReplyDelete
  57. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan pelanjutan masa Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah selama enam bulan lagi iaitu dari 21 Mac hingga 20 September tahun ini.

    ReplyDelete
  58. Setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Saripuddin Kasim dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan masa itu bertujuan untuk menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan yang selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

    ReplyDelete
  59. Beliau berkata keanggotaan dan terma rujukan suruhanjaya itu sama seperti Tauliah Penubuhan suruhanjaya yang bertarikh 21 September 2012.

    ReplyDelete
  60. Penubuhan dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

    ReplyDelete
  61. Jawatankuasa suruhanjaya itu diberi tempoh enam bulan untuk menyelesaikan siasatan dan mengemukakan laporan hasil siasatan serta cadangan-cadangan yang sesuai kepada Yang di-Pertuan Agong dari tarikh pelantikan anggota panelnya pada 21 September tahun lepas. Tempoh masa itu akan tamat pada 20 Mac ini.

    ReplyDelete
  62. RCI yang ditubuhkan atas satu langkah membanteras masalah PATI di Sabah kernaa mendengar seruan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  63. Rakyat harus berterima kasih kepada perdana menteri kerana beliau lah yang telah menngehadiahkannya kepada rakyat sebagai satu medium menyelsaikan masalah PATI yang kian menghatui rakyat Sabah daripada dulu lagi.

    ReplyDelete
  64. Siasatan RCI juga telah banyak membantu mengenalpasti aktiviti seperti sindiket menjual IC.

    ReplyDelete
  65. YTL has never keen to help the people.

    ReplyDelete
  66. I couldn't believed he never know the thing got worsen.

    ReplyDelete
  67. He was a CM before and he never realized such thing happened?

    ReplyDelete
  68. He talked like knowing everything yet never done anything.

    ReplyDelete
  69. Pemimpin politik salah satu penyebab masalah PATI masih berlarutan

    Banyak tulisan, artikel dan buku telah menulis, menyelidik serta mengenalpasti pemimpin-pemimpin politik yang berperanan mewujudkan masalah PATI. Akhbar New Sabah Times pada Jun 9, 2001 melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee untuk mengosongkan kerusi Parlimen Likas kerana kemenangannya pada tahun 1999 adalah dibantu oleh para pengundi hantu".

    ReplyDelete
  70. akim Datuk Muhammad Kamil Awang berkata, Pilihan Raya 1998 untuk perlembagaan adalah haram dan pilihan raya yang diadakan pada bulan Mac 1999 adalah batal serta tidak sah. Antara lain yang dikatakan oleh Hakim ialah bukti yang dikemukakan adalah serius dan penting.

    Ini menggesa Parlimen untuk meminda Akta Pilihan Raya, di mana daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah undang-undang.

    ReplyDelete
  71. Pada hemat saya, ini adalah undangundang yang salah dan buruk. Adakah anda masih hairan bahawa masalah PATI masih berlarutan sehingga hari ini? Saya percaya jawabannya tidak.

    Semua tindakan membasmi PATI tidak mencapai hasil yang diingini, sedangkan jika isu ini ditangani seperti pelarian Vietnam di Semenanjung, kedatangan PATI di negeri ini hanyalah satu sejarah pada hari ini.

    ReplyDelete
  72. Pada satu masa kerajaan mengisytiharkan pengampunan. Namun ia dilanjutkan beberapa kali. Saya berpendapat, PATI tidak memandang hal ini dengan serius. Tidak ada sebarang tanda bahawa pihak-pihak berkuasa berkenaan membuat penilaian sama ada tindakan pengampunan yang dibuat mencapai objektif yang dikehendaki atau tidak.

    Pada satu peringkat, kerajaan telah menyebut untuk menubuhkan mahkamah berasingan untuk mengendalikan kes-kes khusus PATI. Tetapi saya tidak mendengar apa-apa perkembangan lanjut mengenai perkara ini. Musa Aman pada muka hadapan akhbar Daily Express edisi Ogos 11, 2006 pernah mengeluarkan kenyataan mengenai “operasi pemutihan Pulau Gaya sebagai bebas PATI dan merobohkan rumah setinggan di Pulau tersebut.”

    ReplyDelete
  73. KM menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membanteras PATI di Pulau Gaya dan merobohkan rumah-rumah setinggan mereka. Anda boleh lihat sendiri, adakah kata-kata KM itu telah diambil tindakan? Bagaimana kita dapat menganggap bahawa Kerajaan mengambil serius akan tindakannya?

    100,000 tandatangan telah dikumpulkan dari Sabah yang meminta kerajaan menubuhkan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI). Setelah 'berdiam diri' dalam tempoh yang panjang, akhirnya Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah melaporkan bahawa Kabinet Persekutuan akhirnya memutuskan pada Februari 8, 2012 untuk menubuhkan RCI dan secara rasmi diumumkan oleh PM sendiri ketika beliau melawat Sabah.

    ReplyDelete
  74. Sementara itu, PM telah melawat Sabah sebanyak tiga kali manakala TPM hanya sekali mengunjungi Sabah sejak dua orang Menteri Persekutuan dari Sabah membuat kenyataan masing-masing. Sekali lagi menurut laporan akhbar apabila PM kembali ke KL, beliau berkata RCI sedang dipertimbangkan.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mendakwa di dalam sebuah kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan kerakyatan kepada PATI di Sabah. Beliau mahu bukti dari orang-orang yang mendakwa sedemikian.

    ReplyDelete
  75. YB Datuk Wilfred Bumburing pula mengemukakan dokumen tebal untuk menunjukkan bukti kebanjiran PATI di Sabah. Sehingga kini tiada apa yang kenyataan balas dari Menteri.

    Pada Oktober 1, 2011 Timbalan Kementerian Dalam Negeri, Menteri Lee Chee Leong dilaporkan telah menafikan bahawa Sabah adalah mangsa projek yang dikenali sebagai "Projek IC" iaitu sebuah rancangan untuk memberi kerakyatan kepada PATI dan sebagai pertukaran, mereka akan membantu kerajaan sekarang mengekalkan kuasa politik mereka. Ini adalah sama seperti menafikan dan menghina kebijaksanaan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  76. Kenapa sekarang baru bersuara> Masa ada kuasa dulu diam-diam pula.

    ReplyDelete
  77. Appaun harap perkara ini dapat perhatian sewajarnya, mana tahu ada juga yang boleh digunapakai.

    ReplyDelete
  78. moga isu pati akan dpt diselesaikan sepenuhnya

    ReplyDelete