Wednesday 12 June 2013

NCR Vs WARTA KERAJAAN






Oleh : GALUS AHTOI

PADA 14 Jun 2013 ini (Jumaat) detik penentuan perjuangan pengiktirafan pemilikan Tanah Adat (NCR) yang telah diwartakan (Warta Kerajaan-Hutan Simpan) kerana Mahkamah Rayuan akan bersidang di Mahkamah Kota Kinabalu untuk mendengar semula kes Kg. Imahit, Tenom.

Untuk rekod, kes ini kalah di Mahkamah Majistret Tenom tetapi menang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan kini Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan telah merayu di Mahkamah Rayuan untuk 'membantah' keputusan Mahkamah Tinggi yang 'mengiktiraf' hak pemilikan Tanah Adat (NCR) yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Tomani TANPA sebarang persetujuan daripada pemilik Tanah Adat (NCR).

Dengan hanya satu isu (pertuduhan) sahaja yang akan di hujahkan iaitu "Bercucuk tanam di kawasan Hutan Simpan...."

Semoga Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan akan membuat pertimbangan yang paling wajar demi untuk kesinambungan kehidupan seluruh warga Orang Asal yang telah terperangkap dalam warta-warta Kerajaan yang menjadikan 'Supermarket' mereka sebagai 'Hutan Simpan' yang tiddak bersempadan.

Berilah keajaiban dan kekuatan kepada Peguam Orang Asal, Peguam Ram Singh untuk terus membela Orang Asal yang tertindas dan ditindas oleh karenah birokrasi dan kerakusan pemerintah.

Datanglah beramai-ramai untuk menyokong perjuangan penyelamatan Tanah Adat (NCR) pada 14 Jun 2013 di Mahkamah Terbuka, Bangunan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu, Sabah.

21 comments:

  1. Semua Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional yang menang dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka berdasarkan mandat yang diberikan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan sebagai wakil rakyat mereka hendaklah bekerja untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dipilih untuk memperjuangkan hak dan kepentingan untuk rakyat.

      Delete
  2. Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata mandat yang diberikan adalah amanah yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan apa yang diperlukan oleh rakyat mereka perlu terus turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadpai.

    Musa juga meminta mereka menyampaikan maklumat tentang pelbagai pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan media dan perkembangan teknologi, informasi dan maklumat diperolehi.

      Delete
  3. “Kita juga perlu menolak segala dakwaan dan fintah yang dilemparkan oleh pembangkang kerana ini amat penting agar rakyat tidak termakan dengan dakwaan pembangkang,” katanya.

    Beliau berkata wakil-wakil rakyat juga perlu menyampaikan maklumat yang tepat terutama sekali mengenai agenda pembangunan kerajaan untuk faedah rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Informasi harus sampai kepada rakyat agar rakyat juga tahu perjuangan dan usaha kerajaan.

      Delete
  4. Wakil rakyat memainkan peranan penting antara rakyat dan kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Isu NCR masih belum mendapat cara penyelesaian yang baik. Kerajaan harus membuat kajian secara mendalam.

    ReplyDelete
  6. Serahkan tanggung kawab kepada pihak mahkamah untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  7. Penduduk Sabah tidak perlu bimbang akan kehilangan tanah Hak Adat Peribumi (NCR) mereka kerana Ordinan Tanah Sabah jelas menyatakan bahawa penduduk peribumi mempunyai hak ke atas tanah adat yang diusahakan oleh mereka.

    ReplyDelete
  8. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut memberi jaminan bahawa penduduk peribumi tidak akan dinafikan hak ke atas tanah NCR di negeri itu.

    ReplyDelete
  9. Barisan Nasional (BN) komited untuk memperkasakan Ordinan Tanah dengan memperkenalkan peraturan yang relevan bagi menyelesaikan pertikaian tanah NCR seperti terkandung dalam Manifesto BN Sabah.

    ReplyDelete
  10. Ketua Menteri telah berkata kerajaan BN negeri mengiktiraf pemilikan tanah
    penduduk peribumi di Sabah dan tidak akan menafikan hak mereka

    ReplyDelete
  11. Kerajaan negeri serius menguruskan hak pemilikan Tanah Hak Adat Negeri
    (NCR) sebagai prioriti bagi memelihara kepentingan orang asal Sabah,
    kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  12. Saya secara peribadi akan memastikan prinsip ini,iaitu menjaga,
    memelihara dan melindungi kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa
    didahulukan

    ReplyDelete
  13. jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang diperuntuk kepada anak
    negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hakmilik tanah
    Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar
    atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberimilik
    di Sabah.

    ReplyDelete
  14. Keluasan ini lebih besar daripada keluasan negeri Selangor Darul Ehsan
    yang berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Dengan pencapaian
    tersebut, adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri serius untuk
    meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah

    ReplyDelete
  15. Musa turut mengarahkan pihak Jabatan Perhutanan supaya menghentikan
    serta merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan di beberapa
    kawasan yang didiami dan diusahakan oleh penduduk bagi membolehkan
    siasatan dijalankan terhadap statusnya.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata kerajaan negeri juga merancang mengeluarkan geran komunal
    di kawasan seperti Kota Marudu (6,800 hektar), Pitas (4,000 hektar),
    Tongod (6,000 hektar) dan Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung
    Nagas) seluas 2,047 hektar.

    ReplyDelete
  17. Katanya, kerajaan negeri melalui persidangan DUN pada 2010 telah
    membubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan
    Mandalom secara gantian dengan tanah kerajaan bagi membolehkan beberapa
    geran komunal dikeluarkan.

    ReplyDelete
  18. Musa turut mengingatkan bahawa isu NCR ini tidak seharusnya dimanipulasi
    kerana ia menyentuh kepentingan orang asal yang wajar disokong oleh
    setiap pihak.

    ReplyDelete