Friday 21 June 2013

NELAYAN GESA NAIK TARAF JETI PENDARATAN IKAN






TINJAU …..Linda serta pegawainya dan Fan meninjau jambatan yang rosak dekat jeti di Kampung Pukat.

Oleh: SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI : Masyarakat nelayan di Kampung Pukat meminta pertimbangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin untuk menggantikan jambatan kayu yang rosak di jeti punggah-memunggah dengan jambatan konkrit.

Pengerusi Persatuan Nelayan (Tongkang) Sandakan Fan Kwai Ming mengajukan permintaan berkenaan kepada Datin Linda semasa beliau membuat tinjauan ke Kampung Pukat yang terletak di tanah Merah untuk melihat sendiri keadaan jambatan-jambatan di situ.

Menurut Fan, jeti di kampung itu digunakan oleh nelayan untuk punggah-memunggah tangkapan hasil-hasil laut harian mereka sekembalinya dari laut.


Dalam maklum balas  Linda menjelaskan  bahawa pihaknya akan memohon peruntukan untuk membaiki kemudahan asas yang rosak itu di perkampungan tersebut.

“Kerajaan memang meemandang berat terhadap para kaum nelayan kerana mereka adalah penyumbang ekonomi Negara apa apapun saya akan bantu untuk mendapatkan peruntukkan bagi membina jambatan atau jeti kongkrit demi keselesaan para nelayan memunggah hasil tangkapan mereka.

Sebagai Ahli Parlimen yang diberi mandate untuk lima tahun lagi menerajui kepimpinan Batu Sapi saya akan menunaikan janji-janji saya kepada seluruh pengundi Batu Sapi yang merangkumi dua DUN iaitu Sekong dan Karamunting dalam apa saja bentuk kemudahan asas yang diperlukan selaras Janji Ditepati

Turut sama  dalam tinjauan ke Kampung Pukat itu ialan Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

12 comments:

  1. Elaun Sara Hidup Nelayan dilihat bukan sekadar membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung golongan itu setiap bulan malah membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka.

    ReplyDelete
  2. Beberapa nelayan memberitahu, bantuan itu juga dilihat sebagai bukti kerajaan tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap keperluan mereka.

    ReplyDelete
  3. Seorang nelayan, Ismail Saud, 79, berkata, sejak memulakan kerjaya sebagai nelayan di Pantai Puteri pada usia 14 tahun, elaun sara hidup adalah yang amat dinantikan memandangkan pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan.

    ReplyDelete
  4. "Alhamdulillah, bantuan ini diteruskan sehingga kini dan saya amat bangga menjadi salah seorang penerima bantuan daripada kerajaan ini," katanya.

    ReplyDelete
  5. Ismail merupakan antara 786 orang penerima elaun sara hidup nelayan yang disampaikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dalam majlis penyerahan di tapak Pasar Tani, Pusat Transformasi Bandar (UTC).

    ReplyDelete
  6. Elaun berjumlah RM157,200 itu melibatkan sebanyak 623 nelayan Melayu, 120 nelayan Cina dan 43 nelayan Portugis.

    ReplyDelete
  7. Seorang nelayan dari Tengkera Pantai, Wee Choon Leong, 76, berkata, berbanding negara lain golongan nelayan di negara ini amat bernasib baik menerima pelbagai bantuan.

    ReplyDelete
  8. "Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan elaun yang diterima kerana memang setiap bulan akan dapat.

    ReplyDelete
  9. "Saya gembira kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai bantuan termasuk insentif dan insurans," katanya.

    ReplyDelete
  10. Nelayan dari Umbai, Abdullah Abu, 66, berkata, bantuan tersebut perlu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan tiada yang keciciran.

    ReplyDelete
  11. Seorang nelayan dari Serkam Pantai yang juga merupakan golongan orang kurang upaya (OKU), Mohd. Haider Dol, 40, berkata, dia bernasib baik kerana bukan hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi juga elaun sara hidup itu.

    ReplyDelete
  12. "Alhamdulillah, elaun ini memang amat membantu orang seperti saya dan saya sangat bersyukur kerana kerajaan sangat prihatin," katanya.

    ReplyDelete