Sunday 16 June 2013

NGO MELAYU BANTAH KETUA PEMUDA MCA






GABUNGAN NGO Melayu-Islam ingin mempersoalkan apakah hak Ketua Pemuda MCA untuk mengkritik pendirian kami yang mendesak supaya semua sekolah-sekolah vernakular kerajaan ditutup?
Walaupun Datuk Dr Wee Ka Siong menggembeleng 1,000 pertubuhan Cina untuk membuat laporan polis terhadap isu yang dibangkitkan dua hari lepas, namun kami sesekali tidak gentar dan berganjak daripada keputusan yang kami ambil sebulat.
Malah tindakan beliau mengguatkan lagi semangat serta iltizam kami untuk meneruskan perjuangan bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu di dalam satu aliran sekolah kebangsaan serta selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat Penyatuan Nasional atau National Reconciliation pasca Pilihan Raya Umum ke-13.
Kami yakin dan percaya sepenuhnya bahawa perjuangan dengan niat murni untuk menamatkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular kerajaan adalah berlandaskan kepada kehendak dan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
Tindakan Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap kami adalah satu usaha terdesak demi menyelamatkan imej dan masa depan politik parti itu.
MCA sudah mati kerana telah ditalkinkan oleh semua pengundi Cina pada PRU13 lalu.
Daripada 37 kerusi parlimen yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional, MCA hanya mampu menyumbang empat buah kerusi.
Kalau tidak kerana undi ehsan orang Melayu, sudah tentu empat wakil MCA di Dewan Rakyat termasuk kerusi Air Hitam yang diwakili oleh Dr Wee tidak merasa untuk bergelar Yang Berhormat.
Di mata pengundi Cina, MCA sudah tidak laku lagi dan hanya wujud pada nama, sekaligus hilang ‘locus standii’ untuk berbicara tentang isu-isu bersangkutan kaum itu, apatah lagi mahu mempertahankan isu sekolah vernakular.
Mengapa apabila orang Melayu menyuarakan pendirian tegas supaya sekolah vernakular kerajaan ditutup berlandaskan Perlembagaan tiba-tiba sahaja MCA berpura-pura melenting untuk menjadi jaguh tetapi senyap menikus ketika gerakan pendidikan Dong Zhong yang amat rasis menggugut kerajaan setiap kali mereka mendesak itu dan ini berhubung sekolah vernakular.
Peruntukan beratus-ratus juta ringgit yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada sekolah vernakular selama ini hanyalah atas dasar EHSAN sahaja dan bukannya diwajibkan di bawah Perlembagaan.
Kami tegaskan sekali lagi kewujudan sekolah vernakular adalah BERTENTANGAN  dengan Perlembagaan Malaysia dan oleh sebab itu ia mestikan dihapuskan demi perpaduan dan kestabilan politik negara.
Sehubungan itu Gabungan NGO Melayu-Islam mencabar Dr Wee dan juga Biro Pendidikan Pemuda MCA untuk berdebat bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka berlandaskan kekuatan hujah Perlembagaan Persekutuan.
Butiran mengenai penganjuran debat itu akan kami umumkan melalui media minggu depan dan surat jemputan akan dihantar kepada mereka yang berkenaan.
Hidup Melayu!
Hidup Perlembagaan Persekutuan!

42 comments:

  1. THE 13th General Election was probably the milestone that marked the period in our nation's history where the post-independence generation of Malaysians are shrouded with and consumed by negativity. Many are trapped in a destructive frame of mind, and it manifests in the manner in which they discuss and express their dissatisfaction on almost all issues.

    ReplyDelete
  2. Anti-establishment sentiments and negativity towards any form of conformance are hailed as "happening", the truth and real; while any suggestion towards moderation as the underlying principle, is jeered upon. Laws or establishment's agencies that do not accommodate to their way of thinking are labelled and rejected.

    ReplyDelete
  3. Who are the culprits responsible for breeding and promoting such attitudes? It is rather unfortunate that most opposition supporters hate to hear this, but the truth must be told. We need an opposition because in a thriving democracy it would serve the nation very well.

    ReplyDelete
  4. Especially if it is a credible opposition voice that provides the check and balance necessary in any democratic system. Respecting the establishment that was elected does not mean it is accepted to be perfect. Ideally, the opposition's inputs should contribute to positive and brilliant ideas that are beneficial to the people. The key words are positive, constructive, check and balance and beneficial to all.

    ReplyDelete
  5. Compare them with the sort of opposition leaders and pact that we now have and we can see where the opposition had digressed. We should ask ourselves is it only important to criticise the establishment but leave the opposition untouched? Is that the mark of a healthy democracy that we want to uphold? Just because they are the opposing side therefore they can do no wrong and allowed to act irresponsibly?

    ReplyDelete
  6. One point that many failed to mention as a result of the general election was that it clearly exposed the modus operandi of the opposition in politics. Their leader's flip-flop on issues relating to race and religion. Their irresponsible smearing campaigns using out of context arguments to incite hate, confusing believers and worse of all, using outright lies.

    ReplyDelete
  7. Their conscious effort to breed one-track mind supporters who will support them despite the negative or destructive outcome. All these took place long before the polls and it is continuing now. Can we honestly declare these are the acts of a responsible and constructive opposition?

    ReplyDelete
  8. Perhaps those who could not see these facts revealed then or now, were seated too close to the television screen. Take a few steps back and look at these leaders who claim to be near perfect.

    ReplyDelete
  9. Having said that, we must arrest this slide into negativity and polarisation in our society created by an irresponsible opposition. Malaysians are dynamic and greatly value moderation. We have grown as a nation because Malaysians never welcomed aggression, negativity or destructive ideas.

    ReplyDelete
  10. The efforts for reconciliation called upon by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should start with everyone (from both sides of the political divide) promoting positive and constructive ideas and rejecting aggression and negative values.

    ReplyDelete
  11. As a nation we can effectively institute whatever positive changes necessary and become stronger and not easily succumb to opportunistic manipulations. Our focus should always be positive, moderate, and forward thinking. The law of attraction applies to the whole nation as well. We reap what we sow.

    ReplyDelete
  12. Sekolah vernakular akan dikekalkan seiring pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 bagi memartabatkan pendidikan negara.


    ReplyDelete
  13. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan memaklumkan, kerajaan juga akan memastikan sekolah terbabit tidak dipinggirkan dan terus dibantu terutama dari segi infrastruktur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan akan mengambil langkah yang wajar.

      Delete
  14. Kamalanathan mengulas desakan gabungan 130 badan bukan kerajaan (NGO) agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular dalam usaha mempertingkatkan perpaduan rakyat.Jelas beliau gesaan itu hanya bersifat pandangan peribadi NGO terlibat.

    ReplyDelete
  15. Ketika dihubungi pihak Astro Awani, ini bukanlah masa untuk membangkitkan isu berkenaan dan perlu dibicangkan di lain masa.

    “Ini bukan masa yang sesuai... bukan cara untuk penyatuan kaum. Ini seperti hukuman kepada mereka yang tidak undi pihak kerajaan,” kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu perkauman tidak harus dipolitikkan.

      Delete
  16. Mengulas tentang dakwaan NGO bahawa pelan tindakan berkenaan tidak berasaskan perlembagaan, Shad tidak setuju, dan berkata ia tidak berperlembagaan.

    Shad juga mengkritik tindakan NGO yang terbabit dan menyifat tindakan berkenaan sebagai ‘ingin meraih populariti’.


    ReplyDelete
  17. Peguam Syahredzan Johan berkata ia adalah salah untuk pihak NGO berkata pelan tindakan itu sebagai haram kerana ‘ia melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan’.

    “Mereka berhak untuk mempunyai pendapat tentang sekolah vernakular, perpaduan dan integrasi, tetapi mereka perlu membaca Perlembagaan Persekutuan dengan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan tentang sekolah vernakular menyalahi undang-undang,” kata beliau.

    ReplyDelete
  18. Beliau menjelaskan bahawa walaupun perlembagaan tidak menyatakan tentang sekolah-sekolah vernakular tetapi tidak ada didalam perlembagaan untuk mengahalang penubuhan dan penyelenggaraan sekolah bekenaan.

    Beliau berkata hak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri untuk meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa kaum lain boleh dikatakan termasuk penubuhan sekolah-sekolah vernakular.

    ReplyDelete
  19. Kementerian Pendidikan telah menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular tidak akan dihapuskan sebaliknya akan dibenarkan untuk terus beroperasi sebagai salah satu teras pendidikan kebangsaan.

    Sekaligus memberi isyarat kepada pihak yang mahu melihat sekolah satu aliran dan penzahiran Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib, hanya boleh bermimpi pada siang hari.

    Satu-satunya negara di dunia ini yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular adalah Malaysia. Dan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan suara minoriti menjadi suara majoriti dan menjadi suara penentu pentadbiran negara adalah Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Malaysia nampaknya sudah terperangkap dengan mainan toleransi kaum yang berlebihan sehingga akhirnya sudah tidak dapat berbuat apa-apa dalam kes membabitkan isu pendidikan.

    Barangkali keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah bagi tujuan mewujudkan dan memesrakan SEKOLAH WAWASAN yang telah ditentang keras oleh DAP, Dong Zong dan Suqui. Bahkan MCA dan MIC serta GERAKAN turut senada dalam menentang kewujudan SEKOLAH WAWASAN.

    Malaysia masih lagi cuba mengamalkan atau lebih tepat lagi cuba membuktikan identiti berbilang kaum yang menjadi topeng negara ini. Bagaimanapun toleransi yang ditunjukkan tidak disyukuri dengan sebaik-baiknya, bahkan banyak pihak tertentu yang melihat ia sebagai kelemahan Melayu-Bumiputera yang boleh diinjak-injak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unsur yang akan merosakkan keharmonian antara kaum dan bangsa harus dielakkan.

      Delete
  21. Keengganan pihak keturunan imigran yang sentiasa melakukan tekanan sehingga menimbulkan rasa bersalah kepada Melayu-Bumiputera, sebenarnya menjadi penghalang besar kepada toleransi kaum.

    Sehingga kini tiada mana-mana pihak yang boleh mengajar puak-puak berkenaan untuk memahami konsep sebenar toleransi dan faham erti dibenarkan menjadi rakyat sesebuah negara yang terasnya adalah kaum pribumi.

    Kebergantungan undi kepada mereka menyebabkan akhirnya jadilah sepertimana sekarang.

    ReplyDelete
  22. Sememangnya sikap perkauman yang menebal sehingga menzalimi hak bangsa lain adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Namun di Malaysia, kaum Melayu-Bumiputera telah membuktikan bahawa mereka bukanlah pengamal assobiyyah yang menyalahi hukum agama. Sebaliknya walaupun hanya diberikan kuasa politik tanpa mampu menguasai kek ekonomi, Melayu-Bumiputera dengan besar hati dan berlapang dada sanggup berkongsi kuasa politik itu.

    Walaupun DAP sentiasa menekankan bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan rasis yang mengamalkan penindasan terhadap kaum lain, khususnya Cina namun hakikatnya kerana rasisnya UMNO itulah, sekolah-sekolah vernakular masih dibenarkan wujud. Bahkan UMNO masih lagi mencuba dengan kaedah tarik rambut dalam tepung menerusi kewujudan SEKOLAH WAWASAN.

    ReplyDelete
  23. Namun seperti yang dikatakan lebih awal, kaum imigran bermata sepet dan keturunan mereka tidak akan bersyukur sebaliknya masih memperjuangkan kecinaan dan superioriti bangsa mereka.

    Buatlah apa pun keputusan, namun hakikatnya entiti rasis akan terus menyalak dan berjuang agar Cina mereka akan terus dikekalkan dan rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera perlu sentiasa kowtow dan menyungkur di hadapan mereka.

    Keputusan mengekalkan sekolah vernakular seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan sudah pun membuktikannya!

    ReplyDelete
  24. setiap kaum kena saling menhormati

    ReplyDelete
  25. Syor menghapuskan sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini bukan merupakan idea yang baik dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

    ReplyDelete
  26. Beliau berkata sistem persekolahan vernakular di negara ini sudah lama wujud sebelum kemerdekaan dan adalah amat sedih untuk melihat masih ada orang yang mempersoalkan mengenainya.

    ReplyDelete
  27. "Kami membantah dengan keras syor tersebut kerana ini adalah salah satu hak di bawah Perkara 152 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan di mana 'tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain'," katanya kepada Bernama hari ini.

    ReplyDelete
  28. Beliau berkata demikian ketika mengulas syor Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada sebuah forum di sini semalam bahawa kerajaan disaran menghapuskan sistem persekolahan vernakular bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat.

    ReplyDelete
  29. penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah satu aliran dapat menyatupadukan semula semua kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  30. Palanivel menegaskan bahawa statistik menunjukkan bahawa lebih 1,000 pelajar sekolah Tamil yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah mencapai keputusan 7A dan 6A.

    ReplyDelete
  31. "Adalah tidak penting sekolah jenis mana kanak-kanak-kanak itu belajar kerana mereka semua menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan yang sama," katanya.

    ReplyDelete
  32. Beliau berkata sumbangan pelajar kepada masyarakat perlu dinilai dengan kualiti pelajar, semangat patriotik mereka kepada negara serta sumbangan masa depan mereka kepada masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  33. Mengulangi sentimen sama, Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Prof Dr N.S. Rajendran berkata gesaan seperti itu perlu dihentikan demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  34. "Setiap daripada kita adalah bertanggungjawab untuk menggalakkan perpaduan dan adalah tidak adil untuk memetik satu sekolah vernakular sahaja dan mendakwa mereka tidak sehaluan dengan perpaduan apabila pada hakikatnya wujud sekurang-kurangnya lima jenis sekolah yang terus berkembang di Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  35. ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon percaya masalah perpaduan akan sentiasa wujud walaupun sistem persekolahan vernakular dihapuskan.

    ReplyDelete
  36. Beliau berkata adalah tidak sesuai untuk orang-orang tertentu menyalahkan perpecahan ke atas sekolah vernakular sahaja kerana usaha meningkatkan perpaduan nasional terletak di bahu semua pihak termasuk kerajaan.

    ReplyDelete
  37. "Ia terbukti sekolah vernakular telah menyumbang kepada sistem pendidikan negara dengan menyediakan peluang untuk kanak-kanak belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa ibunda...oleh itu mempunyai keupayaan untuk menguasainya dan menyumbang secara berkesan ke arah pembinaan negara," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada sebab jga untuk memansuhkan sekolah vernakular.

      Delete