Sunday 2 June 2013

NURUL IZZAH BERHAK RUJUK KE MAHKAMAH






Oleh : JACOB BALANG

KENINGAU: Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Risham Mail mempertahankan tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk menyaman kerajaan negeri kerana menyekat kemasukannya ke Sabah, sebagai suatu tindakan tepat selain menuntut haknya menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau berkata, meskipun kerajaan dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mempunyai bidangkuasa Imigrasi di negeri ini, namun kehadiran Nurul ke sini bukan berniat buruk yang bertentangan dengan undang- undang negara.

“Nurul datang ke Sabah semata-mata untuk memenuhi undangan Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking untuk sambutan Pesta Kaamatan demi memeriahkan lagi sambutan pesta itu.

“Jadi, atas tindakan kerajaan menyekat kemasukannya ke Sabah sesuatu yang tidak adil bagi dirinya...(sudah tentu) Nurul berhak membawa pertikaian ini ke Mahkamah untuk tafsiran...(jadi) tindakan itu bukanlah sesuatu yang bodoh,” kata beliau pada Ahad sambil menyifatkan Nazri antara pemimpin yang terkenal dengan sikap celupar ketika mengulas sesuatu isu.

Risham berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nazri yang dipetik sebagai berkata bahawa tindakan Nurul Izzah menyaman kerajaan Sabah dan Ketua Menteri di atas masalah itu suatu tindakan yang bodoh.

Antara lainnya, Nazri turut menyifatkan Nurul yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak memahami dasar undang-undang Negara kerana beliau (Nurul) bukan seorang Peguam; selain masih muda dalam bidang kepimpinan untuk memimpin rakyat.

Dalam pada itu, Risham turut sependapat dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bahawa tempoh berpolitik (politicking) sudah berlalu selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) di mana tumpuan kerajaan yang telah dipilih adalah untuk bekerja bagi melestarikan pembangunan untuk rakyat.

Beliau menambah, dalam konteks itu, pihak pembangkang senantiasa memberikan kerjasama asalkan pembangunan yang dijanjikan itu benar- benar memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya menumpukan kepada golongan sasar rakyat di bawah garis kemiskinan tegar.

100 comments:

  1. Nurul Izzah sepatutnya faham undang-undang negeri Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  2. Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan Malaysia. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

    Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka.

    ReplyDelete
  3. Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana itu adalah perjanjian dan hak Sabah. Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang diingatkan supaya tidak melakukan tindakan yang boleh merosakkan keharmonian negara termasuk membangkitkan isu autonomi Sabah seperti yang dicanang dalam kempen pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  5. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, soal kemerdekaan Sabah dalam Malaysia, kerangkanya, Perlembagaan dan hak-hak negeri itu telah dipersetujui sebaiknya melalui Perjanjian 20 Perkara.

    ReplyDelete
  6. "Jangan buat apa-apa yang sudah pun kita susun molek, cantik dan kemas.

    "Perjanjian 20 perkara itu masih kita pertahankan sampai hari ini. Tidak timbul soal autonomi kerana Sabah sudah ada autonomi di bawah perjanjian itu," katanya.


    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri menambah, antara Sabah dan Persekutuan Malaysia, kedua-duanya saling memerlukan kerana dalam hal tertentu, negeri itu turut memerlukan pertolongan daripada kekuatan yang ada pada Persekutuan.


    ReplyDelete
  8. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.

    Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan."Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.

    ReplyDelete
  9. Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu."Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

    "Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan."Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.

    ReplyDelete
  10. Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan BN."Cukup-cukuplah.

    Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya.

    ReplyDelete
  11. Dr Chandra Muzafar – Situasi selepas PRU13 berbeza daripada dua belas pilihan raya sebelum ini atas satu sebab. Perhimpunan diadakan di beberapa tempat di Semenanjung untuk menentang keputusan PRU-13 kerana kononnya penipuan besar-besaran dilakukan” oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN).

    Setakat ini pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang membuat tuduhan ini gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.

    Setiap tuduhan liar yang direka – dari 40,000 rakyat Bangladesh yang diterbangkan ke Malaysia sebagai “pengundi hantu” ke peristiwa blackout di Bentong – hanya mengesahkan bahawa kita berdepan dengan pembohong-pembohong bertaraf dunia.

    SPR serta beberapa pakar undang-undang telah berulang kali menekankan bahawa sekiranya pembangkang memiliki bukti tentang penipuan di mana-mana kawasan pilihan raya, di peringkat negeri mahupun di peringkat Parlimen, petisyen boleh dikemukakan di mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

    Ini adalah saluran undang-undang yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959. Sekiranya ada cara tertib berdasarkan Perlembagaan untuk menyelesaikan isu-isu pilihan raya, kenapa sebahagian daripada pembangkang terus memprotes?

    Jelas bahawa protes merupakan agenda ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mencapai cita-cita besar beliau iaitu, menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau berharap bahawa siri perhimpunan akan menjejas kredibiliti kerajaan BN dan ini mungkin dapat memujuk beberapa ahli parlimen BN melompat masuk pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  12. Kemerosotan kredibiliti BN juga mungkin mendorong lobi-lobi tertentu di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) memesatkan kempen mereka untuk menekan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib menyahut tuntutan-tuntutan Anwar tentang pilihan raya.

    Tetapi, Anwar tidak akan mencapai matlamatnya. Majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa keputusan PRU-13 adalah adil dan mencerminkan realiti sentimen dan kecenderungan politik kini. Pembangkang sebagai contoh telah memperolehi 89 kerusi Parlimen – yang terbanyak dalam sejarah politik negara, selain daripada mengekalkan kuasa dalam tiga buah negeri dengan majoriti besar!

    Kerajaan-kerajaan Barat, termasuk kerajaan AS, menerima keputusan PRU-13 secara rasmi dan liputan dalam media Barat yang pro-Anwar pun sudah berkurangan.

    Pendekatan kerajaan BN juga membantu BN menguasai keadaan. Polis tidak cuba menyuraikan perhimpunan-perhimpunan dengan gas pemedih mata dan sebagainya. Cuma beberapa aktivis didakwa kerana melanggar undang-undang tertentu.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan BN yang dipilih secara demokratik harus terus memerintah secara normal. Kabinet peringkat pusat dan sepuluh buah negeri yang dikuasai BN harus melaksanakan dasar-dasar dan program-program mereka. Bertindak secara normal adalah respons yang paling sesuai terhadap mereka yang ghairah dengan perhimpunan dan demonstrasi.

    Pada masa yang sama BN perlu memberi fokus kepada cabaran-cabaran yang masih belum diatasi. Kos hidup yang meningkat yang memberi dampak pada golongan yang kurang berada, terutamanya di kawasan bandar – sebahagian daripada mereka menolak BN dalam PRU-13 – harus ditangani dengan langkah-langkah yang lebih berkesan.

    Pengawalan terhadap harga barangan; perumahan mampu milik oleh golongan kurang berada; penyediaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh dan struktur gaji yang adil adalah antara perubahan-perubahan yang harus dilaksanakan melalui penyusunan semula ekonomi.

    Pembanterasan rasuah, yang juga merupakan isu besar dalam PRU-13, memerlukan iltizam yang lebih kuat dari kepimpinan politik.

    ReplyDelete
  14. Dalam hubungan ini, cadangan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah disyorkan oleh NGO-NGO sebelum ini, untuk melarang sanak-saudara ahli-ahli Kabinet, Exco negeri atau pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam daripada membidakan kontrak atau projek kerajaan semasa mereka memegang jawatan, harus dikuatkuasakan dengan serta-merta.

    Begitu juga, suatu mekanisme perlu dibentuk untuk mempertingkatkan akses masyarakat kepada aset dan liabiliti semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan dan keluarga terdekat mereka, seperti mana terdapat di beberapa negara yang lain.

    Tahap insiden jenayah yang membimbangkan adalah satu lagi cabaran yang menghadapi kepimpinan BN dewasa ini. Dalam PRU-13, isu ini diperalatkan oleh pembangkang untuk menunjukkan pengundi bahawa BN gagal melindungi keselamatan khalayak ramai.

    Pendekatan yang lebih berkesan adalah pra-syarat untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah.

    ReplyDelete
  15. Dalam suasana politik pasca PRU-13, BN juga memberi perhatian kepada struktur BN. Dalam keadaan dimana prestasi parti-parti Cina merosot sama sekali, kita faham kenapa pemimpin-pemimpin BN tertentu bertanya sama ada sudah tiba masanya untuk membubarkan semua parti komponen dan digantikan dengan satu parti tunggal.

    Ini adalah persoalan yang kompleks yang perlu dikaji secara mendalam. Yang lebih penting dan lebih mencabar, adalah sikap dan nilai-nilai kepimpinan dan keahlian parti-parti komponen BN.

    Oleh kerana UMNO dan BN sudah berkuasa selama beberapa dasawarsa dan hidup dalam zon selesa, apakah semangat perjuangan, semangat pengorbanan pemimpin dan ahli mereka sudah luntur?

    Apakah ini iktibar daripada PRU-12 dan 13? Apakah benar BN kini lebih mengutamakan wang, kuasa dan kedudukan jika dibandingkan dengan Perikatan pada peringkat awal perjuangannya? Apakah penyakit materialisme ini yang merupakan tragedi BN yang sukar diubati?

    Bagaimana pula dengan parti-parti pembangkang yang menggelarkan diri sebagai “pakatan rakyat” yang masih belum mewujudkan suatu gabungan yang mantap yang mempunyai struktur kepimpinan, simbol dan misi perjuangan yang sama khususnya dalam soal agama dan kaum?

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya, jurang ideologi yang membezakan Pas dan DAP amat ketara: Pas dengan idea negara Islamnya yang ditakrifkan melalui hudud dan DAP dengan fahaman ‘Malaysian Malaysianya’ yang meminggirkan sejarah dan latarbelakang politik negara ini.

    Dapatkah pemimpin dua parti ini mengurangkan jurang ini dalam tempoh lima tahun akan datang ini?

    Cabaran yang jauh lebih serius yang dihadapi ketiga-tiga parti pembangkang adalah keikhlasan mereka dalam membendung sentimen-sentimen politik tertentu yang akan memudaratkan negara kita sekiranya tindakan tidak diambil dari sekarang.

    DAP, sejak ditubuhkan pada 1966, mengeksploitasi sentimen marah dan kecewa di kalangan sebahagian besar daripada kaum Cina dan sebahagian daripada kaum India yang berhubungkait dengan kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    Gambaran yang diberikan kepada bukan Melayu dan bukan bumiputra adalah bahawa kerajaan menganugerahkan segala-galanya kepada Melayu dan bumiputra manakala bukan Melayu dan bukan Bumiputra dianaktirikan dan dilayani sebagai ‘warga kelas dua’.

    ReplyDelete
  17. Keadaan sebenar ekonomi, budaya dan politik masyarakat kita jauh berbeza daripada persepsi yang dibentuk oleh DAP. Tidak dapat dinafikan bahawa kaum Cina yang paling kukuh kedudukannya di peringkat atasan dan pertengahan dalam hierarki ekonomi negara.

    Pengamalan budaya dan bahasa Cina yang disokong oleh sistem pendidikan Cina, berleluasa di negara ini – suatu fenomena yang tidak wujud di mana-mana negara lain di luar Republik China dan Taiwan.

    Begitu juga, penglibatan kaum Cina dalam politik negara, jika dilihat dari segi sejarah politik Malaysia yang berakar umbi dalam sistem politik Melayu, adalah luar biasa.

    Jelas bahawa kaum Cina tidak dianaktirikan dan bukan warga kelas dua – walaupun dalam pelaksanaan kedudukan istimewa dan DEB, adakalanya bukan Melayu dan bukan bumiputra yang layak gagal mendapat tempat di universiti atau biasiswa atau pun kontrak dan lesen perniagaan.

    Tetapi kes-kes khusus – ketidakadilan sedemikian rupa – tidak boleh dijadikan asas untuk membuat kesimpulan palsu bahawa kaum Cina pada keseluruhannya dianiaya!

    ReplyDelete
  18. Polarisasi kaum akan bertambah buruk. Polarisasi kaum yang diiringi oleh ketegangan kaum mengundang pada ketidakstabilan politik yang akan menjejaskan persekitaran ekonomi.

    Sama seperti DAP, Pas juga harus membetulkan persepsi yang disebarluas dalam kalangan golongan muda Islam bahawa pendekatannya kepada Islam adalah Islam yang tulen serta mujarab kepada segala cabaran dihadapi di negara kita.

    Pendekatan Pas yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan beberapa negara yang mengisytiharkan diri sebagai “Negara Islam” serta pergerakan Islam di tempat-tempat lain, dipersoalkan oleh pemikir-pemikir Islam kerana lebih mementingkan kulit daripada isi agama.

    ReplyDelete
  19. Itulah sebabnya negara-negara tersebut gagal memberi makna yang konkrit kepada keadilan sosial dan kemuliaan insan (termasuk kemuliaan wanita) yang menjadi cita-cita unggul al-Quran al-Karim.

    Lagi pun, Pas perlu menyelami persoalan yang masih mencetuskan perbahasan tentang peranan sebuah parti Islam dalam masyarakat berbilang agama yang berfungsi dalam persekitaran politik abad 21.

    Ini membawa kita kepada PKR. Parti ini juga dibawa oleh arus sentimen yang dangkal yang berkisar pada ketaksuban terhadap seorang individu. Sudah tentu ketaksuban sedemikian rupa bertentangan sama sekali dengan suasana abad 21.

    Ahli-ahli PKR harus membebaskan diri mereka daripada belenggu jumud ini. Parti-parti pembangkang, seperti mana dengan BN, menghadapi banyak cabaran dalam landskap politik pasca PRU 13.

    Mereka harus ambil iktibar daripada cabaran-cabaran ini. Mereka yang belajar dan buat perubahan yang berkesan secara ikhlas akan berjaya

    ReplyDelete
  20. Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.

    ReplyDelete
  21. Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.


    ReplyDelete
  22. Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.


    ReplyDelete
  23. Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.


    ReplyDelete
  24. Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.


    ReplyDelete
  25. Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.

    ReplyDelete
  26. Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

    ReplyDelete
  27. Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.


    ReplyDelete
  28. Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.


    ReplyDelete
  29. Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.

    ReplyDelete
  30. Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.

    ReplyDelete
  31. Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.


    ReplyDelete
  32. Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.


    ReplyDelete
  33. Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?

    ReplyDelete
  34. Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  35. Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kempen untuk menukar kerajaan pimpinan Barisan Nasional hari ini kononnya mampu membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  36. Calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samad berkata, kempen tersebut cuma sekadar janji kosong parti pembangkang bagi merebut kuasa sedangkan mereka tidak mempunyai perancangan konsisten untuk rakyat.

    ReplyDelete
  37. Menurut beliau, perkara tersebut telah pun terbukti apabila kerajaan pakatan pembangkang memenangi negeri Selangor selepas menabur pelbagai janji manis termasuk pemberian air percuma, pemotongan cukai pintu kediaman dan perniagaan serta berpuluh-puluh bantuan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  38. “Hasilnya selepas lima tahun memerintah, janji tinggal janji. Bantuan yang disalur cuma sekadar melepaskan batuk ditangga. Rakyat akhirnya tertipu dan terpedaya.

    ReplyDelete
  39. “Pada pilihan raya ini, mereka sekali lagi cuma menabur janji baru. Oleh itu, setiap pengundi walau di mana sahaja, jadikanlah rekod buruk pemerintahan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sebagai pengajaran,” katanya.

    ReplyDelete
  40. “Kita berharap para pengundi membuka mata melihat betapa gagalnya pemimpin pakatan pembangkang berbanding apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan BN.

    “Kita bukan mahu menolak pembangkang kerana mereka parti lawan tetapi menolak mereka kerana mereka sememangnya belum layak untuk mentadbir negara.

    ReplyDelete
  41. Jelas beliau Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah parti rakyat yang sentiasa membela hak semua tanpa mengira kaum dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan sepanjang masa berbanding pembangkang yang hanya muncul ketika musim pilihan raya dan memperjuangkan isu yang memberi manfaat kepada mereka.

    ReplyDelete
  42. “Rakyat seharusnya membuka mata dan memahami taktik yang digunakan pembangkang supaya mereka tidak tertipu dengan segala janji palsu dan fitnah yang disebarkan.

    “Rakyat usah keliru kerana hakikatnya, setiap kali selepas pilihan raya apabila pembangkang berjaya ditewaskan, mereka hilang tanpa khabar berita.

    ReplyDelete
  43. Tambah Hamisa, manifesto BN juga jelas berbeza dengan manifesto pembangkang yang lebih bersifat cuba mengula-gulakan rakyat tanpa fakta dan sokongan daripada mana sumber pendapatan negara.

    ReplyDelete
  44. Manifesto BN katanya, lebih berpaksikan realiti semasa serta kemampuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, pengekalan subsidi serta penurunan harga kereta yang perlu dilaksanakan secara tertib dan berperingkat.

    ReplyDelete
  45. “Bayangkan jika semua janji dalam manifesto parti pembangkang dilaksanakan, apa akan jadi kepada bantuan untuk membina kemudahan infrastruktur luar bandar, bantuan rakyat miskin dan pelbagai subsidi yang dinikmati selama ini kerana manifesto pakatan pembangkang lebih kepada membela golongan kaya,” katanya.

    ReplyDelete
  46. Justeru katanya, undi atau mandat lebih besar perlu terus diberikankepada BN supaya usaha memperkasakan kaum wanita bagi memastikan kesaksamaan gender dapat terus dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  47. Beliau berkata, begitu juga dengan program-program pembangunan modal insan dapat ditambah baik selain memelihara undang-undang berkaitan tanah adat serta program pembasmian kemiskinan.

    ReplyDelete
  48. WALAUPUN PRU13 telah berakhir dan pelantikan Kabinet baru telah selesai namun demam pilihan raya masih belum reda. Isu-isu berhubung ketidakpuasan hati segelintir ahli-ahli politik khususnya pembangkang berhubung keputusan pilihan raya masih membara sehingga membawa kepada beberapa siri perhimpunan haram.

    Persoalannya sampai bila akan berakhirnya drama politik pembangkang ini? Hari demi hari, siri-siri ceramah dan perhimpunan haram diadakan bagi menyemai rasa benci rakyat terhadap Kerajaan.

    ReplyDelete
  49. Situasi ini jika tidak dihentikan akan mendatangkan natijah yang amat buruk kepada perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Pihak berkuasa harus lebih tegas untuk mengambil tindakan ke atas politik songsang yang cuba diterapkan pembangkang.

    ReplyDelete
  50. Negara kita mempunyai undang-undang yang jelas. Rasa tidak puas hati terhadap sistem pilihan raya ini boleh disalurkan menerusi saluran undang-undang.

    ReplyDelete
  51. Setiap parti politik mempunyai tempoh masa selama 21 hari untuk mengemukakan petisyen masing-masing selepas keputusan pilihan raya diwartakan oleh SPR. Kenapa saluran ini tidak digunakan sepenuhnya? Kenapa pula ia dicanangkan dalam perhimpunan haram?

    ReplyDelete
  52. Rakyat harus sedar dengan hasutan dan politik kotor sebegini. Ahli-ahli politik pembangkang juga harus lebih matang dan tidak terikut-ikut dengan keinginan serta kegelojohan manusia yang mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  53. Takkan kita mahu negara kita sentiasa dalam situasi pilihan raya? Kita mahukan pembangunan. Kita mahukan kemajuan. Kita menuntut parti-parti yang bertanding untuk memenuhi manifesto atau aku janji yang dibuat semasa kempen.

    ReplyDelete
  54. Bagaimana pembangunan, kemajuan dan aku janji ini dapat dipenuhi sekiranya ahli politik sentiasa berpolitik dan tidak menjalankan tugasnya.

    Belajar cara politik negara-negara maju, di mana kempen-kempen politik hanya berlangsung semasa musim pilihan raya sahaja.

    ReplyDelete
  55. Sebaik sahaja keputusan calon yang menang dibuat dan perdana menteri dilantik maka calon-calon yang kalah akan menyeru penyokong-penyokongnya untuk berhenti berkempen dan menyokong kerajaan yang ada.

    ReplyDelete
  56. Semua yang dibuat adalah atas dasar kepentingan negara. Mengambil contoh Australia, sebaik sahaja Julia Gillard dilantik sebagai Perdana Menteri maka Ketua Pembangkang Tony Abbot akur kepada kekalahan dan menyeru rakyat menyokong kepimpinan Julia Gillard.

    ReplyDelete
  57. Tindakan Anwar berterusan melaksanakan himpunan haram sebenarnya makin mededahkan kolaborasi antara beliau dan agenda Israel yang telah merancang siri himpunan huru-hara di seluruh dunia. Amat jelas agenda ini didalangi oleh kuasa besar dan jahat.

    ReplyDelete
  58. Siri himpunan dan rusuhan seperti di Istanbul dan Mesir merupakan perancangan yang tersusun untuk memastikan Negara Islam gagal bangkit berkali-kali dan gagal mencari formula kemajuan untuk mendaulatkan Islam. Kerajaan terpaksa berterusan menangani masalah rusuhan dan ini bakal memesongkan dari pembangunan yang sepatutnya difokuskan oleh kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete
  59. Umat Islam seluruh Negara harus membuka minda untuk melihat reality sebenar disebalik semua tindakan jahat Anwar Bin Ibrahim. Beliau juga terpaksa memesongkan rakyat dari janji beliau untuk bersara apabila pembangkang telah kalah dalam PRU13 yang lepas. Memandang Anwar sememangnya manusia munafik yang terlalu gilakan kuasa maka beliau terpaksa mengalihkan tumpuan sebenar iaitu persaraan beliau kepada tuntutan PRU13 yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  60. Munafiknya Anwar ini juga apabila beliau tidak mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional namun pada masa yang sama beliau telah bersetuju untuk menerima jawatan Ahli Parlimen.

    ReplyDelete
  61. Disamping itu juga perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini juga untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara. Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

    ReplyDelete
  62. Anwar tetap mahu mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Kes liwat beliau telah dijadikan kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya. Seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab dunia akan melepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi bagi mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama.Namun kerakusan kuasa telah menyebabkan Anwar bertindak sebaliknya.

    ReplyDelete
  63. Rakyat harus sedar bahawa Anwar sedang mempergunakan rakyat. Beliau sanggup memanipulasikan rakyat demi cita-cita politik. Perjanjian yang beliau telah buat bersama kuasa jahat dunia dan kepentingan peribadi yang terlalu banyak telah membuatkan beliau sanggup menggadaikan semua nilai , maruah, agama, bangsa dan tanahair.

    ReplyDelete
  64. Namun apa sekalipun alasan Anwar, namun rakyat harus menilai bahawa tindakan mengadakan himpunan ini merupakan tindakan jahat yang amat tidak bermoral untuk Negara. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab maka rakyat wajib memboikot himpunan haram yang amat memudaratkan kesejahteraan dan keamanan Negara kita.

    ReplyDelete
  65. Tindakan pembangkang yang berterusan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah usaha mencambahkan bibit-bibit kebencian rakyat terhadap badan berkecuali itu.

    ReplyDelete
  66. Malah menurut Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, tindakan itu bertujuan menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya memerintah secara tidak sah.

    ReplyDelete
  67. "Mereka nak timbulkan anggapan supaya keadaan ini dilarutkan sampai ke pilihan raya akan datang supaya perasaan benci rakyat kepada kerajaan BN akan kekal dan memastikan pilihan raya akan datang mereka dapat mengaut sebahagian pengundi BN.

    ReplyDelete
  68. "Mereka sengaja gimikkan isu. Mereka nak hidupkan cerita itu supaya nak rakyat diperingatkan SPR tak telus dan kerajaan tak betul supaya momentum hal itu sentiasa dihangatkan terutama di kalangan mereka yang sentiasa tidak berpuas hati," katanya.

    ReplyDelete
  69. Cukuplah pembangkang hanya perbesarkan sesuatu isu semata-mata untuk menarik perhatian rakyat.

    ReplyDelete
  70. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa dirinya difitnah oleh Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan ‘jahat’ yang dibuat sehari sebelum hari mengundi, bertindak menyaman Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

    ReplyDelete
  71. Writ saman Raja Nong Chik itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Julai lalu rentetan daripada tuduhan Nurul Izzah berhubung urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

    ReplyDelete
  72. Selain Nurul Izzah, 33, Raja Nong Chik, 60, selaku pihak plaintif menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

    ReplyDelete
  73. Peguam M. Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik memberitahu pemberita, Hakim Datin Yeoh Wee Siam menetapkan 19 Ogos ini bagi pengurusan kes tersebut.

    ReplyDelete
  74. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 4 Mei lalu telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

    ReplyDelete
  75. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mendakwa, pernyataan fitnah kedua pula telah dibuat oleh Nurul Izzah, Malaysiakini dan wartawannya itu dan diterbitkan di laman web www.malaysiakini.com pada tarikh yang sama bertajuk, Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475 juta (Artikel Malaysiakini pertama).

    ReplyDelete
  76. Pihak defendan seterusnya menurut plaintif, dengan niat jahat menerbitkan kenyataan fitnah ketiga yang merujuk kepada beliau bertajuk, Nurul queries Nong Chik’s role in RM475mil deal (Artikel Malaysiakini kedua).

    ReplyDelete
  77. Bekas menteri Kabinet itu juga menyatakan, perkataan-perkataan tersebut secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau.

    ReplyDelete
  78. Menurut plaintif, pihak defendan menyatakan, perkataan-perkataan itu membawa maksud antaranya, beliau tidak jujur, terlibat dalam kegiatan rasuah dan tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  79. Fitnah tersebut menurut Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai itu menyebabkan, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik terjejas ekoran dipandang hina kerana kononnya telah terlibat dalam transaksi yang meragukan serta merugikan rakyat.

    ReplyDelete
  80. Justeru itu, Raja Nong Chik selain menuntut ganti rugi teruk dan teladan, turut memohon perintah injunksi agar pihak defendan tidak menerbitkan sebarang perkataan fitnah serta perintah memaksa mereka membuat permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh beliau.

    ReplyDelete
  81. Kelmarin Nurul buat taktik biasa dia, iaitu menyelit ke program yang tak dijemput. Program kali ini ialah program di Kuil Sri Nageswari Amman di Bangsar.

    ReplyDelete
  82. Dah lah datang tak berjemput, lepas tu kuncu-kuncu dia beria-ia minta supaya Nurul dikalungkan bunga, dijemput naik ke pentas dan diberi kesempatan berucap seolah-olah dia VIP.

    ReplyDelete
  83. AJK Kuil sudah tentulah tak bagi Nurul buat sesuka hati. Dah lah datang tak berjemput, tiba-tiba nak berlagak macam majlis tu majlis dia.

    ReplyDelete
  84. Bila AJK Kuil tak bagi Nurul naik pentas, terus kuncu-kuncu Nurul jerit-jerit maki AJK Kuil sehingga akhirnya berlaku pertengkaran mulut antara kuncu-kuncu Nurul dan AJK Kuil.

    ReplyDelete
  85. Lepas tu, si Nurul dan kuncu-kuncunya terus dihalau keluar dari Kuil tu.

    ReplyDelete
  86. Apa ni Nurul, dah lah kau datang menyelit tanpa dijemput, lepas tu kuncu-kuncu kau buat kecoh pula. Langsung tak hormat majlis yang sedang dijalankan. Kau ingat ni macam perhimpunan Bersih ke, boleh jerit-jerit maki orang?

    ReplyDelete
  87. Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

    ReplyDelete
  88. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

    ReplyDelete
  89. Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

    ReplyDelete
  90. Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

    ReplyDelete
  91. Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  92. "Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

    ReplyDelete
  93. "Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

    ReplyDelete
  94. Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

    ReplyDelete
  95. Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

    ReplyDelete
  96. Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  97. Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

    ReplyDelete
  98. Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu.

    ReplyDelete