Saturday 8 June 2013

NURUL IZZAH, SEDARLAH DIRI MU SIAPA?






Saudara Pengarang,

APABILA membaca desakan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas Datuk Seri Musa Aman, saya mewakili rakan Ketua Puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.

Tindakan Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.

Sudah tentu jika dibenarkan Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil.

Persoalannya sekarang ialah Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembangkang juga memenangi beberapa negeri.

Jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil, maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi semuanya indah khabar dari rupa.

Saya menyeru kepada Nurul Izzah Anwar agar sedarlah dirimu siapa dan hormatilah aliran demokrasi pilihan rakyat Sabah sepertimana BN menghormati kemenangan beliau.

Sehubungan dengan itu, tindakan Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

Permintaan Nurul Izzah Anwar supaya Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; manakala Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut Undang-undang,

Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'.

Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah.  Namun,  mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Anggapan  bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang  menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang  patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan.

Seharusnya Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan  menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.

Salam Hormat,

HJH MUSLIATI MOSLIMIN
Ketua Puteri UMNO Sabah
Merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

38 comments:

  1. Isu ini sengaja dipolitikkan.

    ReplyDelete
  2. Nuruk is like a criminal now.

    ReplyDelete
  3. Adakah Jabatan Menteri melakukan sekatan ini mengikut prosedur.

    ReplyDelete
  4. Imigresen cuma melaksanakan ikut arahan pihak atasan sahaja.

    ReplyDelete
  5. Sabah has the right to restrict any that may threaten the state.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya Anwar Ibrahim berjaya juga memasuki Sabah walaupun sebelum ini beliau dan konco-konconya hampir meroyan apabila mengetahui dirinya antara yang disenarai-hitamkan dari memasuki Sabah.

    ReplyDelete
  7. Tanpa memberikan penjelasan sebenar kepada penyokong-penyokongnya di Sabah mengenai sekatan terhadap Nurul dan juga fitnah yang kononnya beliau akan disekat dari memasuki Sabah, Anwar dengan lagak seorang pembohong, pembelit lagi rendah moralnya cuba menghasut rakyat Sabah dengan pelbagai hujah-hujah bohong beliau.

    ReplyDelete
  8. Dalam pidato beliau ketika menghadiri Program Himpunan Blackout 505 di dewan Hakka, Sandakan, Anwar seperti biasa menghidangkan para penyokongnya dengan cerita-cerita karut seperti penipuan SPR, pengundi Bangladesh dan juga mengenai insiden anak kesayangannya yang dihalang dari memasuki Sabah beberapa hari lalu.

    ReplyDelete
  9. "Saya cabar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya meletakan jawatan daripada SPR kerana bersubahat dengan UMNO/BN melakukan penipuan kepada rakyat, khususnya pengundi. Mereka berdua tidak layak duduk di kerusi empuk di SPR untuk menyusahkan rakyat saja,” kata si Huguan Siou Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  10. Persoalannya, siapa yang menipu sekarang?? bukankah Anwar sudah berjanji akan bersara sekiranya kalah pada PRU13 lepas?? lagipun Anwar sendiri gagal mengemukakan bukti dalam setiap tuduhan yang dilemparkan kepada SPR.

    ReplyDelete
  11. Dari menyerahkan bukti, Anwar lebih rela mengajak rakyat supaya melakukan demonstrasi agar kerajaan BN dapat digulingkan, sekaligus menjadikan Anwar sebagai PM ke-7. Sepatutnya Pengerusi SPR yang mencabar Anwar supaya mengotakan janji beliau untuk berhenti dari berpolitik dan menjadi pensyarah.

    ReplyDelete
  12. Berbanding dengan SPR, Anwar lebih banyak menyusahkan rakyat sejak beliau keluar dari penjara. Dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan bersama oleh Pakatan Haram, rakyat Malaysia bukan sahaja menjadi mangsa dalam menghadapi kesesakan dan pelbagai kesulitan untuk melakukan kerja harian, malah pendemo-pendemo yang berjaya dihasut Anwar juga ramai yang telah masuk ke hospital angkara sikap tamak Anwar yang lebih mementingkan jawatan Perdana Menteri berbanding dengan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang yang berkobar-kobar mahu turun ke jalan raya tidak pula masuk hospital. Maka benarlah rakyat atau penyokong-penyokong Pakatan, bagi Anwar hanya perisai untuk beliau merampas kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Dalam pidato Anwar juga, beliau turut mengecam perbuatan Datuk Musa Aman kerana menyekat dan melarang anaknya serta Tian Chua dari memasuki Sabah. Beliau berkata tindakan itu telah menjadi bahan ejekan para pemimpin luar negara. Benarkah begitu???

    ReplyDelete
  15. Setahu saya, insiden sekatan tersebut lebih banyak mendedahkan sikap hipokrit Pakatan Rakyat yang kononnya mahu memberikan autonomi kepada Sabah. Namun hakikatnya, apabila pemimpin pembangkang mengalami sendiri kuasa autonomi Sabah yang sebelum ini dikatakan telah hilang, tanpa rasa bersalah mereka sendiri tampil mencabar kuasa autonomi tersebut dimahkamah dengan niat mahu menghapuskannya. Anwar patut sedar bahawa banyak tindakan beliau telah menjadi bahan ejekan kerana hobi beliau yang gemar bercakap tapi tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  16. Apa-apapun, kemasukan Anwar ke Sabah membuatkan Bullet sedikit kecewa dengan kerajaan negeri Sabah kerana membenarkan penjenayah kepada bangsa, agama dan negara ini terus berpidato di bumi Sabah. Jika Nurul Izzah Anwar disambut dengan KFC, Anwar sepatutnya lebih layak disambut dengan kereta kebal serta barisan tentera yang sehingga hari ini masih berkampung di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  17. Pembelot, pendemo, penipu dan peliwat seperti Anwar perlu disekat pergerakkannya dari terus menimbulkan huru-hara serta kekacauan dalam negara hanya kerana mahu mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7.

    ReplyDelete
  18. entah apa pula pandangan nurul izzah dan konco2nya apabila anwar dan lim kit siang berjaya menyusup masuk ke sabah tanpa sebarang sekatan..

    ReplyDelete
  19. jika tindakan kerajaan negeri menyekat kemasukan nurul bermotifkan politik, jangan harap anwar boleh berkempen di sabah menyebarkan agenda blackout 505..

    ReplyDelete
  20. Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sabah membuktikan bahawa rakyat Sabah masih lagi memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib biarpun Pakatan Pembangkang cuba mempengaruhi rakyat di negeri tersebut dengan slogan Sabah Untuk Rakyat Sabah, demikian menurut penganalisan politik Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.

    ReplyDelete
  21. Jelasnya,kemenangan tersebut juga memperlihatkan rakyat Sabah sudah menzahirkan keyakinan kepada BN bahawa dalam jangkasamasa lima tahun akan datang, segala janji-janji kerajaan terhadap pembangunan rakyat di negeri tersebut akan dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  22. “Kemenangan BN di Sabah juga membuktikan bahawa rakyat Sabah menolak kempen Pakatan Pembangkang dan mereka amahu dlihat sebahagian dari rakyat Malaysia yang merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  23. “Ini membuktikan keyakinan rakyat Sabah terhadap manifesto kerajaan BN yang memberikan keutamaan kepada beberapa perkara yang mampu untuk mempertingkat taraf sosial kehidupan masyarakat Sabah,” ujarnya.

    ReplyDelete
  24. Sementara itu, beliau berpendapat walaupun majoriti kerusi yang diperolehi oleh BN agak menurun berbanding dengan keputusan pilihanraya 2008, namun bilangan kerusi sebanyak 133 itu merupakan angka yang dianggap sesuai dalam konteks politik global yang berlaku hari ini.

    ReplyDelete
  25. “Berdasarkan kepada lanskap politik tanahair yang wujud sepanjang lima tahun yang lepas di negara kita hari ini, angka kerusi yang dimenangi oleh BN merupakan satu angka yang sesuai dalam senario politik hari ini.

    ReplyDelete
  26. “Mana-mana negara sekalipun untuk meraih majoriti 2/3 itu bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi dengan peningkatan proses perbandaran, kadar celik huruf, peningkatan umur dan demografi yang berbeza-beza di negara kita, maka angka 133 itu merupakan angka yang sesuai berdasarkan faktor-faktor tersebut,” ujarnya.

    ReplyDelete
  27. Apa yang penting menurut beliau, pengundi Melayu, India Sabah dan Sarawak kini dilihat sudah kembali menyokong BN tetapi disebabkan wujudnya penolakan masyarakat Cina kepada BN di kebanyakkan kawasan, maka ia dilihat seolah-olah wujudnya satu percaturan baru dalam politik tanahair.

    ReplyDelete
  28. “Dalam hal ini, amat penting bagi BN menilai dan mengkaji mengapa berlakunya penurunan sokongan terutama yang melibatkan kaum Cina, terutamanya golongan yang tinggal di bandar dan juga pengundi-pengundi muda di negara ini yang dilihat mahukan perubahan. BN perlu mengkaji perubahan apakah yang dikehendaki oleh pengundi-pengundi muda ini.

    ReplyDelete
  29. “Biarpun berlaku anjakan-anjakan baru dalam senario politik negara hari ini, berdasarkan demografi dan geografi negara, keamaman, permuafakatan dan keselamatan antara kaum harus dipertingkatkan dan ianya tidak boleh dikompromi sama sekali,” tegasnya.

    ReplyDelete
  30. Tambahnya lagi, pengundi juga harus sedar dan akur bahawa bukan mudah untuk membina keamanan dan perpaduan sepertimana yang wujud lebih 56 tahun di negara ini.

    ReplyDelete
  31. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang
    tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat
    oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke
    mahkamah.

    ReplyDelete
  32. ini bermakna ianya pertama kali dalam
    sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah
    satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah
    yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
    memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  33. Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi
    Sarawak/Sabah yang cuba dicabar oleh Nurul Izzah berbunyi "Kawalan ke
    atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus
    dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah)
    yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.

    ReplyDelete
  34. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan
    orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri
    kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai
    kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian
    lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).

    ReplyDelete
  35. Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963.

    ReplyDelete
  36. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan
    Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan
    Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi
    dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  37. Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah
    sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk
    negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan
    kabinet negeri masing-masing

    ReplyDelete
  38. ia harus dipertahankan sampai bila-bila
    oleh Sarawak/Sabah dan amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain
    seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh
    kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.

    ReplyDelete