Thursday 13 June 2013

PANDIKAR HINA UNDANG-UNDANG DEWAN?






SUMPAH....Surendran menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan "mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendrii di mejanya dan sumpah boleh dilakukan di hadapannya".

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Amaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun depan akan terlucut jawatan adalah bertentangan dengan undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat, kata PKR.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan Pandikar itu juga membolehkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Naib Presiden PKR N. Surendran menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan “mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendiri di mejanya dan sumpah boleh dilakukan di hadapannya.”

“Peraturan 5(2) menjadikannya ianya mandatori untuk Setiausaha menerima sumpah berkenaan. Speaker dan Barisan Nasional (BN) tiada kuasa menolak sumpah ahli Parlimen pembangkang,” kata Surendran.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan kesemua 38 anggota Parlimen DAP tidak akan memboikot upacara mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 serta persidangan Parlimen.

"Tetapi kami akan menggunakan proses perundangan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya, khususnya mematuhi prinsip demokratik 'satu orang, satu undi, satu nilai," kata Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin.

Jelas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga, "memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen tidak akan dilihat sebagai 'simbolik' atau langkah berani untuk membantah terhadap pilihan raya umum yang dicuri apabila PR boleh membuat titik yang lebih berkesan dengan seluruh negara perhimpunan bantahan aman."

Guan Eng turut menjelaskan, tindakan memboikot Dewan Rakyat tidak akan terjejas dengan hanya memboikot sebuah upacara angkat sumpah berbanding suara-suara gerakan rakyat sebenar.

"Peranan Speaker Dewan adalah menjalankan urusan parlimen dan tidak seharusnya campurtangan dalam hal politik. Ia adalah yang paling tidak patut bagi mana-mana Speaker dan beliau tidak mempunyai hak untuk memboikot mana-mana ahli Parlimen atau sengaja menyebabkan beliau hilang kelayakan oleh memboikot atau menolak untuk bersumpah.

"Saya berharap bahawa ini adalah hanya satu jenaka oleh Tan Sri Pandikar atau lain ada akan menjadi keraguan yang serius pada niat dan kesaksamaan apabila beliau mempengerusikan Parlimen."

Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Jelas Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” katanya.

“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. - Gambar oleh Choo Choy MaySesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.

Surendran juga turut berkata amat mengejutkan Speaker mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap ahli Parlimen PR yang telah dipilih rakyat.

“Ancaman keterlaluan Pandikar ini mendedahkan berat sebelah secara terang-terangan terhadap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap pejabat yang didudukinya,” tegas ahli Parlimen Padang Serai itu lagi.

Dakwanya lagi, ancaman Speaker yang “dilantik BN” itu juga selari dengan cara tidak demokratik dan diktator di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN terus mentadbir negara ini. (TMI)

27 comments:

  1. Rancangan memboikot sesi Parlimen ke-13 oleh pemimpin pembangkang dengan tidak menghadiri majlis angkat sumpah disifatkan sebagai melanggar peraturan dan menghina Dewan Rakyat.

    Anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, setelah memenangi Pilihan Raya Parlimen, di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, Anggota Parlimen hendaklah mengangkat sumpah terlebih dahulu sebelum mengambil kerusi di dalam Dewan Rakyat.


    ReplyDelete
  2. “Proses sedemikian sudah termaktub dalam peraturan mesyuarat. Mengingkarinya boleh dianggap sebagai menghina Dewan.

    “Selain itu, Anggota Parlimen yang tidak mengangkat sumpah adalah sama kedudukannya seperti orang luar yang hadir ke Dewan kerana tujuan mengangkat sumpah adalah untuk menempatkan kerusi bagi Anggota Parlimen berkenaan,” katanya


    ReplyDelete
  3. menurut Nancy, dalam Artikel 59(2) pula menyatakan jika sese-orang Anggota Parlimen tidak mengambil kerusi di dalam Dewan untuk tempoh selama enam bulan dari tarikh majlis bersidang, maka secara automatik kerusi Anggota Parlimen berkenaan hendaklah dikosongkan.


    ReplyDelete
  4. Sementara itu, Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula menyifatkan rancangan boikot oleh pemimpin pakatan adalah satu tindakan yang sia-sia selain menganiaya rakyat yang mengundi, jika ia dilakukan.


    ReplyDelete
  5. “Harapan rakyat kita adalah untuk menyuarakan dan aspirasi mereka.

    “Kalau yang dipilih itu gagal hadir untuk meng-angkat sumpah pada hari persidangan pertama selepas pilihan raya atau hari lain yang ditetapkan oleh Parlimen dalam masa enam bulan dari hari pilihan raya maka ia akan hilang kerusi Parlimen tersebut,” katanya.

    ReplyDelete
  6. Disebabkan itu, menurut beliau, maka pilihan raya kecil akan diadakan, yang pastinya membazirkan wang kerajaan iaitu wang rakyat.

    Malah, ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, ia juga membuang masa dan menjejaskan rakyat.

    ReplyDelete
  7. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    KUALA LUMPUR - Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri gubal harus ditolak oleh rakyat.

    ReplyDelete
  8. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Kata beliau, oleh kerana kesemua undang-undang digubal ahli-ahli Parlimen ahli-ahli politik khususnya mereka yang bergelar wakil rakyat sewajarnya menghormati keputusan Parlimen dan apa jua kekurangan harus dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua isu harus ditanggani dengan hati yang tenang. Boikot mungkin bukan cara yang wajar.

      Delete
  9. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Abu Zahar yang juga bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, peraturan yang wujud sehingga hari ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan pemimpin yang dilantik oleh rakyat.

    ReplyDelete
  10. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Sehubungan itu katanya, pemimpin yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang telah diputuskan oleh mereka sendiri tidak layak menjadi seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  11. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    "Undang-undang yang wujud ada daripadanya dibuat oleh wakil rakyat sendiri di Parlimen.

    "Jadi kalau mereka ada melanggar undang-undang, jangan lantik dia lagi pada PRU ini," katanya pada sesi dialog bersama peserta program Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia, yang disertai 24 orang pengamal media, di bangunan Parlimen semalam.

    ReplyDelete
  12. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Selepas Perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, ibu negara bakal menyaksikan satu lagi perhimpunan, yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

    ReplyDelete
  13. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Ia akan berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu ini berbanding sebelum ini di tempat terbuka.

    Penganjur himpunan mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan telus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhimpunan bukan cara yang wajar, harus kaji cara dan membuat tuntutan melalui cara yang lebih positif.

      Delete
  14. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Penganjur Perhimpunan Bersih 3.0, Bersih 2.0, juga telah melanggar peraturan apabila himpunan itu tetap diadakan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapatkan kebenaran dan permit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

      Mengulas lanjut Abu Zahar berkata, sebarang bentuk himpunan boleh dilakukan, namun perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

      Katanya, peraturan penting bagi mewujudkan suasana di sesebuah negara kekal aman.

      Delete
  15. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    "Bukan kita tak bagi, tapi perlu ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

    "Ini penting untuk terus mewujudkan suasana aman," katanya.

    ReplyDelete
  16. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Pada pertemuan itu, Abu Zahar, bekas anggota polis berharap negara tidak berhadapan satu lagi peristiwa hitam 13 Mei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kestabilan dan keamanan harus dipeliharakan.

      Delete
  17. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    "Kejadian itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 di mana ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

    "Perkara itu timbul disebabkan satu kaum kerana memenangi kerusi pilih raya, " katanya.

    ReplyDelete
  18. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Sementara itu, beliau meminta supaya pada PRU13 ini, media berperanan membina pemikiran rakyat, untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  19. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Katanya, himpuan rakyat yang ingin dibuat oleh pembangkang mengikut undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  20. PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MEMANG TAK PANDAI HORMAT UNDANG-UNDANG SEJAK DARI AWAL LAGI!!

    Ditanya mengenai sekiranya pembangkang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sekali gus menggubal rang undang undang di Malaysia, beliau menegaskan bahawa parti pemegang tampuk kuasa iaitu BN akan kekal memerintah.

    Katanya, beliau sangat yakin dengan kemampuan BN memerintah pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  21. sikap membookot angkat sumpah amat tidak wajar sama sekali

    ReplyDelete