Monday 24 June 2013

PANDIKAR MASIH PILIHAN TERBAIK?






Saudara Pengarang,

MENJELANG persidangan Parlimen Ke-13,  Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama 24 Jun ini,  yang paling menjadi tumpuan adalah pemilihan  Speaker  Dewan Rakyat sebelum Ahli-Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah.

Pakatan Rakyat mencalonkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; manakala Barisan Nasional mencalonkan penyandang jawatan itu, Tan Sri Pandikar.

Ketika ini, Barisan Nasional mempunyai 133  Ahli Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89.

Daripada jumlah Ahli Parlimen BN yang mencalonkan Tan Sri Pandikar,  sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka, melainkan jika 23 Ahli Parlimen BN tidak mengundi Pandikar.

Melihat kepada 'kekuatan'  Tan Sri Pandikar yang kebiasaannya berjaya mengawal situasi 'ketegangan' dalam persidangan Dewan Rakyat;  maka pemilihan beliau masih relevan dan perkhidmatan beliau adalah amat diperlukan.

Kewibawaan dan ketegasan beliau terserlah di situ dan saya beranggapan bahawa tidak mustahil ada di kalangan MP pembangkang akan turut mengundi dan menyokong beliau.

Daripada sudut ini juga saya melihat bahawa tidak ada 'kewajaran' atau keperluan untuk menggantikan beliau. Pada realitinya, Tan Sri Pandikar merupakan tokoh yang amat berkelayakan berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini.

Jika pembangkang menuduh beliau (Pandikar) 'berat sebelah' , tuduhan itu amat tidak adil dan tidak berasas sama sekali kerana saya antara orang  yang sentiasa mengikuti persidangan Dewan Rakyat. Saya melihat Pandikar adil dalam soal pembahagian 'giliran'.

Salam Hormat,

SENJA PERMAI.

36 comments:

  1. Berdasarkan rekod prestasi kerja yang baik ditonjolkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker), Tan Sri Pandikar Amin Mulia melayakkan beliau dikekalkan dalam jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Menurut Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd, ia dapat dibuktikan apabila beliau sering kali berjaya mengawal keadaan hangat dalam Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. “Beliau bijak mengawal suasana dalam Parlimen yang sedikit panas terutamanya dalam sesi perbahasan. Jadi tiada sebab untuk beliau ditukarkan dengan orang lain kerana PR ada mengusulkan calon mereka. Setahu saya, kata-kata dan nasihat beliau dalam Parlimen turut dipatuhi PR, dia bagus,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Bagaimanapun, katanya, jika BN ingin mengusulkan individu lain terpulang kepada mereka kerana sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan sebagai Speaker. Selalunya calon Speaker terdiri daripada individu berpengalaman. Tapi memandangkan BN mempunyai lebih suara di Parlimen, jadi jika mereka pilih calon lain rasanya potensi untuk mendapat jawatan itu tinggi.

    ReplyDelete
  5. Menurutnya, pertukaran seseorang Speaker melalui undi tidak pernah berlaku kerana calon daripada kerajaan turut dipersetujui pembangkang. Sebelum ini tidak pernah berlaku, tapi kalau terjadi bermakna akan ada satu undian bagi mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

    ReplyDelete
  6. “Berdasarkan undian itu kita akan dapat keputusan sama ada Speaker yang ada sekarang kekal atau tidak. Kita tidak boleh menjangkakan apa yang berlaku kerana perkara ini tidak diumumkan lagi,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari BN. Beliau adalah Speaker Dewan Rakyat yang ke-8, bukan daripada kalangan Ahli Parlimen dan merupakan penjawat pertama dari Sabah.

    ReplyDelete
  8. Pandikar Amin mula menggalas jawatan itu selepas Tan Sri Ramli Ngah Talib tamat tempoh perkhidmatannya pada 27 April 2008. Pemilihan Speaker Parlimen ke-13 akan ditentukan pada hari pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun sebelum majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen bermula.

    ReplyDelete
  9. Persidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula hari ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh 133 undi.

    ReplyDelete
  10. Sementara calon yang dinamakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman telah mendapat undi penuh daripada PR sebanyak 89 undi.

    ReplyDelete
  11. Lebih undi memilih Pandikar mengekalkan bekas yang di-Pertua Dewan penggal lalu itu sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal 2013-2018.

    ReplyDelete
  12. Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen PR mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan.

    ReplyDelete
  13. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan Pandikar untuk mengekalkan jawatan sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  14. Pencalonan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sementara itu, Khalid bagi pihak PR, mencadangkan Kadir dan disokong oleh ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

    ReplyDelete
  15. Oleh sebab lebih dari seorang nama dicadangkan, mengikut peraturan 4 (3), undian bersurat dilakukan dan Dewan mengedarkan kertas undi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  16. Bagaimanapun, keadaan tenang pada pemulaanya bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.

    ReplyDelete
  17. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.

    ReplyDelete
  18. Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

    ReplyDelete
  19. Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu.

    "Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.

    ReplyDelete

  20. Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli Parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan.

    ReplyDelete
  21. Ada yang melihat pengaruh Tun Mustapha membawa kejayaan gemilang Pandikar Amin memenangi pilihan raya kecil Usukan sekitar awal 1980-an .Dari situ Pandikar Amin meniti tangga kejayaan demi kejayaan dalam politik termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan sekarang Speaker Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  22. Mengenai Tan Sri Pandikar, sampai kiamat pun masyarakat Iranun tidak akan dapat penggantinya (memetik kata-kata bloggers hebat, Pandikar Tua dan Sambal Belacan).

    ReplyDelete
  23. Catatan dan komen Pandikar Tua yang dianggap guru banyak membantu untuk mencari bahan bukti kejayaan dan kekuatan Pandikar Amin .

    ReplyDelete
  24. Pandikar Amin berjaya memajukan DUN Tempasuk sehingga semua rakyat menikmati bekalan air bersih, rangkaian jalan raya aspal dan bekalan elektrik 24 jam.

    ReplyDelete
  25. Murid miskin terima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Muskin (KWAMP) dan bantuan peribadinya, bina rumah PPRT dan memajukan sektor perikanan dan pertanian sehingga tiada rakyat Tempasuk miskin jauh sekali kemiskinan tegar.

    ReplyDelete
  26. Ini membuktikan Pandikar Amin adalah Bapa Perpaduan Sabah, kerana sebelum ini dua kaum ini sering bertelingkah.Kebaikannya untuk Sabah adalah mengekalkan tampuk pemerintahan kerajaan negeri kerana rumpun kaum Bajau adalah tunjang keuatan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  27. Orang kuat Pandikar juga ramai orang Bajau seperti bekas Setiausaha Politik ketika beliau menjadi menteri Kabinet negeri sekitar 1994 hingga 1999, Jemil Haji Sidah dan bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tempasuk, Baror Sawi.

    Baror yang juga Ketua Pemuda Umno Kota Belud terkenal dengan kebijaksanannya dalam Matematik bagi membantu bossnya memajukan Kota Belud khususnya DUN Tempasuk.

    ReplyDelete
  28. Dalam temuramah dengan Utusan Borneo pada 2007 beliau mengatakan pekerja di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tempasuk seramai 10 orang dengan nisbah seimbang yang meliputi tujuh Iranun, dua Bajau dan seorang Kadazandusun atau 7:2:1.

    Ini katanya mengikut jumlah kaum dengan majoriti adalah Iranun, diikuti Bajau dan Kadazandusun.

    ReplyDelete
  29. Keseimbangan peruntukan juga berlaku pada era pemerintahan bosnya katanya dengan perkampungan Iranun memperoleh projek rangkaian jalan raya bernilai JUTAAN RINGGIT, etnik Kadazandusun dapat ladang getah bernilai RATUSAN RIBU RINGGIT dan Bajau memperoleh jambatan gantung bernilai RATUSAN RINGGIT atau nisbah formula rakyat 90:9:1.

    ReplyDelete
  30. There's always another competitor to go

    ReplyDelete
  31. Pandikar Mulia mungkin akan jadi

    ReplyDelete
  32. Kita tunggu lihat saja la.

    ReplyDelete
  33. Terpulang kepada yang memilih.

    ReplyDelete
  34. Doakan yang terbaik buat beliau

    ReplyDelete
  35. yang penting Tan Sri Pandikar mampu jalankan tugas dengan baik dan berkesan.

    ReplyDelete
  36. Pandikar amat layak menjadi speaker

    ReplyDelete