Wednesday 5 June 2013

PAS BANTAH TARIAN SEPARUH BOGEL






Oleh : SYED KAMAL

SEGAMAT : Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

“Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

“Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

“Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu,” katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

“Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini. Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat,” katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

13 comments:

  1. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tentera siber DAP atau dikenali sebagai `Red Bean Army' dibayar dengan gaji besar untuk menabur fitnah tanpa henti.

    ReplyDelete
  2. Tunku Abdul Aziz berkata, kumpulan berkenaan sekitar 200 orang menabur fitnah 24 jam sehari bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai dan mereka bergerak di sebuah hotel.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan memang menyedari kewujudan kumpulan berkenaan, tetapi lambat bertindak, sehingga kumpulan itu berjaya membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin tertentu, walaupun belum pasti kebenaranny

    ReplyDelete
  4. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada kumpulan berkenaan yang ternyata telah menjejaskan keharmonian negara ini dengan memainkan isu perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan tidak harus takut untuk bertindak kerana ia bukan bertujuan menyekat kebebasan hak bersuara, tetapi mereka yang menabur fitnah perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka

    ReplyDelete
  6. kerajaan terus mengambil tindakan kerana ia berkait dengan keselamatan negara dan kepentingan majoriti rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  7. Tunku Abdul Aziz menggesa pemimpin pembangkang itu supaya menerima keputusan pilihan raya yang lalu, di mana majoriti rakyat negara ini menolak beliau.

    ReplyDelete
  8. Jadilah seorang yang matang dan belajar menerima keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat

    ReplyDelete
  9. Keazaman Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memerangi segala bentuk jenayah amat dinantikan kerana sebelum ini persepsi orang ramai ialah polis seolah-olah buntu untuk menanganinya.

    ReplyDelete
  10. Satu usaha baru polis sebagai mana diumumkan Khalid ialah menubuhkan sebuah Jabatan Pencegah Jenayah bermula di ibu pejabat polis di Bukit Aman dan disusuli di semua kontingen polis negeri dan di setiap daerah untuk berganding bahu dengan Jabatan Siasatan Jenayah.

    ReplyDelete
  11. Khalid memberi jaminan ia adalah satu komitmen polis untuk mencegah jenayah sejajar kehendak masyarakat yang mahu melihat polis berperanan lebih efektif memerangi jenayah.

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya, terlalu banyak kejadian ragut, rompakan dan pecah rumah berlaku di Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya.

    ReplyDelete
  13. jgn biarkan perkara seperti ini berlaku lagi

    ReplyDelete