Sunday 9 June 2013

PELANCONG TENOM PERLUKAN ANJAKAN PRASARANA






 Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Pekan Tenom semakin lesu kerana tidak mempunyai prasana untuk menarik pelancong sekalipun mempunyai alam semula jadi dan destinasi pelancongan menarik.

Pengumuman peruntukan RM 11 juta untuk menaiktaraf dan membangunkan lanskap di sekitar Tenom oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke sini pada 24 April 2013, memberi sinar harapan baru seakan memberi jawapan kepada keinginan warga Tenom yang diulit kemurungan dan kelesuan selama ini.

“Kita tidak mahu melihat suasana pekan Tenom terus lesu dan tidak bermaya seakan akan ia sebuah pekan mati...(jadi) pelancong pun pasti menjauhkan diri dari sini kerana tiada apa apa yang mereka mahu lihat keunikan dan keindahannya.

“ Peluang untuk maju dari segi lonjakan ekonomi sudah terbentang luas, kerana kita ada destinasi destinasi pelancongan yang sudah diterokai tetapi ia hanya perlu dinaiktarafkan tanpa bergantung dengan Pusat Kebudayaan Murut, Taman Pertanian Lagud Seberang kerana tempat tempat ini pelancong luar sudah bosan,” tegas Kapitan Ng Tet Hau seorang usahawan tempatan dan juga pemimpin masyarakat Cina.

Selain beberapa keperluan asas seperti bekalan tenaga elektrik berfungsi 24 jam, hotel penginapan dan lingkaran jalanraya menghubungkan antara kawasan selatan melalui Sipitang, Kalabakan Tawau dan Sandakan untuk memudahkan aliran pelancong.

Produk pelancongan yang sudah tersedia perlu diberi suntikan dana untuk dinaiktaraf bagi menerima ledakan kebanjiran pelancongan dunia ekoran projek keceriaan bandar berkenaan.

Selain itu, Kapitan Ng yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Liberal Democratic Party (LDP) Pusat, turut menyokong kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan yang baru Dato' Seri Mohammad Nazri Aziz baru-baru ini bahawa industri pelancongan merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting di mana setiap ringgit yang diberi bukan wang yang dibelanjakan; sebaliknya ia satu pelaburan untuk negara.

Berdasarkan kenyataan Menteri itu, mungkin kerajaan tidak bermasalah untuk menggunakan sebahagian daripada peruntukkan sebanyak RM 11 juta yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini untuk membangunkan sektor pelancongan di daerah ini termasuk penyediaan beberapa aktiviti/event baru seperti berkayak/berkeno di sungai Padas.

Selain itu, beberapa taman dan 'chalet' di tepian tebing sungai Padas iaitu bekas lokasi perkampungan Tenom Lama perlu dibina termasuk beberapa restoran atau gerai makan ala kampung demi menggamit citarasa pengunjung, khususnya pelancong.

6 comments:

  1. Unsur menarik pelancongan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  2. Aktiviti dan program untuk menarik pelancongan harus dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. Produk pelancongan yang sudah tersedia perlu diberi suntikan dana untuk dinaiktaraf bagi menerima ledakan kebanjiran pelancongan dunia ekoran projek keceriaan bandar berkenaan.

    Tenom ada ciri-ciri keunikan untuk menarik pelancongan?

    ReplyDelete
  4. Keunikan suku kaum adalah unsur penting menarik pelancongan luar negara.

    ReplyDelete
  5. Industri pelancongan akan menjadi unsur keuntungan negeri yang utama.

    ReplyDelete
  6. tenom ada potensi pelancongan, ia perlu dibangunkan

    ReplyDelete