Friday 7 June 2013

PENAHANAN MELISSA GOOI 'TAK BERASAS'






SEORANG MP PKR Gooi Hsiao Leung mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalahgunakan kuasa dalam tindakan menahan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook.

MP Alor Setar itu berkata, beliau berpendapat bahawa tulisan berkenaan bukanlah satu ancaman atau gangguan seperti yang dinyatakan sebagai kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebaliknya, Gooi yang juga seorang peguam berkata perbualan di Facebook itu – yang kini menjadi beredar di Internet – hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana individu.

"Saya telah membaca rakaman skrin perbualan Melissa Gooi bersama kawan-kawannya di Facebook mengenai ucapan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapati tidak ada unsur gangguan atau ancaman yang dibuat terhadap sesiapa yang boleh disifatkan sebagai satu kesalahan di bawah akta tersebut.

"Tidak ada justifikasi di bawah undang-undang untuk menangkap Melissa Gooi melainkan bahawa tangkapan tersebut bermotif politik untuk memuaskan pemimpin-pemimpin BN yang telah mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara awam untuk mengambil tindakan.

"Penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.

Oleh itu, beliau mengandaikan bahawa siasatan yang turut melibatkan empat rakan wanita tersebut sebagai "tidak berasas"

Gooi juga berkata penahanan berkenaan merupakan "penghinaan kepada semua rakyat Malaysia" kerana ia menghalang kebebasan mereka untuk bercakap dengan terbuka dan tidak ditakut-takutkan.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pasukan polis pada pagi 4 Jun lalu di Ampang, Selangor.

Polis Kuala Lumpur menyebut, siasatan dijalankan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

16 comments:

  1. jangan kaitkan dengan rakyat malaysia, ianya hanya melibatkan individu..

    ReplyDelete
  2. Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD)-7Jun 2013

    ReplyDelete
  3. Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

    Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.

    ReplyDelete
  4. Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu.

    ReplyDelete
  5. Tindakan segelintir individu yang memperlekehkan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di laman media sosial baru-baru ini jelas menghina institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini.

    ReplyDelete
  6. ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria, menegaskan beliau berasa cukup sedih dengan tindakan biadap segelintir individu yang sanggup menghina dan memperlekeh-lekehkan titah YDPA, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang antara lain meminta semua pihak akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  7. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ujarnya, perlu mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka ini sebagai pengajaran dan teladan kepada rakyat yang lain.

    ReplyDelete
  8. “Tindakan individu ini jelas menghina YDPA dan janganlah kerana berbeza fahaman politik, sampai sanggup mencemar nama baik institusi diraja yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    ReplyDelete
  9. “Bagi saya, mereka yang melakukan perbuatan ini cukup biadap dan kurang ajar kerana tidak memahami konsep institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini dan sebagai rakyat, kita perlu menghormati dan patuh kepada YDPA,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Mengulas lanjut, Mohd Nizar memberitahu kerajaan perlu bertindak tegas dengan menahan mana-mana individu yang memberi persepsi buruk terhadap institusi diraja.

    “Dengan tindakan tegas yang diambil, ia diharap memberi pengajaran kepada yang lain dan kita seharusnya bersyukur kerana negara ini aman makmur dan rakyat hidup bersatu-padu sejak sekian lama,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Tiga pertubuhan bukan kerajaan tampil menyerahkan memorandum kepada PDRM bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu dikesan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui media baru

    ReplyDelete
  12. sejak kebelakangan ini ada individu dan kumpulan menggunakan laman sosial untuk menghina Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  13. penghinaan itu bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi seluruh warga Malaysia yang menjunjung martabat institusi diraja di negara ini.

    ReplyDelete
  14. mohon polis mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit dan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi Multimedia 1948

    ReplyDelete
  15. Mereka yang menyemai racun antikerajaan dan anti institusi diraja harus diawasi agar generasi muda dan akan datang tidak dipengaruhi mereka

    ReplyDelete
  16. menghina agong tidak patut dilakukan

    ReplyDelete