Monday 17 June 2013

PENDATANG INDIA JADI ANGGOTA RELA, TERIMA BR1M






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

PENDATANG asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalan pada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil. "Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

Dalam pada itu, seorang saksi Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.

Macarius Sabinus, 56, yang bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao, Filipina.

"Saya banyak menemui kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di Bongao.

"Kad itu berbeza daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu.

Bongao merupakan daerah yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan perairan Sabah.

Sementara resit burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan.

Macarius merupakan Pegawai Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM pada 1985.

Beliau bertanggungjawab merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh.

"Saya buat kaji selidik, mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan resit 'burung-burung' kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen.

Ditanya sama ada dengan memberikan mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal."

"Ada juga yang membawa kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi.

Laporan berhubung pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh seminggu sekali.

"Kebiasanya laporan menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa pendatang.

"Bila saya temubual mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada panel inkuiri hari ini.

Beliau turut menjelaskan, terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota.

Inkuiri di hadapan bekas Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2 petang nanti. (TMI)

17 comments:

  1. siasat hal ini, mana boleh pendatang dpt kelebihan

    ReplyDelete
  2. This Indian guy should stay prosecuted.

    ReplyDelete
  3. How could he possibly entering here?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ada juga cara untuk masuk ke Malaysia tanpa dikesan.

      Delete
  4. the RCI must trace the mastermind, otherwise, all the efforts of setting up the RCI itself would be in vain..

    ReplyDelete
  5. above issues should be investigated thoroughly by the RCI panels

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI sudah menggunakan masa beberapa bulan untuk membuat siasatan isu PATI, RCI akan melaporkan atas siasatannya selama tempoh yang diberikan.

      Delete
  6. Wonder who instructed them to register the illegal immigrants

    ReplyDelete
  7. it is good to hear that the Institute of Development Studies Sabah (IDS) is ready to assist the Government find ways to resolve the illegal immigrant problem in the states.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga mendapat sokongan dan bantuan dari benyak pihak.

      Delete
  8. However, at this point in time, there has yet to be any proposals for IDS to carry out a study on the presence of illegal immigrants in Sabah

    ReplyDelete
  9. JPN harus memberi penjelasan ke atas isu ini.

    ReplyDelete
  10. Ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

    ReplyDelete