Tuesday, 18 June 2013

PENDATANG SANGGUP BAYAR LEBIH UNTUK IC






KOTA KINABALU : Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu kelmarin.

Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

"Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC," katanya.

Dayang Suria juga berkata pendatang tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini.

Beliau menjelaskan saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah.

Dayang Suria berkata dalam kajiannya mengenai pendatang yang tidak mempunyai dokumen pada 1999, beliau mendapati mereka yang tidak mempunyai dokumen berpendapat ia memberi kebebasan untuk mereka bertukar kerja.

Katanya jika seorang pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja dalam sektor perladangan, sekiranya dia mahu tukar ke sektor lain, dia perlu memohon permit kerja yang baharu.

"Apa yang saya dapati menarik (dalam kajian itu), tidak mengira betapa ketatnya undang-undang ke atas mereka, terdapat mereka yang tidak bimbang, terdapat mereka yang tidak takut (kepada undang-undang). Sesetengahnya memilih untuk tidak mempunyai dokumen," katanya.

Dayang Suria juga menegaskan industri-industri di Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan pekerja asing.

Beliau menjelaskan atas hakikat bahawa penduduk tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka.

Ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin adakah industri akan lumpuh tanpa sokongan pekerja asing, Dayang Suria berkata industri akan terjejas walaupun tidak lumpuh kerana ia memberi kesan kepada produktiviti.

Sementara itu, anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menafikan dakwaan dalam sebuah blog tahun lepas bahawa DPPIMS terlibat dalam mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk pendatang tanpa izin.

Beliau berkata anggota DPPIMS sentiasa memastikan mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing mereka dan tidak membantu mereka mendapatkan kewarganegaraan.

Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panel juga terdiri daripada bekas Naib Canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar negeri.

Prosiding siasatan bersambung tengah hari ini. (Bernama)

50 comments:

  1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian. Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh RCI sudah hampir tamat, seharusnya isu PATI dapat dikesan.

      Delete
  2. RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

    ReplyDelete
  3. Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  4. Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

    ReplyDelete
  5. Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawalan harus dipertingkatkan.

      Delete
  6. kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh. Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  7. Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini. Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

    ReplyDelete
  8. Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu PATI dikaitkan rapat rasuah. Apakah jumlah yang mereka perlu bayar untuk mendapatkan Mykad?

      Delete
  9. Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  10. berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR.

    ReplyDelete
  11. Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

    ReplyDelete
  12. Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  13. Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

    ReplyDelete
  14. "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat. Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah."

    ReplyDelete
  15. Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  16. Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka.

    ReplyDelete
  17. Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

    ReplyDelete
  18. Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak. Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  19. Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  20. Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang
    haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad
    pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing,

    ReplyDelete
  21. masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang
    asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan
    sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  22. Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero'

    ReplyDelete
  23. cadangkan agar mereka yang telah diambil kad
    pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan
    sijil kelahiran.

    ReplyDelete
  24. ika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan
    masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," , dan
    menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah
    berhenti, sebaliknya akan berterusan.

    ReplyDelete
  25. Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak
    ditakutkan

    ReplyDelete
  26. Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan
    pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk,
    dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan
    bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an.

    ReplyDelete
  27. Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

    ReplyDelete
  28. Kemasukan
    pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat
    pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada
    mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak
    ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kini berada pada landasan yang tepat untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti dan melonjakkan sistem pendidikan negara setaraf dengan pendidikan terbaik dunia.

    ReplyDelete
  30. Walaupun masih di peringkat awal, PPPM sudah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dengan beberapa sasaran berjaya dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  31. I am not surprised at all.

    ReplyDelete
  32. Mereka ni sanggup melakukan apa saja.

    ReplyDelete
  33. Antaranya termasuk kejayaan enam daripada 25 inisiatif yang terkandung dalam PPPM termasuk pelancaran 1Agenda Kementerian Pendidikan dan penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan Padu Corporation.

    ReplyDelete
  34. Inisiatif berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Majlis Pencapaian 100 Hari PPPM di Bangi, April lalu.

    ReplyDelete
  35. Pengarah Eksekutif, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan, Pejabat Pengurusan Projek Pencapaian dan Hala Tuju Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abd Rahim, berkata kementerian kini mensasarkan untuk melaksanakan program transformasi daerah ke seluruh negara sehingga akhir tahun ini, selepas program rintis di Kedah dan Sabah.

    ReplyDelete
  36. Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah...

    ReplyDelete
  37. dikatakan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sedang giat menyiasat isu pendatang tanpa izin ini di Sabah

    ReplyDelete
  38. mengikut kajian, untuk mendapatkan IC adalah strategi PTI untuk hidup di Sabah dan mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk itu.

    ReplyDelete
  39. mengikut sumber kajian, "PTI ini berfikir dengan memperolehi IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan untuk memiliki IC .."

    ReplyDelete
  40. disamping itu, pendatang tanpa izin ini mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini.

    ReplyDelete
  41. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

    ReplyDelete
  42. Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  43. Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  44. "Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian," katanya.

    ReplyDelete