Friday 21 June 2013

PENDUDUK BAKONG-BAKONG TOLAK RAMLI






USANG....Saifullah bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Bakong-bakong berdiri di atas jambatan yang hanya  menunggu runtuh menyembah bumi.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA : "Kami tidak marahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebab BN banyak membantu rakyat dalam pelbagai aspek kemudahan-kemudahan asas untuk dinikmati sama ada penduduk luar Bandar, di persisiran pantai mahupun di kawasan Bandar mereka telah mengecapi pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN  yang kita sokong."

Kami  sebenarnya  marahkan ialah Wakil Rakyat Kawasan DUN  Bugaya yang diterajui kepimpinnan Datuk Ramlie Marhaban yang telah diberi mandat untuk satu penggal lagi sebagai ADUN di Bugaya tetapi nampaknya gagal untuk membela nasib rakyat di Kampung Bakong-Bakong Hujung yang terlalu daif dalam arus pembangunan infrastruktur.

Kampung Bakong-Bakong Hujung telah diwujudkan sejak di bawah pemerintahan Kerajayan BERJAYA lagi yang diduduki seramai 150 keluarga  daripada 33 buah rumah yang dibina di tebing laut sejauh 48 Km dari pekan Semporna.

Pengerusi JKKK Kampung Bakong-Bakong Hujung,  Abdul Maneh Hj Hidiri memberitahu kepada Sabahkini.Net semasa melawat ke kampung tersebut bersama rombongan Muhd Saifullah Hisham Naib Ketua Pemuda  UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 kelmarin  tenyata bahawa kampung yang dimaksudkan itu terlalu daif dalam menikmati kemudahan-kemudanan asas.

Pertama   tiada bekalan air disalurkan oleh kerajaan, begitu juga Balai Raya tidak dibina, adapun Surau tempat  beribadat hanya pemberian semasa pemerintahan kerajaan PBS inipun sudah hampir usang.

Sejak UMNO/BN mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PBS pada tahun 1994 sehingga sekarang, kampung Bakong-Bakong terus ketinggalan dalam arus perdana pembangunan walaupun kampung ini mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang dilantik oleh ADUN Bugaya hanya diibaratkan patung tak bernyawa atau seperti boneka sebab segala permintaan kami seperti pembaikan surau jambatan, balai raya langsung tidak diperdulikan oleh Datuk Ramlie,” jelas Abdul Maneh.

"Biar kami beterus terang sahaja. Kalau bukan gara-gara Datuk Shafie Apdal melawat ke kampung ini semasa kempen PRU 13 lalu merayu supaya kami  mengundi calon DUN Bugaya Datuk Ramlie, palis-palis  minta maaf saja memang kami sudah membuat keputusan yang muktamad kami tidak akan mengundi Ramlie. Tetapi kami hormat kepada Datuk Shafie, kalau tidak sorrylah undi  kami tetap kami berikan kepada  calon PKR,” ujarnya.

Tambah Maneh, beliau tidak nafikan kerajaan BN pimpinan Datuk Najib memang baik, tetapi wakil-wakilnya yang diberi mandat untuk menjadi YB dalam tempoh lima tahun lagi mula lupa daratan.

"Kita mahu jumpa pun susah, tapi semasa merayu undi punggung kitapun mereka sanggup cium,”  kata Maneh.

Kata Maneh, mereka terpaksa memperbaiki sendiri kerosakan jambatan kampung kerana Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR), Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan juga Pemaju Mukim langsung tidak kelihatan batang hidung mereka masuk kekampung ini untuk meninjau segala permasalahan rakyat.

12 comments:

  1. Kerajaan memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan projek tukun tiruan di negeri ini pada tahun ini dan tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

    Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata sejak tahun 2008 hingga tahun lepas, kementeriannya melalui Jabatan Perikanan berjaya melabuhkan 518 unit tukun tiruan simen konkrit bersaiz enam tan hingga 30 tan/unit di 14 daerah di Sabah.

    Daerah itu ialah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, katanya.

    Jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan itu ialah kira-kira RM4.427 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan Persekutuan, katanya ketika menjawab pertanyaan Limus Jury (BN-Kualu Penyu) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Khamis.

    Limus bertanya mengenai kejayaan projek tukun tiruan di kawasan pantai barat untuk memajukan industri perikanan marin dan jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

    Yahya berkata Jabatan Perikanan merancang untuk menempatkan 36 blok tukun di daerah Kuala Penyu tahun ini.

    "Kementerian saya amat berbangga bahawa hasil pemantauan dan kajian Jabatan Perikanan Sabah mendapati populasi dan kepelbagaian spesis ikan telah meningkat setiap tahun di semua kawasan tukun tiruan.

    "Ini termasuk ikan putih, udang kara, ikan merah, kerapu, ikan tabung, ikan tulai, ikan rumahan, ikan tamanung dan ikan yu.

    Oleh itu, Yahya berkata semua kawasan tukun tiruan itu kini kaya dengan sumber ikan, dan ia telah menjadi tumpuan nelayan tradisional di kampung nelayan berkenaan untuk memancing di kawasan tukun itu.

    Beliau berkata kajian Jabatan Perikanan mendapati pendapatan kasar setiap nelayan tradisional di kawasan tukun tiruan juga meningkat berbanding keadaan sebelum adanya tukun tiruan.

    "Pendapatan purata setiap perjalanan (menangkap ikan) bagi setiap nelayan ialah RM50, manakala selepas setahun adanya tukun tiruan ini, purata pendapatan (setiap perjalanan) telah meningkat ke RM200, katanya.

    Projek tukun tiruan yang bersaiz besar juga berjaya membantu menghalang dan membanteras pencerobohan kapal-kapal pukat tunda di kawasan-kawasan pantai yang menjadi tumpuan nelayan tradisi, katanya.

    ReplyDelete
  2. Yahya said all the artificial reef is now rich in fish, and it has been the focus of traditional fishermen in the village fishermen to fish in the reef area.

    ReplyDelete
  3. He said the Fisheries Department study found gross income every traditional fishermen in the area of ​​artificial reefs also increased compared to the situation before the advent of artificial reefs.

    ReplyDelete
  4. Limus asked about the success of artificial reefs on the west coast to develop the marine fisheries industry and the total expenditure spent for these purposes

    ReplyDelete
  5. "My ministry is proud that the results of monitoring and research Sabah Fisheries Department finds population and diversity of fish species has increased every year in all areas of artificial reefs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha ini harus diteruskan agar spesis ini tidak pupus.

      Delete
  6. Artificial reef project size also helped to prevent and combat the invasion fleet of trawlers in the coastal areas of focus fishing tradition, he said.

    ReplyDelete
  7. Inilah yang dinamakan kerana individu rosak nama parti. Namun jika hal ini dah kena highlight harap akan dapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan harus memberi perhatian wajar dalam aspek perkembangan khas di kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  9. ADUN Bugaya hanya diibaratkan patung tak bernyawa atau seperti boneka sebab segala permintaan kami seperti pembaikan surau jambatan, balai raya langsung tidak diperdulikan oleh Datuk Ramlie,” jelas Abdul Maneh.

    Turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat. Tindakan wajar harus diambil.

    ReplyDelete
  10. WR yang tidak dapat bersuara dan membela nasib rakyat akan ditolak di masa akan datang.

    ReplyDelete