Sunday 2 June 2013

PENDUDUK SEMPORNA MALU KEPADA PELANCONG







LUBANG...Azwar menunjukkan ke arah lubang besar di hadapan Terminal Bas Dyana yang tidak pernah diselenggara oleh MDS sejak bertahun.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA : Betapa jijik mata memandang, berat lagi bahu memikul  maruah rakyat Semporna apabila melihat keadaan sekeliling pekan Semporna dari Barat ke Timur dari Utara ke Selatan dan di semua sudut. Jika bukan jalan berlubang-lubang sudah pasti terlihat longgokan sampah yang terbiar dan berbau busuk.

Masalah jalan-jalan berlubang di sana sini dan timbunan sampah bertaburan di merata tempat bukan perkara baru, malah sudah bertahun-tahun lama, namun tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam rutin kerja harian, krew Sabahkini.Net sempat merakamkan gambar di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengunjung dan aduan pelancong kerana tidak tahan lagi dengan keadaan pekan purba, Semporna.

Seorang penduduk Semporna, Azwar Ali, memanggil krew Sabahkini.Net sambil menunjukkan ke arah jalan raya yang berlubang di hadapan  Terminal Bas Dyana.

Katanya, kerosakan jalan tersebut sudah hampir 3 tahun tidak pernah diselenggarakan oleh pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) ataupun  syarikat konsesi kerajaan iaitu Kekal Mewah dan Globinaco walaupun menyedari akan masalah tersebut.

“Kami malu bah. Kami ini orang Semporna, rasa malu sama itu para pelancong luar negeri yang datang ke mari. Mereka juga selalu komplen pekan Semporna bau busuk macam tong tahi,” keluah Azwar yang sudah jelak menulis surat aduan kepada empat wakil rakyat di Semporna.

Dalam pada itu, beberapa orang pekerja kedai berhampiran yang ditemui hanya menjelaskan perkara ini bukan sekali dua kali dimaklumkan; bahkan sudah berkali kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada tindakan langsung.

Kata Azwar, selain longgokan  sampah dan jalan berlubang-lubang yang menjijikkan mata memandang dan terdapat  beberapa bangunan langsung tidak terurus dan banyak bangunan lama ditumbuhi oleh pokok-pokok beringin (pohon ara) terutama Bangunan USIA.




SAMPAH....Mana sudah tanggungjawab MDS untuk memungut sampah di hadapan Giant Supermarket.

7 comments:

  1. Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan merupakan antara yang akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2012, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    ReplyDelete
  2. Katanya penumpuan khususnya akan diberikan kepada wilayah pendalaman di Sabah dan Sarawak yang mana jumlah peruntukan bagi tujuan ini akan diputuskan setelah pihak kementerian mengadakan perbincangan.

    ReplyDelete
  3. Menurutnya kawasan luar bandar di negeri-negeri lain yang memerlukan peningkatan pembangunan prasarana juga turut akan diberi keutamaan.

    "Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam," katanya.

    ReplyDelete
  4. "Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar," katanya.

    ReplyDelete
  5. Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

    Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.

    ReplyDelete
  6. semporna harus dimajukan dan dibersihkan, amat memalukan pelancong melihat keadaan semporna yang begitu teruk

    ReplyDelete
  7. Oh, halatuju hanya berlaku di kota kinabalu.. penduduk semporna malu sebab kurang pendedahan ...sedih.

    ReplyDelete