Saturday 8 June 2013

PERKHIDMATAN BURUK JEJASKAN IMEJ KERAJAAN





PENGERUSI....Janathan (Tengah), Ismail (Kanan) dan Supomo (Kiri) semasa mempengerusikan sesi perjumpaan itu kelmarin.

Oleh : DONALD RAGANG

KOTA KINABALU: Agensi Kerajaan perlu menawarkan perkhidmatan yang memuaskan hati rakyat khususnya para pedagang. Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dato’ Dr. Hj. Janathan Kandok berkata jika para peniaga tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang mereka perlukan daripada agensi kerajaan, maka mereka tidak memarahi jabatan berkenaan, tetapi sebaliknya menyalahkan kerajaan secara umum.

Menurutnya lagi, Jabatan Kastam Diraja Sabah tidak mampu menawarkan perkhidmatan yang sempurna jika agensi lain yang mempunyai kuasa tentang pelepasan barangan tidak mempunyai sistem yang bersepadu dengan sistem yang digunapakai oleh jabatan.

“Keberkesanan Jabatan Kastam Diraja Sabah diukur oleh para pedagang dalam konteks tempoh yang diambil untuk proses pelepasan barangan.

“Hari ini para pelanggan bukan setakat mahu mendapat layanan mesra, sebaliknya mereka mahu urusan mereka disegerakan supaya kos perniagaan dapat dijimatkan”, katanya pada majlis perjumpaan bersama pihak Permit Issuing Agencies (PIA) dan Other Government Agencies (OGA) kelmarin di Wisma Kastam Kota Kinabalu.

Menurutnya lagi, proses pelepasan barangan yang dikawal oleh PIA dan OGA adalah sebahagian daripada proses pelepasan Kastam yang perlu disepadukan supaya pelepasan barangan memenuhi konsep bertaraf dunia.

“Kalau kita punya bangunan yang canggih umpamanya bangunan kaca, tetapi tidak dapat memenuhi keperluan pedagang dalam konteks pelepasan segera barangan mereka, itu bukan bertaraf dunia, tetapi jika barang dapat dilepaskan mengikut piagam yang ditetapkan, itu adalah bertaraf dunia,” ujarnya lagi.

Katanya, perjumpaan Kastam bersama PIA dan OGA ini adalah untuk mendapatkan maklum balas yang diperlukan untuk memantapkan lagi Sistem U – Customs yang bakal dibangunkan tidak lama lagi.

Jelasnya, U – Customs adalah sistem maklumat Kastam yang bakal digunakan bagi melengkapkan Sistem Maklumat Kastam (SMK) yang sedia ada. Dengan adanya U – Customs tersebut, maka peranan Jabatan Kastam Diraja Sabah untuk memudahcarakan perdagangan negara semakin menampakkan pengaruhnya dalam menjana ekonomi negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan, Tuan Hamzah Sundang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Tuan Haji Supomo Yusof, Ketua Pasukan Business Process Reengineering, Dato’ Haji Ismail Bin Ibrahim, Wakil – wakil dari PIA dan OGA: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Sabah Energy Corporation, Sabah Rubber Industry Board, Sabah Fishermen & Fishery Development Corporation, Ketua – Ketua Cawangan Pelabuhan dan Lapangan Terbang.

14 comments:

  1. Penjawat kerajaan harus berkhidmat dengan baik.

    ReplyDelete
  2. “Hari ini para pelanggan bukan setakat mahu mendapat layanan mesra, sebaliknya mereka mahu urusan mereka disegerakan supaya kos perniagaan dapat dijimatkan”,

    Kelemahan masing-masign harus diperbaiki agar rakyat lebih berkeyakinan dengan jabatan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Menurutnya lagi, Jabatan Kastam Diraja Sabah tidak mampu menawarkan perkhidmatan yang sempurna jika agensi lain yang mempunyai kuasa tentang pelepasan barangan tidak mempunyai sistem yang bersepadu dengan sistem yang digunapakai oleh jabatan.

    Sistem kastam harus diseragamkan.

    ReplyDelete
  4. sepanjang empat tahun pentadbiran, pelbagai inisiatif, perubahan dan penambahbaikan telah digembleng dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Pastinya kerajaan akan terus merencana pelbagai program bagi meningkat produktiviti serta motivasi penjawat awam.


    ReplyDelete
  5. Kerajaan juga tanpa jemu sentiasa menyeru penjawat awam agar memberikan khidmat terbaik menepati peredaran dan kehendak masa. Sesungguhnya, penjawat awam diukur keberkesanannya bukan sahaja melalui kecanggihan peralatan digunakan bahkan merangkumi budaya, nilai, budi bahasa serta motivasi dalam menjalankan dan menyampaikan tugas.


    ReplyDelete
  6. Setiap penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat dan kerajaan. Perkhidmatan Awam yang bertunjangkan dan berpaksikan rakyat diikat hubungan dengan tersemainya kebolehpercayaan dalam memberikan khidmat paling murni tanpa mengira tempat, masa dan rupa.


    ReplyDelete
  7. Namun integriti kita sebagai penjawat awam mestilah dipelihara bagi memastikan ketirisan wang atau ketirisan maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.

    ReplyDelete
  8. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang besar untuk belanja pembangunan. Jika dibelanjakan dengan betul dan menepati jadual yang telah direncanakan, maka ia akan mendatangkan manfaat yang maksimum kepada rakyat dalam mencerminkan kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya.


    ReplyDelete
  9. Keberkesanan perkhidmatan awam bukan sahaja terletak kepada keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar semata-mata tetapi juga bergantung pada kejayaan berkomunikasi yang menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu dasar itu dan kejayaan menangani kesan-kesan dari dasar tersebut.


    ReplyDelete
  10. Kerajaan senantiasa peka terhadap beban dan tanggungan penjawat awam apabila berdepan dengan cabaran hidup semasa. Dalam tempoh antara 2007 hinggalah 2012 gaji asas penjawat awam gred 1 hingga 40 telah dinaikkan kepada 48%.


    ReplyDelete
  11. seiring dengan Program Transformasi Perkhidmatan Awam, kerajaan turut bersetuju untuk mengkaji semula skim-skim perkhidmatan dalam sektor awam. Sebagai permulaan, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat.


    ReplyDelete
  12. Kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Pelaksanaan penambahbaikan ini adalah berasaskan kecemerlangan yang akan memberi manfaat kepada lebih 17,000 penjawat yang layak.


    ReplyDelete
  13. agensi kerajaan perlu tingkatkan mutu perkhidmatan mereka

    ReplyDelete
  14. mereka yang akan membawa imej baik kepada kerajaan

    ReplyDelete