Tuesday 25 June 2013

PERTEMUAN 3 DEKAD 'MENGGATALIAN'






MEGAH.....Bangunan utama SMK Menggatal yang dijenamakan semula sebagai SMK Bandaraya masih tersergam megah sekalipun berusia lebih tiga dekad.

Oleh : ZAKRI ZAKARIA

KOTA KINABALU : Mantan Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Menggatal pada 1982, akan mengadakan pertemuan bersejarah pada jam 10.30 pagi, 30 Jun 2013 (ahad) di Hotel Promenade Kota Kinabalu sebelum mengadakan lawatan nostalgik ke sekolah yang mereka tinggalkan 31 tahun lalu untuk mengadakan kerja amal pada 1 Julai 2013.

Mesyuarat Khas Kerja Amal Bekas Pelajar SMK Menggatal akan diadakan selepas Majlis Makan Tengahari '3 Dekad' SMK Menggatal di Hotel Promenade yang akan turut disertai oleh Mantan Pengetua SMK Menggatal, Nuri Udin.

Menurut Jurucakap Penganjur, Mohd Rafih Mohd Said, majlis berkenaan amat penting untuk menemukan semula semua pelajar Tingkatan Enam SMK Menggatal yang telah melakar pelbagai nama dalam bidang masing-masing; sebahagian besar mereka belum menyertai Alumni SMK Menggatal.

Setakat ini seramai 20 orang bekas pelajar yang telah mengesahkan kehadiran mereka iaitu Omar Sarim Saidin, Fauziah Mohd Din, Mutalib M.D, Hamir Zahari, Jarinah Ahmad, Ajanah Mohammad, Suardi Suratman, Rosnani Untol, Jumaidah Harris, Lee Hai Fung, Ellen Empau, Zuraidah Abdul Latif, Adi Zaini Ahmad, Mohd Rafih Mohd Said, Khairun Nisa, Mahmun Sayadi, Mahali Yusin,  Roni Kopit, Masly Wahip dan Majus Munsing.

Menurut Rafih, pihaknya masih berusaha untuk mengesan 14 lagi rakan yang tidak dapat dihubungi sejak 31 tahun lalu iaitu Jamilah Ahmad, Marian Guntingan, Dayang Seri Zaiton, Kartinah Timbun, Sylvia Bernard, Japineh, Kuyupuh Gakit, Maria William, Azmi Abdul Karim, Daim Guntingan, Sherkawi Maseri, Masri Ambikin, Masri Sarikol dan Harlinah Momin.

Menurut Rafih, kesemua bekas pelajar Tingkatan Enam 1982 SMK Menggatal berkenaan dikehendaki menghubungi beliau di talian 019 5353101 untuk memastikan persediaan akhir dan program amal berjalan lancar.




NOSTALGIK......Gambar sebahagian pelajar Tingkat 6 1982 di SMK Menggatal.

No comments:

Post a Comment