Wednesday 5 June 2013

PESTA KAAMATAN TERJEMAHAN 1MALAYSIA





BERSATU...Syed (tengah) bersama ahli jawantankuasa penganjur sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampung Biah Tengah, Sook.


Oleh : MEDIA PRIBUMIS

KENINGAU: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS), Syed Kamalrul Sufian  berkata, sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi pelbagai suku kaum di negeri Sabah dengan menyatukanpadukan semua rakyat bertepatan dengan Konsep 1 Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan acara penutupan Pesta Kaamatan peringkat kampung Biah Tengah di sini baru-baru ini anjuran PRIBUMIS daerah Sook.

Turut hadir sama Setiausaha Agung Sabariah Zainudin, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Johny Alfred dan penyelaras program tersebut Mohainie Nasib.

Katanya lagi, walaupun sambutan Pesta Kaamatan hanya disambut oleh suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut tetapi dengan kehadiran pelbagai bangsa lain menunjukkan bahawa keharmonian telah wujud sekian lama di negeri ini dan kita haruslah mempertahankannya demi perpaduan rakyat Malaysia.

"Saya lihat penglibatan dan kehadiran mereka ini harulah dicontohi malah menjadikan sebagai inspirasi untuk kita bersatu padu dalam membangunkan Negara. Tanpa perpaduan kita tidak akan harmoni dan bersatu," ujarnya.

Oleh itu, Syed mengharapkan agar penduduk di kampung Biah Tengah ini, mengekalkannya untuk kita sama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan Konsep 1 Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan bangsa seseorang itu.

Tambahnya lagi, bersatunya penduduk di kawasan ini memberikan satu impak sokongan kembali kepada Barisan Nasional setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu.

Kemuncak pada acara sambutan ini akan di adakan pada 8 Jun ini, majlis penutupannya akan di rasmikan oleh ADUN Sook merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Elron Alfred Angin.

29 comments:

  1. Pesta Kaamatan merupakan antara enam pesta rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan Kerajaan Persekutuan sebagai perayaan negara sekaligus menempatkan kaum Kadazandusun sebagai komponen terpenting dalam masyarakat majmuk negara ini.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, keharmonian kaum yang kita kecapi sekarang ini, khususnya di negeri ini terus terus dipelihara dan Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang menjadi landasan kukuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Kerajaan Negeri telah sekian lama mengiktiraf perayaan ini sebagai perayaan rasmi negeri Sabah dan menyedari akan kebaikkan ini, kerajaan persekutuan turut mengiktiraf sekaligus mengangkat perayaan ini sebagai perayaan kebangsaan.

    ReplyDelete
  3. Perayaan Pesta Kaamatan ini bukan sahaja penjaga kepada heharmonian kaum di negeri ini tetapi juga menjadi aset berharga kepada industri pelancongan di negeri ini amnya dan di daerah khasnya, sebagai tambahan kepada produk pelancongan yang ada di daerah masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Bagi membudayakan perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, etnik, agama dan budaya, bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia memerlukan satu jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  5. Menurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, perpaduan hanya sekadar suatu matlamat jika tidak diamalkan dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan timbang rasa dari segenap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Kita perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang boleh melindungi serta mempertahankan kita daripada pengaruh perpecahan yang tidak diingini

    ReplyDelete
  7. Mengungkapkan kata 'perpaduan' itu memang mudah namun persoalannya sejauh manakah masyarakat itu sendiri memainkan peranan ke arah mencapai perpaduan tersebut.

    ReplyDelete
  8. perpaduan bukan sekadar ungkapan dan perasaan tetapi ia menuntut komitmen dan tindakan serta kejujuran di kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  9. Pairin juga mengingatkan bahawa keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat di negara ini pada hari ini bukanlah satu jaminan untuk terus berbangga selama-lamanya jika tidak ada usaha yang berterusan untuk mengekalkannya.

    ReplyDelete
  10. Sekuat manapun sesebuah negara jika masyarakat tidak bersatu padu pasti akan jatuh dan musnah.

    ReplyDelete
  11. kita sebagai rakyat Malaysia, dan Sabah khususnya perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi pada masa kini.

    ReplyDelete
  12. Jangan biarkan sebarang anasir-anasir luar mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat kita sehingga boleh memecah belahkan perpaduan .

    ReplyDelete
  13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang terserlah melalui “Kad Laporan” pencapaian yang amat memberangsangkan.

    ReplyDelete
  14. kerajaan pusat mempunyai kerjasama baik dengan kerajaan Sabah pimpinan Musa.

    ReplyDelete
  15. kerajaan pusat telah meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah.

    ReplyDelete
  16. bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Bukan sekadar BR1M 1,BR1M 2, tapi tahun depan BR1M 3 dan 4, terus bertambah RM500 untuk kesejahteraan rakyat

    ReplyDelete
  17. Ini maknanya Sabah adalah sebuah negeri yang aman damai.

    ReplyDelete
  18. Pesta kaamatan adalah untuk semua.

    ReplyDelete
  19. We should instill the spirit of unity.

    ReplyDelete
  20. The opposition claimed widespread cheating, which the government denies.

    ReplyDelete
  21. A good way to promote Sabah in more further way.

    ReplyDelete
  22. Ini satu pesta yang baik.

    ReplyDelete
  23. Keramaian yang menakjubkan

    ReplyDelete
  24. A culture and symbol of harmony in society.

    ReplyDelete
  25. truly an inspiration for unity.

    ReplyDelete
  26. penduduk Sabah mmg hidup bersatu padu

    ReplyDelete