Sunday 9 June 2013

PKR WILL BE CONTEST 5 ELECTION PETITIONS?






DATUK Seri Anwar Ibrahim, the de facto leader of the Pakatan Rakyat (PR) yesterday announced that the Coalition will be filing for a judicial review on the electoral roll involving five parliamentary constituencies in Sabah.

The five constituencies are Putatan, Sepanggar, Libaran, Kudat and Tawau.

Speaking to reporters in Kota Kinabalu yesterday, Anwar disclosed that PR have gathered evidences of alleged irregularities especially on the registration of non-Malaysian citizens as voters in the electoral roll for these five areas.

Besides this, Parti KeADILan Rakyat (PKR) Sabah will also be filing election petitions to challenge the 13th general election results for the Kota Marudu and Pensiangan parliamentary constituencies.

He also explained the reason why PR are still questioning the results of the last general election is because they have strong evidence that a fraud has been committed. I do not need to repeat myself but some people have asked why we cannot accept the result.

“We cannot accept it because not only did we win the majority vote, there was that huge scam... so in Sabah other than the election petitions for Kota Marudu and Pensiangan, we will bring the case of non-citizens casting their votes on polling day in Libaran, Tawau, Sepanggar, Putatan and Kudat,” he stressed.

68 comments:

  1. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan ke atas Datuk S. Ambiga.

    ReplyDelete
  2. Katanya, kelewatan mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan haram itu, boleh menghakis sokongan rakyat kerana kerajaan akan dilihat tidak berupaya melaksanakan undang- undang.

    ReplyDelete
  3. Jika kerajaan tidak ambil tindakan, lebih ramai lagi akan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara serta lebih banyak demonstrasi berlaku," katanya kepada pemberita

    ReplyDelete
  4. Pada mesyuarat tersebut, para perwakilan sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamatan, memecah belahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing.

    ReplyDelete
  5. Menurut Ibrahim, tindakan mendakwa Ambiga atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram tidak mencukupi tetapi beliau perlu dilucutkan kerakyatan iaitu tindakan sama yang diambil oleh negara-negara beraja lain seperti Thailand, Arab Saudi, Jepun dan Kuwait.

    ReplyDelete
  6. Dalam pada itu, Ibrahim menafikan cakap-cakap yang mengatakan bahawa beliau merupakan alat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  7. Sebagai orang Islam, dia berani bersumpah bahawa dia bukan alat kepada sesiapa dan tiada sesiapa di belakang Perkasa.

    ReplyDelete
  8. Kami bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembangkang yang 100 peratus menyokong pembangkang dan tidak langsung menegur, jelasnya.

    ReplyDelete
  9. KETIKA berceramah beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘berkhayal’ bagaimana majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dijalankan. Beliau berangan-angan ketika itu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas akan memenangi pilihan raya tersebut.

    ReplyDelete
  10. Pada malam hari pengundian pula, Penasihat PKR itu terus bermain psikologi apabila menghantar mesej melalui twitternya mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan UMNO supaya tidak merampas apa yang disifatkan oleh beliau kemenangan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Ini hanya beberapa contoh sahaja bagaimana kemaruknya Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Justeru tidak hairanlah apabila keputusan rasmi diumumkan, Anwar ‘meroyan’ dengan membuat tuduhan bahawa berlaku penipuan dalam proses pengundian.

    ReplyDelete
  12. Berikutan itu, beliau menggerakkan perhimpunan haram di seluruh negara bagi memprotes keputusan tersebut biar pun pembangkang mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta memenangi 89 kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  13. Malahan Anwar sendiri dianggap menang selesa di Parlimen Permatang Pauh. Namun ‘nafsu politik’ Penasihat PKR itu terus bergelora kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri terkubur.

    ReplyDelete
  14. Anwar tidak mahu bermuhasabah atau bersikap terbuka untuk menerima kekalahan pakatan pembangkang sebaliknya cuba menyeret rakyat menyokong agenda songsangnya mengatakan berlaku penipuan dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  15. Tidak cukup dengan sembilan perhimpunan haram yang diadakan setakat ini, Anwar merancang pula mengadakan perhimpunan yang sama pada 15 Jun ini. Perhimpunan yang bakal diadakan itu tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat, apatah lagi ia mahu diadakan di kawasan terbuka seperti di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  16. Tetapi Anwar peduli apa, yang penting bagi beliau ialah melepaskan perasaan geramnya setelah impian untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang sebelum ini beliau ’khayalkan’ tidak menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  17. Apatah lagi melalui protes seumpama itu sahaja ia akan mampu menutupi kegagalannya memimpin PKR dan pakatan pembangkang menumbangkan BN. Tambahan pula, di dalam PKR sendiri sudah ada desas-desus yang mahu Anwar bertanggungjawab kepada kegagalan pembangkang itu khususnya PKR.

    ReplyDelete
  18. Sebab itulah, Pas yang sebelum ini dilihat teman paling setia menggerakkan ahli-ahlinya menyertai demonstrasi pembangkang mula ‘menekan brek’. Pemimpin-pemimpin kanan parti itu terutamanya daripada golongan ulama mahu semua ahli-ahli Pas menerima keputusan PRU-13 sebagai takdir Allah.

    ReplyDelete
  19. Walaupun tidak melarang namun kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin Pas jelas membuktikan mereka tidak mahu lagi bersekongkol atau hanyut dengan amarah Anwar yang semakin ‘meroyan’ kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  20. Keghairahan Anwar untuk terus melancarkan protes juga tergugat kerana DAP sudah membuat kenyataan tidak akan memulau majlis angkat sumpah bagi Ahli Parlimen yang dijadualkan pada 2 Jun ini. Ia sekali gus membuktikan DAP turut mengiktiraf keputusan PRU-13 dan dakwaan berlakunya penipuan hanyalah satu tuduhan politik yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  21. Penulis difahamkan, biar pun pada mulanya DAP bersedia berada sepentas dengan Anwar untuk melakukan protes terhadap keputusan PRU-13 namun mereka kini semakin menyedari agenda sebenar Anwar.

    ReplyDelete
  22. Lagi pula dalam PRU-13, DAP paling untung apabila menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 38 kerusi Parlimen berbanding PKR, 28 kerusi dan Pas, 21 kerusi, oleh itu sudah tentulah mereka tidak akan mengikut rentak ‘gilakan jawatan Perdana Menteri‘ yang dilakukan oleh Anwar.

    ReplyDelete
  23. Keadaan menjadi bertambah sulit untuk Anwar apabila bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima secara terbuka keputusan pilihan raya.

    ReplyDelete
  24. Pendedahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada Anwar kerana ia membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak berpegang kepada janji. Sebab itulah Anwar cuba menutupi semua ini dengan mahu menjadikan 15 Jun sebagai tarikh untuk melaksanakan agenda politik mengalih isu.

    ReplyDelete
  25. Anwar berharap, perhimpunan itu akan membangkitkan sentimen rakyat untuk bersama-sama beliau melakukan bantahan kepada BN dan sekali gus mungkin juga boleh mencetuskan Arab Spring di negara ini.

    ReplyDelete
  26. Tetapi Anwar lupa, rakyat Malaysia tidak akan sebodoh itu. Mungkin ada pengikut tegar pembangkang yang akan bersedia menyertai perhimpunan berkenaan tetapi ia tidak akan membawa apa-apa erti kepada politik Malaysia.

    ReplyDelete
  27. Ia memandangkan rakyat Malaysia bukanlah begitu mudah untuk terhasut bagi melakukan perkara yang boleh mencetuskan huru-hara. Apatah lagi mereka semakin memahami tuduhan kononnya berlaku penipuan dalam PRU-13 hanyalah agenda peribadi Anwar yang dilihat begitu kecewa apabila usaha terakhirnya menjadi Perdana Menteri terbengkalai.

    ReplyDelete
  28. Anwar mahu mengadakan perhimpunan demi perhimpunan bagi menunjukkan kepada dunia luar kononnya beliau mendapat sokongan rakyat. Bagaimanapun hakikat sebenarnya, perhimpunan itu hanya sekadar agenda peribadi Anwar yang semakin menyedari impiannya untuk menjadi Perdana Menteri bagaikan ‘jauh panggang dari api’.

    ReplyDelete
  29. Selain itu ada juga pihak-pihak yang mengaitkan keghairahan Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram ini berikutan kebimbangan beliau terhadap pihak-pihak tertentu di Barat yang semakin tidak mempercayai beliau.

    ReplyDelete
  30. Ia memandangkan seperti mana dilaporkan oleh pelbagai blog, Anwar sebelum ini dikatakan menyakinkan pihak-pihak berkenaan bahawa pembangkang akan mampu menumbangkan BN dalam PRU-13 dan sekali gus membolehkan beliau ditabal menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  31. Tetapi kesudahannya, semua itu hanya sekadar angan-angan Anwar, majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan bumiputera ternyata ‘tidak tergamak’ untuk membuka laluan kepada beliau menduduki jawatan berkenaan.

    ReplyDelete
  32. Mungkin Anwar berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi Cina melalui peranan DAP untuk menyokong pembangkang sehinggakan BN dikatakan memperolehi sekitar tujuh peratus sahaja daripada keseluruhan undi kelompok tersebut.

    ReplyDelete
  33. Bagaimanapun ia belum mencukupi untuk merealisasikan impian Anwar menawan Putrajaya dan sekali gus membolehkan beliau menjadi pemimpin nombor satu negara ini. Oleh itu Anwar tidak ada cara lain untuk menutupi kegagalan kepada dunia selain menggerakkan rakyat mengadakan perhimpunan haram.

    ReplyDelete
  34. Difahamkan, pembangkang bukan sahaja merancang mengadakan perhimpunan pada 15 Jun, malahan mereka juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Parlimen pada 23 Jun, sehari sebelum majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.

    ReplyDelete
  35. Semua itu bertujuan untuk menunjukkan kononnya rakyat bersama Anwar menentang kerajaan BN tetapi kita percaya ia tidak akan ke mana. Sebaliknya, ia hanya akan membuktikan betapa terdesaknya Anwar bagi mencapai cita-cita usangnya.

    ReplyDelete
  36. Dalam lawatan ini, beliau telah menyerahkan sumbangan sempena lawatan kerja pertama beliau ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Menara TH Perdana, di sini.

    Antara sumbangan diserahkan adalah bantuan pendidikan sebanyak RM 1,500.00 disumbangkan kepada anak seorang veteran, Nur Fasihah Masri, 20 untuk melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam, manakala sumbangan RM700 setiap satu telah diberikan kepada Muhammad Zabbar Hakimi Zaidi, 14 dan Syazura Qistyeena Abu Hassan , 15 sebagai bantuan persekolahan.

    Lawatan ini merupakan yang pertama dibuat oleh Abdul Rahim selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013.

    Lawatan kerja ini juga bertujuan adalah untuk memperkenalkan Timbalan Menteri kepada pegawai-pegawai kanan jabatan.

    Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang juga memberi taklimat mengenai peranan jabatan ini dan aktiviti-aktiviti utamanya.

    ReplyDelete
  37. KENAPA PARLIMEN TAWAU PERLU DI PERTIKAIKAN KEPUTUSANNYA SEDANGKAN MEMANG SUDAH JELAS DAN NYATA MARY YAP ADALAH CALON TERBAIK UNTUK MASYARAKAT TAWAU

    MARY YAP KAIN WAKIL TERBAIK DI PARLIMEN TAWAU

    Tokoh Guru Sabah 2011 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2012 Datuk Mary Yap Kain Ching, 62, bekas pengetua cemerlang, merupakan tokoh pendidikan yang bukan sahaja dikenali di Sabah, tetapi juga di seluruh negara.

    Timbalan Menteri Pelajaran I itu, yang juga merupakan Tokoh Maulidul Rasul Kebangsaan 2007, memulakan kerjayanya dalam pendidikan sebagai pensyarah Maktab Perguruan Sandakan pada 1975.

    Pada 1976, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebagai guru bahasa Inggeris, dan pada 1983, berpindah ke SM Holy Trinity sebelum dilantik Ketua Jemaah Nazir Sekolah Zon Tawau pada 1989.

    Pada 1993, Mary Yap dilantik Pengetua SM St Patrick sebelum ke SMK Jalan Apas, Tawau (1996), SM Vokasional Tawau (1996), SM Teknik Tawau (2003) dan kemudian menjadi Pengetua Cemerlang.

    Pada tahun yang sama, Mary Yap menjadi Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, dan setahun kemudian menyandang jawatan Pengarah Maktab Perguruan Tawau sehingga 2005.

    Penerima Anugerah Wanita Cemerlang Sabah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bagi tahun 2004, Mary Yap kembali ke SM Teknik Tawau pada 2005 dan dilantik Pengetua Super berjawatan JUSA C.

    Selepas bersara, pemilik ijazah sarjana dalam bidang pendidikan dari Universiti Leeds, United Kingdom itu menjadi perunding kanan Institut Aminuddin Baki selama dua tahun dan beliau merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

    Mary Yap, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun ini, memenangi kerusi Parlimen Tawau dengan majoriti 4,979 undi dalam pertandingan empat penjuru.

    Anak seorang kerani, dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tawau itu turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris Dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan pada 1974, serta memperoleh Sijil Trainer of Trainers melalui kursus pendek di Universiti Manchester pada 1997.

    Mary Yap terus menyumbang baktinya kepada masyarakat dengan menyertai MPWS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selepas bersara.

    Sejak 2009 hingga kini, beliau merupakan Ahli Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di Kuala Lumpur dan Penasihat kepada Sekolah Klaster Cemerlang di Kementerian Pelajaran selain menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia

    ReplyDelete
  38. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemimpin politik supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan tidak berasas terhadap badan bebas itu berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan diadakan akhir tahun ini.

    ReplyDelete
  39. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata persempadanan semula itu akan dilakukan berdasarkan kepada peraturan ditetapkan perlembagaan dan ia dilaksanakan secara telus.

    ReplyDelete
  40. Beliau berkata, SPR sepatutnya mengadakan persempadanan semula itu dua tahun lalu, namun disebabkan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia terpaksa ditangguhkan.

    ReplyDelete
  41. “Tempoh lapan tahun selepas persempadanan semula dilakukan genap pada 2 Mac 2011, namun SPR menangguhkan dulu persempadanan semula kerana memberi tumpuan kepada persiapan PRU-13. Bila persempadanan semula dibuat dalam tempoh dua tahun, ia tidak boleh terganggu.

    ReplyDelete
  42. “Kita tidak boleh menangguhkannya lagi, persempadanan semula perlu dilakukan dan ia adalah seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara. Setiap lapan tahun, SPR perlu membuat kajian semula persempadanan.

    ReplyDelete
  43. “Persempadanan ini dilakukan dengan cara yang telus. Kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pemilih berdaftar lebih 100 orang boleh membuat bantahan ataupun cadangan balas kepada SPR,” katanya.

    ReplyDelete
  44. Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambahkan kerusi parlimen di Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri, kemenangan mereka semakin tidak bermakna.

    Ini kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini mahu menunjukkan taring dan kekuatan masing-masing.

    Yang paling terserlah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto Pakatan Rakyat semakin terhakis disebabkan kemelut perebutan kuasa dan pengaruh di kalangan pemimpin.

    ReplyDelete
  45. Anwar masih dengan khayalannya bahawa kemenangan pembangkang telah dicuri oleh BN sekaligus menafikan beliau untuk menjadi Perdana Menteri, mungkin untuk selama-lamanya.

    Janji yang dibuat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mantan Naib Presiden Indonesia sebagai orang tengah telah dimungkiri tanpa perasaan bersalah atau pertimbangan moral sebagai seorang pemimpin politik.

    Mungkin jauh di sudut hati yang kelam dan hitam, Anwar berkata kepada dirinya, ‘Persetan semua janji yang dengan Najib ataupun rakyat. Yang maha penting aku mesti jadi PM walau apa pun yang terjadi, sekali pun aku terpaksa lihat negara ini hangus terbakar dek sengketa politik.’

    ReplyDelete
  46. Kemelut di Selangor di mana Pas telah menyerah bulat-bulat haknya menjadi Menteri Besar kerana muncul sebagai parti yang sekutu pembangkang yang paling banyak memenangi 15 kerusi DUN setanding dengan Dap masih jauh dari selesai.

    Rasa tertipu dan tersisih yang dirasai Azmin Ali selaku pengerusi PKR negeri kerana tidak dapa jawatan Menteri Besar juga tidak akan dapat diubati dalam masa terdekat.

    Setelah setiausaha agung, Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai politik di pejabat Menteri Besar kini Dap pula mahu calonnya, Teresa Kok dilantik ke jawatan yang sama.

    ReplyDelete
  47. Alasan Dap sebagai parti yang menang jumlah kerusi DUN lebih satu daripada PKR sepatutnyalah pertimbangan tersebut diberi.

    Maklumlah PKR, Pas, Dap mengamalkan konsep sama rata sama rasa. apa yang seorang dapat yang seorang lagi perlulah mendapat nikmat yang sama.

    Pada 15 Jun depan Anwar akan mengakhiri siri jelajah anti-SPRnya di Kuala Lumpur.

    Mungkin ini juga akan menandakan tamatna riwayat politik beliau setelah tindakannya di sanggah oleh Pas dan Dap sendiri.

    ReplyDelete
  48. Umpamanya Dewan Ulama Pas mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan haram 505 malah menerima baik keputusan PRU13 yang memberi mereka kemenangan yang lebih besar di Kelantan.

    Dap pula mahu memboikot sesi taklimat kepada semua ahli parlimen sebelum persidangan pertama parlimen ke-13 dirasmikan oleh DYMM SPB Yang Di-pertuan Agong pada 24 Jun depan.

    Ada pula puak kiri di dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Chegubard dan peguam Haris Ibrahim yang mahu semua ahli parlimen pembangkang memboikot terus uapacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat.

    Sanggupkah 89 ahli parlimen pembangkang duduk di luar pagar bangunan Parlimen sementara urusan mengendalikan pentadbiran kerajaan berjalan rancak dengan perbahasan isu-isu penting bersangkutan kepentingan negara dan rakyat?

    ReplyDelete
  49. Dalam pada itu imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri pertama pembangkang yang sebelum ini diangkat dan disanjung bagaikan nak rak kini mula susut dan dipertikaikan pula oleh pihak sama mendewa-dewakan satu ketika dulu.

    Akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew mula bersuara mempersoalan samada Anwar kini mempunyai kriteria yang sesuai dan cocok untuk menjadi Perdana Menteri.

    Kata media Cina, jika pada usia 66 tahun gagal menjadi Perdana Menteri, apakah pada umur 71 pada PRU14 akan datang, Anwar masih bertenaga dan mempunyai keupayaan intelek yang tidak terjejas oleh masa dan keadaan?

    Dap seolah-olah sengaja menimbulkan pertanyaan ini seolah-olah sebagai satu mesej tersirat kepada Anwar bahawa masa beliau sudah tiba untuk terus hilang daripada dunia politik.

    Apatah lagi media Cina memainkan sentimen janji yang dibuat oleh Anwar untuk bersara dan menjadi tenaga pengajar jika beliau kalah dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  50. Yang dalam PAS dan DAP pula itu adalah political convenience .. . kedua-dua parti itu tidak suka kepada UMNO. Nampak pemimpin haprak macam Anwar mereka boleh bergantung . . . .maka mereka akan terus menyokongnya

    ReplyDelete
  51. Akhirnya Anwar Ibrahim berjaya juga memasuki Sabah walaupun sebelum ini beliau dan konco-konconya hampir meroyan apabila mengetahui dirinya antara yang disenarai-hitamkan dari memasuki Sabah.

    ReplyDelete
  52. Tanpa memberikan penjelasan sebenar kepada penyokong-penyokongnya di Sabah mengenai sekatan terhadap Nurul dan juga fitnah yang kononnya beliau akan disekat dari memasuki Sabah, Anwar dengan lagak seorang pembohong, pembelit lagi rendah moralnya cuba menghasut rakyat Sabah dengan pelbagai hujah-hujah bohong beliau.

    ReplyDelete
  53. Dalam pidato beliau ketika menghadiri Program Himpunan Blackout 505 di dewan Hakka, Sandakan, Anwar seperti biasa menghidangkan para penyokongnya dengan cerita-cerita karut seperti penipuan SPR, pengundi Bangladesh dan juga mengenai insiden anak kesayangannya yang dihalang dari memasuki Sabah beberapa hari lalu.

    ReplyDelete
  54. Persoalannya, siapa yang menipu sekarang?? bukankah Anwar sudah berjanji akan bersara sekiranya kalah pada PRU13 lepas??

    ReplyDelete
  55. lagipun Anwar sendiri gagal mengemukakan bukti dalam setiap tuduhan yang dilemparkan kepada SPR.

    ReplyDelete
  56. Dari menyerahkan bukti, Anwar lebih rela mengajak rakyat supaya melakukan demonstrasi agar kerajaan BN dapat digulingkan, sekaligus menjadikan Anwar sebagai PM ke-7.

    ReplyDelete
  57. Sepatutnya Pengerusi SPR yang mencabar Anwar supaya mengotakan janji beliau untuk berhenti dari berpolitik dan menjadi pensyarah.

    ReplyDelete
  58. Berbanding dengan SPR, Anwar lebih banyak menyusahkan rakyat sejak beliau keluar dari penjara.

    ReplyDelete
  59. Dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan bersama oleh Pakatan Haram, rakyat Malaysia bukan sahaja menjadi mangsa dalam menghadapi kesesakan dan pelbagai kesulitan untuk melakukan kerja harian, malah pendemo-pendemo yang berjaya dihasut Anwar juga ramai yang telah masuk ke hospital angkara sikap tamak Anwar yang lebih mementingkan jawatan Perdana Menteri berbanding dengan kepentingan rakyat. Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang yang berkobar-kobar mahu turun ke jalan raya tidak pula masuk hospital. Maka benarlah rakyat atau penyokong-penyokong Pakatan, bagi Anwar hanya perisai untuk beliau merampas kerajaan.

    ReplyDelete
  60. insiden sekatan tersebut lebih banyak mendedahkan sikap hipokrit Pakatan Rakyat yang kononnya mahu memberikan autonomi kepada Sabah.

    ReplyDelete
  61. In the meantime, Ibrahim denied talk that says that he is an instrument of former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  62. We do not like non-governmental organizations (NGOs) that are 100 percent opposition to support the opposition and indirect rebuke, he said.

    ReplyDelete
  63. Anwar did not want to evaluate or open opposition to accept defeat instead try to drag people say the agenda inverse of fraud in GE-13.

    ReplyDelete
  64. Let alone through such protests only it will be able to cover up his failure to lead PKR and the opposition topple BN. Furthermore, the existing PKR rumor that wants Anwar responsible for the particular failure of the opposition party.

    ReplyDelete
  65. Although not prohibit but the statements made by some Pas leaders clearly prove they no longer want or drift conspired with Anwar anger growing 'post-natal complaints' because it can not be the Prime Minister.

    ReplyDelete
  66. Politik negara ini pasca PRU13 menyaksikan satu trend baru apabila parti pemerintah dan parti pembangkang masing-masing mula menunjukkan keraguan tentang keputusan PRU yang lalu, apabila masing-masing berkeinginan untuk memohon penyemakan semula keputusan kawasan-kawasan tertentu mengikut perkiraan parti-parti berkenaan.

    ReplyDelete
  67. PR pada khabarnya akan memfailkan petisyen di 27 kawasan pilihanraya, manakala pada hari ini BN pula mewar-warkan akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurangkurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ReplyDelete
  68. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

    ReplyDelete