Saturday 8 June 2013

POS KAWALAN DI PANTAI TIMUR DIKAJI SEMULA








SEMPORNA: Penempatan pos kawalan pasukan keselamatan di pantai timur negeri ini akan dikaji semula bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.

Ketua Pengarah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata kajian itu bagi mengenal pasti lokasi strategic penempatan pos kawalan dan mengikut kesesuaian.

“Setiap pos kawalan ini perlu kita lihat dan kaji semula selari dengan perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai lawatan pegawai ESSCOM di pos kawalan pasukan keselamatan di sekitar perairan Tawau dan Semporna hari ini.

Antara pos kawalan yang dilawati ialah di Wallace Bay, Tawau, manakala di perairan Semporna meliputi Pulau Buhey Dulang, Pandanan, Mataking, Danawan, Mabul dan Sipadan.

Beliau turut menyertai rondaan keselamatan Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan kapal KD Kelantan di perairan Sulu hingga di sempadan perairan Malaysia dan Indonesia.

Mohammad berkata cadangan kajian semula penempatan pos kawalan itu dibuat hasil tinjauan dan lawatan beliau ke pos kawalan tersebut.

Menurutnya hasil lawatan itu mendapati pos kawalan tersebut juga perlu dinaik taraf dari segi prasarana dan kemudahan asas khususnya air bersih untuk kegunaan anggota.

Beliau berkata sebagai contoh pos kawalan di Wallace Bay, Tawau dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Am yang hanya bergantung air hujan dan tempat tinggal yang tidak selesa.

Katanya ESSCOM juga akan melihat bantuan yang sesuai diberikan kepada Angkatan Tentera Bersama untuk meningkatkan lagi  kemampuan kawalan sempadan di perairan negara.

Beliau berkata ada beberapa perkara perlu dilihat bukan sahaja keupayaan aset sedia ada tetapi juga  kebajikan pegawai tentera dan polis yg bertugas di pos kawalan.

Mohammad menyifatkan lawatan itu memberi gambaran yang lebih mendalam dari aspek penting komponen kawalan sempadan itu sendiri. (BI)

10 comments:

  1. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat di negeri itu agar bersama-sama mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang.
    Kata beliau usaha itu memerlukan semua rakyat memainkan peranan mereka walau di mana mereka berada.

    ReplyDelete
  2. "Keamanan amat penting untuk kita menjalani kehidupan dan tanpanya semua tidak akan terjamin. "Sama-sama kita memainkan peranan menjaga keselamatan bagi mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang," katanya.

    ReplyDelete
  3. Menurut Musa lagi tanpa keamanan, sukar untuk rakyat menjalani kehidupan termasuk menjalankan perniagaan yang menjadi bidang utama diceburi oleh kaum Cina.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang diteraju Barisan Nasional bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan aspek keselamatan bagi mengekalkan keamanan di Sabah, katanya.

    ReplyDelete
  5. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat di negeri itu agar bersama-sama mengekalkan keamanan yang dinikmati dan juga meminta rakyat Sabah agar terus mempertahankan rasa kekitaan, perpaduan dan kesepakatan yang menjadi amalan rakyat negeri itu selama ini demi keharmonian berterusan.

    ReplyDelete
  6. Usaha itu memerlukan semua rakyat memainkan peranan mereka walau di mana mereka berada. Semangat yang telah menjadi budaya itulah yang membolehkan rakyat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup dengan aman damai.

    ReplyDelete
  7. Keamanan amat penting untuk kita menjalani kehidupan dan tanpanya semua tidak akan terjamin. Kita mahu hidup dalam negara kita Malaysia dan Sabah khasnya dengan aman dan damai. Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, kekacauan dan rusuhan kerana kita sedar ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada kita semua.

    ReplyDelete
  8. Sama-sama kita memainkan peranan menjaga keselamatan bagi mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang. Tanpa keamanan, sukar untuk rakyat menjalani kehidupan.

    ReplyDelete
  9. Rakyat Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memperkenal dan melaksanakan pelbagai dasar dan program yang semuanya menjurus kepada matlamat menyatupadukan rakyat.

    ReplyDelete
  10. penemapatan pos kawalan kena sistematik dan pastikan ia lengkap.

    ReplyDelete