Wednesday 5 June 2013

PRESIDEN DAN TIMBALAN TIDAK DITANDING






KUALA LUMPUR : Ramai pemimpin dan veteran Umno menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini.

Mereka berkata gandingan mantap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden dan timbalan presiden Umno adalah yang terbaik untuk menjayakan segala program transformasi parti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN).

"Kita perlukan kedua-dua mereka untuk mengetuai kita...tiada keperluan untuk jawatan tersebut dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, di sini Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Umno Negeri Sembilan semalam yang menyuarakan pendirian bahawa kedua-dua jawatan itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyokong agar kepimpinan Najib dan Muhyiddin dikekalkan.

Beliau melihat cadangan bagi mengekalkan penyandang bagi kedua-dua jawatan itu dalam pemilihan kali ini sebagai langkah yang positif dalam menjayakan misi transformasi parti.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, tindakan itu bukanlah mahu menafikan hak anggota untuk memilih atau menafikan demokrasi sebaliknya menilai bahawa Umno di bawah kepimpinan Najib menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang apabila berjaya menambahkan kerusi Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

"Selain itu juga Umno telah melalui sebuah transformasi drastik dan menjadikan jentera PRU paling kuat dalam sejarah Umno, dan saya percaya kekuatan ini dirasai hingga ke peringkat akar umbi.

"Selain itu juga, Umno di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh empat tahun ini memperlihatkan khidmat yang tidak berbelah-bagi kepada rakyat, pelbagai transformasi telah dilakukan termasuklah, langkah mengiktiraf suara orang muda dapat dilihat apabila presiden dan timbalan presiden Umno membariskan calon muda dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.

Rosnah berkata meskipun Umno tidak pernah menghalang sesiapa menawarkan diri untuk bertanding kerusi tersebut, tetapi pada pendapatnya Najib adalah presiden terbaik untuk kelangsungan Umno.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee turut menyatakan sokongannya kepada perkara tersebut melalui laman blog Umno Bahagian Cheras, sambil mengingatkan ahli Umno lain supaya tidak membiarkan parasit politik terus merosakkan Umno.

Beliau turut mendedahkan bahawa adanya percubaan jahat pihak tertentu bertujuan melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin yang merupakan regu terbaik dalam menjayakan misi tranformasi negara.

"Inilah kerja 'langau' politik, sengaja cetuskan fitnah menjelang perhimpunan agung parti. Jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan, berikan mereka ruang meneruskan kepimpinan cemerlang untuk rakyat," katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata Najib dan Muhyiddin mempunyai agenda besar untuk menguatkan kepimpinan dalaman parti selepas PRU13.

Katanya, parti memerlukan barisan kepimpinan yang mantap serta bertanggungjawab bagi meneruskan kelangsungan perjuangan Umno dalam membela nasib rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, Syed Ali mencadangkan hanya jawatan naib presiden dan Majlis Tertinggi (MT) dipertandingkan bagi membuka peluang kepada akar umbi membuat pilihan.

"Bagi jawatan naib presiden dan MT Umno, perwakilan mempunyai banyak pilihan dan apa yang penting ialah mencari pemimpin berjiwa rakyat, ikhlas serta tidak memperalatkan parti untuk agenda peribadi," katanya.

Tambah beliau, Najib memerlukan barisan yang mampu bersama beliau meneruskan hala tuju parti.

Veteran Umno juga menyokong supaya kedua-dua pemimpin tertinggi parti dikekalkan, selain mencadangkan jawatan naib presiden juga tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata Veteran Umno tidak mahu pertandingan tiga jawatan utama pucuk pimpinan Umno menjadi punca perpecahan dalam kepimpinan parti.

"Pasukan yang ada sekarang (presiden, timbalan dan naib presiden Umno) sewajarnya diberi mandat baharu sebagai usaha memantapkan kepimpinan Umno," katanya dalam kenyataan.

Mustapha berkata cadangan itu bagi membolehkan pucuk pimpinan Umno menumpukan kepada penstrukturan semula kawasan baharu yang akan melibatkan penubuhan Bahagian dan ketua penaja Bahagian yang baharu.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan sekiranya diluluskan oleh Parlimen maka Umno akan menyusun semula struktur bahagian," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas.

Di MELAKA, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pendirian rasmi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah berkaitan cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan akan diputuskan pada mesyuaratnya 16 Jun depan.

Beliau berkata berdasarkan senario pada masa ini, Umno perlu diperkukuhkan dan tidak seharusnya digoncang dengan perebutan jawatan.

"Saya setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini, suasana hari ini...kita tidak perlu goncangkan Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pra-pelancaran sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013 di sini Selasa.

Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berharap kesemua 15 ketua bahagian Umno di Kedah bersetuju agar kedua-dua jawatan tertinggi berkenaan dikekalkan seperti sedia ada. (Bernama)

30 comments:

  1. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

    UMNO perlu melalui satu proses transformasi politik yang lebih komprehensif dan radikal untuk mendepani pelbagai cabaran yang muncul bersama peredaran zaman, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau menegaskan untuk menjadi sebuah parti politik Melayu Islam dan Malaysia yang lebih dinamis, inklusif dan berwawasan, parti keramat orang Melayu itu perlu lebih universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhannya.



    ReplyDelete
  2. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

    Untuk itu, katanya golongan kelas menengah Melayu serta generasi muda yang citra dan pemikiran mereka berbeza dengan generasi awal yang membina asas dan mencorak hala tuju Umno perlu disantuni dan didampingi secara lebih dekat.

    “Golongan kelas menengah yang menghuni bandar-bandar besar merupakan pasak kekuatan UMNO yang baru. Dengan berdampingan bersama generasi muda, parti akan mendapat suntikan semangat dan idea-idea baharu untuk terus memperkukuh perjuangan UMNO seiring peredaran zaman,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun ke-67 UMNO malam Sabtu.

    ReplyDelete
  3. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal


    Sambutan ulang tahun itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.Muhyiddin berkata bagi memastikan proses peremajaan UMNO berlaku lebih pantas, parti itu perlu membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda, kumpulan profesional dan golongan kelas menengah Melayu untuk bergiat secara lebih aktif dalam UMNO.

    Beliau berkata bukan sahaja kemasukan mereka ke dalam UMNO mesti dialu-alukan, malah mereka juga perlu dibimbing untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam parti seterusnya menerajui parti pada masa hadapan.

    Muhyiddin juga menekankan perlunya parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) melakukan proses perubahan yang lebih besar untuk memastikan mereka diterima oleh semua kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  4. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

    “Mereka perlu lebih peka membina parti yang lebih berpadu serta membina kerjasama strategik dengan UMNO agar BN disokong dengan lebih kukuh oleh rakyat Malaysia,” katanya.

    Dalam pada itu, Muhyiddin yang bertindak selaku Pengarah Pilihan Raya B Npada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir Ahad lepas, turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera dan penyokong parti yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN.

    Beliau berkata komitmen itu memastikan kedudukan UMNO bertambah kukuh dengan kejayaan meningkatkan jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi kepada 88 dan 241 kerusi pada pilihan raya itu berbanding 79 dan 238 kerusi pada 2008, selain berjaya merampas Kedah daripada pembangkang.

    ReplyDelete
  5. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

    “UMNO mempunyai tempoh selama lima tahun sebelum sekali lagi berhadapan pilihan raya umum bagi memperoleh mandat rakyat untuk terus menerajui negara yang mana ia menjadi titik penentuan penting kelangsungan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu.

    “Dalam tempoh yang singkat ini setiap peringkat kepimpinan UMNO daripada pusat, negeri hinggalah bahagian dan cawangan perlu bermuhasabah melakukan pembetulan dan bertindak untuk memastikan UMNO dapat terus mengungguli perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta,” katanya.

    ReplyDelete
  6. TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK KEGEMILANGAN MALAYSIA! ~ JUSTERU ITU, UMNO Perlu Lalui Proses Transformasi Politik Komprehensif Dan Radikal

    Muhyiddin turut mengajak seluruh anggota UMNO untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.

    “Sempena ulang tahun UMNO yang ke-67 ini, marilah kita menumpahkan taat setia kepada parti, marilah kita memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib untuk terus menerajui parti dan negara,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

    ReplyDelete
  8. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

    ReplyDelete
  9. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

    ReplyDelete
  10. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

    ReplyDelete
  11. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

    ReplyDelete
  12. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

    ReplyDelete
  13. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

    ReplyDelete
  14. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

    ReplyDelete
  17. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

    ReplyDelete
  19. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

    ReplyDelete
  20. Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan daripada segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  21. Beliau berkata landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

    ReplyDelete
  22. “Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata kejayaan BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas memperlihatkan bahawa ia adalah sebuah parti yang cukup unik.

    ReplyDelete
  24. “Tiada parti politik dalam demokrasi parlimen terbuka boleh mengekalkan rekod kejayaannya sepertimana yang dicapai BN. BN berjaya mempertahankan rekod kecemerlangan secara tidak putus, sambung-menyambung,” katanya.

    ReplyDelete
  25. Najib berkata apa yang penting BN perlu berani membawa unsur-unsur perubahan yang segarkan imej parti supaya terus diterima rakyat kerana pilihan raya akan datang dilihat akan lebih mencabar.

    ReplyDelete
  26. “Kita kena berani berubah sebelum rakyat berubah, lakukan perubahan lebih sebab sekali pun kita berkuasa sekian lama, budi yang kita tabur bukanlah hak kita untuk kita terus memimpin (untuk dipilih),” kata beliau.

    ReplyDelete
  27. Najib berkata BN juga perlu mengenal pasti sebab musabab mereka yang tidak menyokong parti itu pada PRU13.

    “Dalam demokrasi terbuka, mustahil bagi kita untuk dapatkan sokongan 100 peratus tetapi kalau ada kesungguhan, ikhlas, berdiri atas kebenaran, rakyat akan sokong kita akhirnya,” katanya.

    ReplyDelete
  28. Najib turut mengingatkan semua pihak supaya merapatkan kembali barisan, mengambil yang jernih dan buang yang keruh selain meningkatkan kekuatan sedia ada dan menangani kelemahan bagi menghadapi cabaran PRU akan datang.

    ReplyDelete
  29. “Kepada semua wakil rakyat, berilah perkhidmatan terbaik kepada rakyat, matlamat kita bukan nak jadi wakil rakyat atau mahukan kuasa semata-mata tetapi keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat, jangan sombong dan mungkir janji,” katanya.

    ReplyDelete
  30. kita tgk samada ia dipertandingkan atau tidak.

    ReplyDelete