Tuesday 4 June 2013

PRIBUMIS KUTUK TINDAKAN SUBVERSIF MELISSA GOOI





Oleh: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Tindakan Melissa Gooi menghina Yang Di Pertuan Agong melalui Facebook sudah keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan kerana ini merupakan satu tindakan biadap dan kurang ajar kepada raja di negara ini dan haruslah dikenakan hukuman mengikut lunas undang-undang.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apa sekalipun, sama ada beragama Islam bukan Islam yang bernaung di bawah  payung diraja negara haruslah menghormati sistem kesultanan yang berdaulat.

Presiden  Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS), Dato Mohd Jeffry Rosman  berkata demikian kelmarin ketika diminta mengulas satu artikel yang tersiar di Sabahkini.Net pada 3 Jun 2013 bertajuk 'Melissa  Gooi Hina Agong'.

“Kami sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah, memang marah terhadap perilaku Melissa yang menghina Agong. Walaupun kerajaan kita memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, tetapi jangan sesekali mengaibkan institusi Kesultanan.

"Sejahat-jahatnya parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR; walaupun mereka itu anti kerajaan, tetapi kita tidak pernah dengar mereka mencarut atau menghina institusi kesultanan dalam negara ini kerana mereka tahu apa akibatnya jika rakyat menderhaka kepada raja. Berat hukumannya,” ujar Jeffry.

Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) yang mewakili penduduk di negeri Sabah, kata Jeffry mendesak agar polis mengambil tindakan drastik terhadap Melissa Gooi yang dianggap sebagai perbuatan subversif.

12 comments:

  1. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu dikenakan kerana ia melampaui batas.

    ReplyDelete
  2. Pemuda UMNO memandang serius beberapa ‘posting’ yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook.

    ReplyDelete
  3. Yang terkini adalah ‘posting’ dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  4. Walaupun Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya sudah cuba mendidik dan berhubung dengan pengamal media sosial sejak dahulu lagi, namun, masih terdapat di kalangan mereka yang tetap berdegil dengan terus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata keamanan negara dapat dikekalkan sekiranya undang-undang sedia ada di bawah SKMM dapat dikuatkuasakan tanpa rasa takut.

    ReplyDelete
  7. Pemuda UMNO sudah melakukan banyak cara untuk mendidik mereka, cuba berhubung tetapi apabila mereka masih lagi degil dan keluarkan kenyataan yang jelas berbaur hasutan, maka SKMM mesti bertindak.

    ReplyDelete
  8. Di pertuan Agong adalah Raja dan Simbolik ketua negara yang mulia, sesiapa yang berbuat demikian adalah pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  9. Perkara begini serta orang seperti ini boleh menghancurkan perpaduan kaum yang ingin dipupuk oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  10. uruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada Selasa berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

    “Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

    ReplyDelete
  11. Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.

    Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog ‘Whats Up Brades’.

    Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.

    ReplyDelete