Thursday 6 June 2013

PULAU ANGKAT SUMPAH PARLIMEN






Oleh :  HAZLAN ZAKARIA
           
GABUNGAN NGO yang percaya terdapat penipuan dan ketidakaturan besar-besaran dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu menggesa wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadual pada akhir Jun ini.

Jurucakap kumpulan itu, Haris Ibrahim berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu ini juga.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Haris berkata, keraguan terhadap profesionalisme, ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta petisyen yang sedang berjalan membuatkan timbul syak berhubung keputusan pilihan raya.
Haris berkata, pemulauan acara pada 24 Jun itu juga akan menguatkan bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara,

Katanya lagi, tidak timbul isu berhubung kerugian kerana tidak mempunyai suara dalam Parlimen jika tindakan itu diambil.

"Lima puluh satu peratus pengundi sudah pun ditipu dalam proses untuk menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya dalam sistem sedia ada," tambahnya.

7 comments:

  1. Senator Ezam Mohd Nor berkata bahawa keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh Melayu-Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Menurutnya, keputusannya PRU 13 jelas menunjukkan Melayu-Islam berpihak kepada UMNO/BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini bermaksud Anwar telah ditolak oleh pengundi Melayu-Islam dan Ketua Umum PKR itu terpaksa mengharapkan undi daripada kaum Cina.

    ReplyDelete
  3. “Keputusan PRU 13 ini jelas, pertamanya, Anwar gagal memaksimakan undi Melayu dan sokongan pengundi Melayu terhadap kepimpinan datuk Seri Najib jelas, malah lebih besar.

    ReplyDelete
  4. “Keduanya, perkauman yang wujud hari ini..bermula dari taktik jahat Anwar Ibrahim untuk memaksimakan undi Cina..Ini berlaku secara terancang. Ini pengkhianatan. Dia (Anwar) yang sebenarnya memainkan politik perkauman, “katanya.

    Dalam PRU 13, PKR mengalami kemerosotan apabila mendapat 30 kerusi parlimen daripada 99 calon yang dipertandingkan, berbanding dengan DAP yang melonjak kepada 38 kerusi daripada 55 calon yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  5. Sementara itu, Musyidul Am TIBAI, Zahid Mat Arip berkata keputusan PRU 13 membuktikan karier politik Anwar sudah mati sebab itu beliau perlu mengembalikan semula politik jalanan dengan harapan hayat politiknya masih lagi boleh disambung.

    ReplyDelete
  6. Anwar dalam kempen-kempen PRU 13 membayangkan dirinya bakal menjadi PM ke-7 berdasarkan sokongan rakyat mengunjungi ceramahnya dan keputusan kaji selidik, UMCEDEL dan Merdeka Center yang berpihak kepadanya.

    Namun, keputusan PRU 13, membuktikan sokongan dan ramalan kaji selidik itu hanya palsu semata-mata.

    ReplyDelete
  7. apapun, angkat sumpah tetap berjalan dgn lancar

    ReplyDelete