Sunday 2 June 2013

RCI LEBIH BERKESAN







Oleh :  NIGEL AW
           
BEKAS Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berpendapat bahawa pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas suruhanjaya berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan bukannya Jawatankuasa Khas Parlimen.

Abdul Rashid berkata 'jalan pintas' seperti Jawatankausa Khas Parlimen tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.

"Jika kamu bawa cadangan seperti sebelum ini, ia tidak berkesan sepenuhnya. Penyelesaian yang mudah (jawatankuasa khas parlimen) tidak berkesan.

"Sebarang pembaharuan mesti dilakukan dengan menyeluruh. Oleh itu, negara perlu menubuhkan suruhanjaya bebas yang mempunyai kuasa yang tinggi. Lebih baik jika ia adalah satu Suruhanjaya Diraja," kata Rashid ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu beliau berkata lagi, suruhanjaya yang dicadangkan itu juga boleh membuat semakan terhadap SPR secara keseluruhan termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR.

"Suruhanjaya itu hendaklah terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya.

"Tetapi jika ia adalah jawatankuasa  yang terdiri sekali lagi daripada Ahli Parlimen, saya rasa tidak akan berjaya," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Katanya, ia bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti suruhanjaya tersebut, yang pada waktu ini diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Najib.

10 comments:

  1. SPR tidak mempunyai pegawai tetap yang ramai dan hanya ada 600 kakitangan di seluruh negara. Adalah menjadi tradisi, setiap kali pilihan raya, SPR perlu mendapatkan bantuan kakitangan kerajaan dan swasta bagi melantik mereka sebagai pegawai pengurus yang menjadi ketua untuk menguruskan pilihan raya di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus ini biasanya terdiri daripada pegawai kanan kerajaan dan mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sementara kakitangan lain dilantik oleh SPR.

    ReplyDelete
  3. Di samping undang-undang, ada kod etika pilihan raya. Pegawai berkenaan juga kena menandatangani akuan sumpah. Maknanya ada perkara tertentu adalah rahsia, sulit dari segi pengurusan pentadbiran. Jadi dari segi tindakan mereka mesti tidak memihak, jangan sekali-kali bercakap undilah parti itu, undilah parti ini atau sokong calon itu, sokong calon ini.

    ReplyDelete
  4. Kita adalah negara demokrasi dan bebas untuk menyatakan apa-apa dan mereka adalah anggota parti politik. Mereka ingin menang dan meyakinkan rakyat. Dalam politik ada orang kata persepsi itu adalah penting. Dalam politik, perkara paling penting ialah orang percaya apa yang kita katakan. Kalau putih dia kata hitam pun lama-lama orang percaya.

    ReplyDelete
  5. Sama juga dengan SPR, untuk PRU-13 ini, banyak pindaan dibuat atas desakan pelbagai pihak sehingga tertubuhnya Jawatankuasa Khas Parlimen. Inilah lebih berkesan bagi SPR daripada demonstrasi, tuduh sana tuduh sini. Itu semua tak berkesan, paling berkesan adalah jawatankuasa ini, yang bermesyuarat siang malam pagi petang di dalam dan luar negara. Ahlinya terdiri daripada wakil parti.

    ReplyDelete
  6. Dari situ, mula-mula ada 10 syor dan dalam laporan terakhir ada 22 syor, 32 semuanya. Perkara susah dan panjang seperti tukar sistem pilihan raya di Malaysia atau merombak tiga tugas utama SPR supaya dibahagikan kepada tiga organisasi kita perlu kaji dulu.

    ReplyDelete
  7. Banyak yang dituntut terutama pembangkang tetapi SPR kekal dengan prinsip tidak menerima arahan daripada sesiapapun, termasuk Perdana Menteri. Namun, SPR tidak menolak jika ada orang ingin memberi pandangan. Semuanya tidak begitu berkesan kecuali dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melihat penambahbaikan yang perlu.

    ReplyDelete
  8. Hasilnya, banyak sudah ditambah baik termasuk penggunaan dakwat kekal dan sistem pengundian awal bagi anggota tentera, polis serta pasukan gerakan am dan pasangan mereka. Undi pos bagi warga negara Malaysia di luar negara juga diperluaskan untuk semua orang dan SPR sentiasa membersihkan daftar pemilih secara berterusan sepanjang tahun.

    ReplyDelete
  9. Tempoh berkempen dilanjutkan dari tujuh ke 11 hari serta melantik pemerhati pilihan raya tempatan dan antarabangsa. Bagi pemilih orang kurang upaya (OKU), mereka boleh dibantu untuk mengundi oleh orang yang dipercayai. Penggunaan pen mata bola untuk menanda kertas undi akan menggantikan pensil. Tidak ada khemah atau jamuan pada hari penamaan calon. Dalam sejarah pilihan raya negara ini, SPR sudah membuktikan kewibawaannya melalui pengendalian 12 pilihan raya umum sejak 1959.

    ReplyDelete
  10. moga RCI berjalan lancar dan ia berjaya mencapai matlamat penubuhan

    ReplyDelete