Tuesday 11 June 2013

RE-UNION PERTENA 1982 SMK MENGGATAL






ALUMNI Persatuan Tingkatan Enam (PERTENA) SMK Menggatal 1982 akan mengadakan 'Re-Union' pada 30 Jun 2013 bertempat di Hotel Le Meridien atau Promenade, tertakluk kepada persetujuan bersama.

Terdapat cadangan daripada sebahagian alumni agar Re-Union berkenaan diadakan di SMK Menggatal (SMK Bandaraya) di Menggatal agar 'Nostalgia Menggatalian' begitu bermakna setelah 31 tahun  meninggalkan sekolah bertuah tersebut.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai majlis berkenaan, sila email persetujuan ke mutalibmd@gmail.com kerana Urusetia Penganjur sedang mendapatkan persetujuan daripada Pengetua SMK Bandaraya dan dicadangkan dirasmikan oleh Mantan Pelajar SMK Menggatal, Datuk Abdul Rahim Bakri atau Pengarah Pelajaran Sabah, Jame Alip.

Urusetia sedang berusaha untuk mengumpulkan semua guru yang pernah mengajar pelajar Enam Atas 1982 untuk hadir bersama dan memeriahkan majlis penuh bermakna berkenaan.

No comments:

Post a Comment