Tuesday 11 June 2013

'REFLECTIONS' BUAT MUSA AMAN





KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menerima sebuah buku oleh bekas wartawan Surjit Singh Gill yang meninggal dunia akibat kanser, tahun lalu.

Balu Gill Parkash Kaur, 74, yang diiringi anaknya Davinder Johl menyampaikan buku setebal 407 muka surat bertajuk 'Reflections' kepada Musa di sini.

Buku yang mengandungi 17 bab itu, menyentuh pelbagai isu seperti keganasan, ekonomi, pertanian, sosial, politik, pendatang tanpa izin dan imigresen, kewartawanan dan media, pendidikan, alam sekitar, tadbir urus yang baik dan hak penduduk Asli.

"Ia merupakan kombinasi pengalaman zaman kanak-kanak beliau (Gill), penemuan penyelidikan meluas semasa zaman mudanya dan artikel dalam kolum Daily Express Sunday," katanya Davinder dalam satu kenyataan.

Buku tersebut disunting oleh Ketua Pengarang Daily Express James Sarda bagi memperingati ibu Gill, Sampuran Kaur dan didedikasikan kepada pesakit kanser, pengamal perubatan dan penyedian penjagaan kesihatan.

Menurut Davindar, bapanya telah memperuntukkan wang untuk menyusun dan menerbit buku tersebut dan kira-kira 1,000 buah telah dicetak.

"Saya dan adik perempuan saya, Raj menasihati ayah kami untuk menerbitkan hasil kerja akademik dan kewartawanan beliau dalam bentuk buku untuk dimanfaatkan masyarakat dan lebih penting untuk para akademik, penyelidik, sarjana dan pelajar di instituti pendidikan tinggi," katanya kepada Musa.

Dilahrikan di India, Gill berhijrah ke Sabah pada tahun 1961 dan pada mulanya bekerja sebagai wartawan Sabah Times dan kemudian Daily Express.

Semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, beliau bekerja sebagai pembantu di Bahagian Media Jabatan Penerangan Negeri dan kemudian sebagai Pegawai Publisiti di Lembaga Padi Sabah.

Bagi mengiktiraf sumbangan beliau, Gill dianugerahkan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 1986.

Selepas bersara pada tahun 1988, beliau menyertai semula Daily Express sebagai penulis rencana sepenuh masa dan kemudian sebagai kolumnis.

Musa juga memberitahu Parkash bahawa beliau mempunyai kenangan manis bersama mendiang bapanya, Kahan Singh Bagwala seorang peniaga yang menjalankan perniagaan kedai buku di Tanjung Aru. (Bernama)

14 comments:

  1. United Sabah Borneo Murut Organization (BORNEO) president Datuk Dr Bernard S Maraat described the state cabinet line-up of old and new faces as good for the people and the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka baru dan azam baru. Semoga dengan adanya kabinet baru ini Sabah akan terus berkembang.

      Delete
  2. “It is the best line-up because it involves all areas in the state and all races. “Congratulations to the Chief Minister Datuk Seri Musa Aman,” the former Pensiangan member of parliament told The Borneo Post here yesterday.

    ReplyDelete
  3. Recalling the achievements of the management and administration in the last five years, Maraat said Musa is one of the best chief executive officers (CEO) who had led the state economy to continually rise with financial reserves reaching billions of ringgit.

    ReplyDelete
  4. To him, Musa is the architect building Sabah into a developed state, and hoped the state would continue to progress in the next five years to come. “I am confident that under the leadership of Musa more investors will come to invest in the state, providing economic and job opportunities to the people,” he said.

    ReplyDelete
  5. On behalf of BORNEO and the people here, he wished the Chief Minister would continue to develop the state in all sectors. To him, the Prime Minister has chosen the right leader to lead this state.

    ReplyDelete
  6. “Musa is the best Chief Minister ever and smart to select the capability of his cabinet line-up. And to those who have been appointed, they must do their job to the best of their ability,” he said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Musa seorang diri tidak dapat buat apa, is memerlukan usaha dan kerjasama semua pihak.

      Delete
  7. Maraat also hoped the interior would continue to develop under the Sabah Development Corridor (SDC) with the additional appointments of a full minister and assistant minister holding important positions. He said they were Rural Development Minister Datuk Radin Malleh and Deputy Chief Minister and Minister for Infrastructure Development, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SDC sudah pasti membawa ekonomi Sabah ke arah yang lebih berkembang.

      Delete
  8. In addition, he said there are three assistant ministers, namely Datuk Ellron Alfred Angin as assistant minister to the Chief Minister, Datuk Haji Sairin Karno, assistant minister of Agriculture and Food Industry and Datuk Bobbey Ahfang Suan, assistant minister of Infrastructure Development. “I am confident of their ability to develop the interior in the next five years,” he said.

    ReplyDelete
  9. Musa contribute a great development in Sabah.

    ReplyDelete
  10. The book must be informative.

    ReplyDelete
  11. pemberian buku ini satu penghargaan kepada Musa Aman

    ReplyDelete