Monday 10 June 2013

RM30 JUTA UKUR TANAH ADAT SARAWAK






BETONG : Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses untuk mengesahkan hak pemilikannya.

“Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini.

Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.

“Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional,” katanya. (Bernama)

31 comments:

  1. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melaksanakan enam strategi bagi mentransformasikan sektor pertanian negeri menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  2. Menterinya Datuk Seri Yahya Hussin berkata strategi itu meliputi usaha meningkatkan daya saing sektor pertanian, menambah sumbangan daripada sumber baharu sektor Pertanian dan penggunaan teknologi moden secara meluas.

    ReplyDelete
  3. Katanya tumpuan juga diberikan kepada penggalakan inovasi dalam sektor pertanian, penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam sektor pertanian dan pembangunan usahawan pertanian dan meningkatkan pendapatan golongan sasar daripada kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.

    ReplyDelete
  4. Bagi industri getah, Yahya berkata kementerian itu mengenal pasti beberapa perkara utama yang perlu diambil perhatian serius oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi memajukan lagi industri itu.

    ReplyDelete
  5. Berucap pada majlis makan malam LIGS dan Ulang tahun LIGS Ke-63, di sini malam ini, beliau berkata ini termasuk meningkatkan keluasan penanaman getah daripada 94,000 hektar sedia ada kepada 130,000 hektar bagi sektor pekebun kecil getah menjelang 2020.

    ReplyDelete
  6. Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kementeriannya juga berhasrat membantu 12,000 pekebun kecil baharu dalam usaha meningkatkan hasil getah daripada 1,398 kg sehektar/setahun kepada 2,000 kg sehektar/setahun menjelang 2020.

    ReplyDelete
  7. Ini akan meningkatkan pendapatan mereka sekurang-kurangnya memperoleh pendapatan bersih antara RM3,000 dan RM4,000 sebulan menjelang 2020, katanya.

    ReplyDelete
  8. "Kita juga mahu meningkatkan penghasilan produk getah Malaysian Rubber Standard (SMR) daripada 50,000 tan setahun kepada 80,000 tan setahun selain melaksanakan Projek Agropolitan Gana di Kota Marudu untuk program membasmi kemiskinan tegar yang melibatkan seramai 450 keluarga," katanya.

    ReplyDelete
  9. Yahya yakin LIGS mampu menjayakan wawasan kementerian itu berdasarkan prestasi cemerlang LIGS dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  10. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".

    ReplyDelete
  11. Ini menggambarkan Perdana Menteri populis bukan sahaja di Malaysia malah juga dunia

    ReplyDelete
  12. Untuk laman Facebook Najib mencatatkan jumlah "like" kedua tertinggi selepas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  13. Taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  14. Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

    ReplyDelete
  15. Perjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  16. Hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  17. Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  18. Pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.

    ReplyDelete
  19. Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di rantau ini.

    ReplyDelete
  20. Selaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa, Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  21. Masyarakat Dayak di Sarawak telah secara tradisi mempunyai hak untuk menggunakan tanah dengan mengamalkan adat-resam mereka sejak dari turun-temurun lagi. Mengikut undang-undang Kanun Tanah Sarawak 1957, tanah adat Bumiputra ['native customary land' (NCL)] memang diakui.

    ReplyDelete
  22. Walaupun undang-undang mengakui hak tanah adat Bumiputra masyarakat Dayak tetapi ada sesetengah pihak, contohnya, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat (MP, ADUN), pegawai-pegawai kerajaan, syarikat-syarikat swasta, peguam-peguam dan juga ketua-ketua masyarakat Dayak sendiri tersalah tafsir definisi tanah adat Bumiputra. Konflik tafsiran definisi hak tanah adat Bumiputra ['native customary rights' (NCR)] ini timbul kerana tersalah intepretasi.

    ReplyDelete
  23. Pihak berkuasa terutamanya Kerajaan Negeri yang memerintah menyebabkan kekeliruan terjadi dikalangan rakyat. Kekeliruan ini timbul oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengertian tentang status, kewujudan, kesahihan dan keluasan kawasan sebenar yang patut dinyatakan sebagai tanah adat.

    ReplyDelete
  24. Selama ini rakyat telah dikelirukan dengan pelbagai propaganda, anggapan dan intepretasi yang bertujuan untuk menggugat status dan kesahihan tanah adat.

    Masyarakat Dayak serta suku kaum asli lain di Sarawak terkeliru dengan tafsiran yang salah oleh pihak berkepentingan diri yang menyatakan bahawa hak tanah adat hanya terdiri daripada tanah-tanah yang telah diusahakan sahaja.

    ReplyDelete
  25. Mengikut adat-resam masyarakat Dayak, setiap ahli di dalam sesebuah komuniti mempunyai hak untuk menggunakan semua tanah ‘temuda’, hutan sekeliling dan saliran air di kawasan mereka.

    ReplyDelete
  26. Adat mengenai tanah ini telah menjamin hak seseorang individu atau ahli keluarga sesebuah komuniti untuk menggunakan tanah dan hasil-hasil yang diperolehi dari hutan. Pada masa yang sama membuka kawasan tanah yang baru di dalam sempadan atau 'pemakai menoa' mereka.

    ReplyDelete
  27. Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana masyarakat Dayak telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.

    ReplyDelete
  28. Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi anah ‘temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan

    ReplyDelete
  29. Tanah ‘pemakai menoa’[ ‘pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang.] di sekeliling ‘temuda’ iaitu kawasan hutan dara di mana hasil-hasil hutan dikumpul oleh komuniti secara keseluruhan, dan di mana komuniti berkenaan bergantung kepadanya untuk kehidupan harian mereka seperti memburu, memperolehi bahan-bahan binaan, ubat-ubatan dan sebagainya

    ReplyDelete
  30. ‘pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang.

    ReplyDelete
  31. semua isu2 berkaitan tanah adat penduduk perlu dilindungi

    ReplyDelete