Friday 21 June 2013

SABAH BERADA DALAM ICU?






KOTA KINABALU : Sabah terpaksa berusaha sendiri untuk menangani isu pendatang tanpa izin yang begitu mendesak di negeri itu, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah Khamis.

Beliau berkata keadaan di Sabah sekarang mencapai tahap kritikal dan memerlukan penyelesaian segera.

"Keadaan akan menjadi rumit (untuk menyelesaikan masalah ini) kerana saya menganggap kini kita berada di ICU (Unit Rawatan Rapi). Keadaannya amat kritikal.

"Kita sudah melihat kesan daripada masalah ini seperti pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini. Tiada siapa yang tahu apa pula yang akan berlaku selepas ini," katanya.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) ini berkata kerajaan negeri boleh memberi kad pengenalan (KP) Sabah kepada rakyat Malaysia tulen di negeri berkenaan.

"Sabah boleh meluluskan ordinan baharu pada persidangan dewan undangan negeri untuk mengeluarkan KP Sabah kepada anak jati Sabah serta anak cucu mereka yang tinggal di Borneo Utara atau Sabah sekarang pada 31 Ogos 1963 untuk menjadi rakyat secara automatik mengikut syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia.

"Semua rakyat Malaysia lain perlu memohon untuk menjadi rakyat Sabah. Kuala Lumpur tidak mempunyai kuasa untuk memberi status rakyat Sabah," katanya.

Yong berkata Sabah perlu menggubal Ordinan Pendaftaran Negeri untuk menyediakan rangka kerja dan menubuhkan sebuah jabatan pendaftaran negeri bagi menguruskan pengeluaran KP Sabah yang dicadangkan itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa KP Sabah bukanlah satu dokumen baharu kewarganegaraan, tetapi merupakan satu dokumen pengenalan diri untuk digunakan di negeri ini, termasuk bagi tujuan berkaitan imigresen, tanah, perkhidmatan awam negeri, pelesenan dan tujuan lain yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.

Yong memberitahu siasatan itu bahawa kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah berpunca daripada penghijrahan rakyat dari wilayah miskin di negara jiran, yang menjadi 'faktor pendorong' dan merangsang imigran untuk meninggalkan negara asal mereka bagi mencari kesenangan dari segi ekonomi.

Katanya apabila Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) ditubuhkan bagi mewujudkan keamanan dan kemakmuran serantau, imigran kembali ke negara asal mereka kerana wujudnya kemakmuran ekonomi di sana.

"Dalam kes Sabah, terdapat ramai 'bekas rakyat Malaysia' yang pulang ke Mindanao dan Kalimantan.

"Saya pernah terjumpa 'bekas rakyat Malaysia' yang bertutur dalam bahasa Melayu ketika melawat Kalimantan dan mereka memberitahu saya bahawa mereka telah pulang ke kampung halaman sendiri kerana Kalimantan membuka berjuta hektar ladang sawit, yang menarik ramai rakyat Indonesia untuk pulang dari Sabah dan pekerja pula tidak perlu membayar levi atau menghadapi gangguan daripada pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Beliau berkata berbeza dengan Kalimantan, BIMP-EAGA tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah yang menimpa Malaysia, Indonesia dan Filipina.

"Andai kata program regularisasi BIMP-EAGA diiringi dengan langkah susulan yang sewajarnya, masalah besar pendatang tanpa izin di Sabah sekarang tentu tidak akan berlaku," katanya.

Naib presiden SAPP Datuk Eric Majimbun pula berkata isu orang asing memiliki KP palsu bukan sahaja memberi kesan terhadap rang daftar pemilih, tetapi juga membawa implikasi sosial.

Majimbun memberitahu siasatan itu bahawa beliau juga menghadapi masalah apabila seorang lelaki Filipina memiliki KP palsu yang menggunakan nama Jerome Majimbun.

Pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin mendedahkan bahawa nama Jerome Majimbun itu dengan KP bernombor 560930-12-5739 serta satu KP lama bernombor H 0540992 tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan nombor itu juga tidak terdapat dalam rang daftar pemilih.

"Lelaki ini (Jerome) menggunakan nama bapa saya. Bagaimana kalau dia melakukan jenayah? Ia akan menjejaskan nama keluarga saya," kata Majimbun.

Siasatan itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Turut menganggotai panel itu ialah bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas ketua polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas timbalan ketua menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas peguam besar negeri. (Bernama)

64 comments:

  1. tahun dimana si botak Yong Teck Lee jadi ketua menteri sabah tidak berlaku kebanjiran pendatang haram ka?? kenapa tidak selesaikan masalah ini pada waktu itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah PATI sudah berasa di Malaysia sejak lama lagi.

      Delete
  2. jika benar yong teck lee mahu selesaikan masalah ini, beliau sepatutnya sudah melaksanakan idea2 "bernas" beliau ketika beliau masih berkuasa..

    ReplyDelete
  3. Pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh dilaksanakan asalkan ianya melalui proses perundangan yang sah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat-syarat harus ditepati dan siapakah yang akan buat approval ke atas semua permohonan tersebut?

      Delete
  4. Perdana Menteri itu turut berkata kredit juga seharusnya diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya kerana bersedia untuk melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

    ReplyDelete
  5. "Selagi kita beri IC mengikut undang-undang tiada masalah. Masyarakat Cina dan India juga dapat kerakyatan semasa zaman British dahulu, selagi ia berdasarkan undang-undang, ia tak salah, itu bukan isu besar," kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lewat malam tadi.

    ReplyDelete
  6. Jelas Pengerusi BN itu juga, pelaksanaan RCI di Sabah itu adalah manifestasi ikhlas kerajaan BN untuk menyelesaikan isu yang telah membelenggu penduduk Sabah sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  7. "Penubuhan RCI adalah manifestasi keikhlasan kami untuk selesaikan perkara itu ... Patut beri kredit kepada BN, ia perlu dilihat secara positif," kata Presiden Umno itu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tahu lagi sama ada RCI benar dapat mencati punca masalah.

      Delete
  8. Jelas Najib, rakyat tidak seharusnya menilai perkara itu terlalu awal memandangkan masih ramai saksi yang belum tampil, dan RCI itu juga masih lagi membuat sebarang keputusan. "Ada 167 saksi yang akan dipanggil, kita tak boleh terus buat keputusan, biarkan ia (RCI) itu berjalan dahulu.

    ReplyDelete
  9. "Biarkan suruhanjaya jalankan kerja mereka ... Selagi ia tidak ditafsir secara salah, ia adalah cubaan ikhlas kami untuk selesaikan isu rakyat Sabah," katanya, dan menambah RCI itu juga dilaksanakan atas permintaan daripada BN Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCi akan buat terbaik untuk mencari punca masalah PATI dan penambahan pendudukan secara luar biasa.

      Delete
  10. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pemberian status warganegara kepada warga asing di Sabah dan menegaskan ia dilakukan kerana mereka berhak dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

    ReplyDelete
  11. Dr Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sahaja untuk dapatkan status warganegara.

      Delete
  12. "Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada disana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat Malaysia," kata bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

    ReplyDelete
  13. Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan kenyataan saksi RCI berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994.

    ReplyDelete
  14. Beliau bagaimanapun mengakui terdapat pihak yang tidak senang dengan langkah pemberian kewarganegaraan tersebut tetapi menyatakan langkah tersebut dilakukan mengikut undang-undang. "Saya akui saya bagi (kewarganegaraan), di zaman pentadbiran saya ada diberikan," tambah Mahathir.

    ReplyDelete
  15. Dr Mahathir yang masih berpengaruh itu juga berkata bahawa beliau tidak menyedari sepertimana yang didedahkan oleh seorang saksi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam yang mendakwa Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

    ReplyDelete
  16. Beliau turut menyatakan walaupun warga asing ini diberikan kerakyatan sebagai warganegara ia tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga perlu mematuhi semua undang-undang negara serta menambah pentadbirannya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi kerajaan Barisan Nasional semasa pilihan raya.

    ReplyDelete
  17. "Ia bukan masalah besar, lagipun mereka yang dapat warganegara ini masih lagi perlu mengikut undang-undang negara. "Tidak, tidak benar. Mereka boleh mengundi sesiapa sahaja, itu adalah hak mereka dan kerajaan tidak pernah paksa mereka untuk mengundi," terang beliau lagi.

    ReplyDelete
  18. Alahai Ah Yong, kau cakap macam tu macam la kau tidak tahu situati sebenar di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong could also be involved in this illegal issue back when he was the cm.

      Delete
  19. YONG TECK LEE TIPU RAKYAT SABAH!!!

    ReplyDelete
  20. President of Sabah Progressive Party (SAPP) Taiko Yong Teck Lee’s romancing of the Barisan National may end his love affair with the Sabah opposition front soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTL is not someone we could easily trust. He had the power back then to change sabah but instead he made the people go bankrupt.

      Delete
  21. Yong Teck Lee can’t be trusted.

    ReplyDelete
  22. The political signal coming from Yong Teck Lee in the last few months indicate that he is trying to sail on two boats

    ReplyDelete
  23. His shifting statements to keep both the major political parties in good humour may end with a backlash.

    ReplyDelete
  24. Yong Teck Lee’s new political strategy to oppose Pakatan Rakyat and hinting he would also ditch Dr Jeffrey’s State Reform Party (STAR) anytime is also meant to hijack Dr Jeffery’s old battle cry of ” Sabah For Sabahans” , “Sabah Rights” and now “Ini Kali Lah”, and keep his minority flock in his pocket.

    ReplyDelete
  25. In the meantime, Yong Teck Lee is trying his best to sweep the issues of malgovernance and corruption during his time as chief minister under the carpet with the help of captive media.

    ReplyDelete
  26. Yong Teck Lee knows his limitations; he also knows the art of handling the levers of the power equations.

    ReplyDelete
  27. The Barisan Nasional (BN) government does not need representatives from the opposition to become heroes and champion the fate of the people or claim that they are helping BN.

    “The BN government is not only capable of planning, but also capable of implementing all its policies, projects and initiatives for the welfare of the people,” said Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman at a press conference after the close of the State Assembly sitting yesterday.


    ReplyDelete
  28. betul, masalah PATI terutamanya di Sabah ini semakin serius dan sememangnya menuntut penyelesaian yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  29. namun, penyelesaiannya tidaklah semudah yang
    disangkakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its not easy to solve the illegal issue as it has been around for a long time now.

      Delete
  30. apatah lagi masalah PATI ini sudah berdekad-dekad lamanya

    ReplyDelete
  31. walau bagaimanapun, ada dua pendekatan memungkinkan masalah ini dapat dirungkai iaitu cara pertama, menerusi saluran diplomatik

    ReplyDelete
  32. dan yang kedua ialah berasaskan kesungguhan politik kerana apapun pendekatan yang diambil, ia tidak akan berkesan tanpa perhatian terhadap kedua-dua aspek berkenaan.

    ReplyDelete
  33. Isu Semasa - PATI DI SABAH

    1. Siapakah yang ditakrifkan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)?

    • Seksyen 55E(7), Akta Imigresen, 1959/63 mentakrifkan “Pendatang Tanpa Izin” sebagai mana-mana orang, selain daripada
    warganegara yang menyalahi Seksyen 5,6, 8, 9 dan Akta Imigresen, 1959/63 atau Peraturan-peraturan Imigresen, 1963.

    • Secara umum, PATI ialah:

    o Mereka yang masuk melalui pintu masuk yang tidak sah.

    o Mereka yang masuk melalui pintu masuk yang sah tetapi telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

    o Mereka yang masuk tanpa menggunakan dokumen yang sah.

    o Kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu-bapa yang asalnya PATI dan sebilangannya memiliki Pas Kerja Sementara yang telah pulang ke negara asal.

    ReplyDelete
  34. 2. PATI di Sabah berasal daripada mana?

    • Filipina.
    • Indonesia.
    • Lain-lain negara seperti India, Pakistan, Vietnam dan China.

    ReplyDelete
  35. 3. Apakah faktor-faktor kemasukan PATI ke Sabah?

    • Faktor penolak:

    Wujudnya keadaan yang tidak stabil di selatan Filipina dan kehidupan rakyat yang sukar dan masalah kemiskinan.
    Begitu juga di Indonesia di mana kadar penganggurannya amat tinggi.

    • Faktor penarik:

    Wujudnya banyak peluang pekerjaan di Sabah, terutama di kawasan perladangan yang memerlukan tenaga pekerja asing.

    ReplyDelete
  36. 4. Di manakah tumpuan PATI?

    • Kawasan bandar (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau).
    • Kawasan luar bandar.
    • Kawasan perladangan.

    ReplyDelete
  37. 5. Berapa ramaikah PATI yang ada di Sabah?

    • Tiada statistik yang tepat jumlah PATI di Sabah kerana kemasukan mereka sebahagian besar melalui laut yang mana
    perairan di Sabah yang luas dan panjang menyukarkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  38. 6. Apakah implikasi kedatangan PATI di Sabah?

    • Peningkatan kadar jenayah sosial.

    • Persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi dan peluang pekerjaan dengan warganegara Malaysia.

    • Kehadiran mereka dipolitikkan (didakwa mereka dijadikan “Pengundi Hantu”).

    ReplyDelete
  39. 7. Apakah tindakan yang di ambil oleh agensi penguat kuasa dalam menangani isu PATI?

    Agensi penguatkuasaan telah menjalankan beberapa program untuk menangani isu PATI antaranya:-

    • 2002 – OPS Nyah (Operasi bersepadu diterajui Polis Diraja Malaysia).

    • 2008 – Program Pemutihan
    o 312,837 PATI dipulihkan dengan mendaftarkan diri secara sah oleh kerajaan.

    • 2009 – Program Pemutihan
    o 161,747 PATI telah diputihkan dengan mendaftarkan diri secara sah.

    • 2011 – Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan,Penguatkuasaan dan Pengusiran).
    o 161,370 PATI telah didaftar di bawah Program 5P.

    o 5P telah dijalankan sejak 18 Julai 2011 hingga kini.

    ReplyDelete
  40. 8. Benarkah dakwaan terdapat PATI yang telah diberi sijil Kewarganegaraan Malaysia?

    • Tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, warganegara asing yang telah bermastautin dan memenuhi kriteria
    BOLEH memohon permit masuk untuk tinggal di Sabah.

    • “Kriteria” untuk memohon permit masuk boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia:-
    • Kategori Permohonan Permit Masuk dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:

    o Kategori Pelabur High Net Worth Individual

    o Kategori suami/isteri/anak berumur bawah 6 tahun kepada warganegara

    o Kategori golongan pakar dan profesional

    o Kategori sistem mata

    ReplyDelete
  41. 9.PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH PERKARA 19 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – BERUMUR 21 TAHUN ATAU LEBIH

    Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia dengan cara masukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYARAT PERMOHONAN
      Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
      Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
      Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
      Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
      Pemohon berkelakuan baik.
      Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
      Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.
      Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
      - Jabatan Pendaftaran Negara

      Delete
  42. 10. Apakah usaha kerajaan untuk mengatasi isu PATI di Sabah?

    • Kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan langkah-langkah mengatasi masalah berkaitan PATI di Sabah. Antara langkahnya adalah seperti berikut:

    o Tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh semua pihak
    penguat kuasa.

    o Meningkatkan tindakan undang-undang terhadap majikan yang menggajikan PATI.

    o Mendidik dan menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak melindungi PATI.

    o Mengadakan pelbagai operasi penangkapan dan pengusiran seperti Ops Tanduk, Operasi Bersepadu, Operasi Nyah, Ops 6P dan Ops 5P.

    ReplyDelete
  43. 11. Berapa ramaikah PATI yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka?

    • Sejak 1990 hingga Februari 2012,359,886 PATI di Sabah telah dihantar pulang ke negara asal mereka seperti Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  44. Dr Mahathir said that as long as the individual is qualified as fluent in the Malay language and live in Malaysia they are entitled to status as a Malaysian.

    ReplyDelete
  45. Dr Mahathir is still influential also said that he did not recognize as a witness revealed by the National Registration Department (NRD) Thursday that Tan Sri Megat Junid Megat Ayub instructed him to issue a receipt to allow illegal immigrants in Sabah to vote in state elections in year 1994.

    ReplyDelete
  46. "It's not a big deal, and besides this they can citizens still have to follow the laws of the country." No, not really. They can vote for anyone, it is their right and the government has never forced them to vote, "he further explained.

    ReplyDelete
  47. He also says that although foreigners are granted citizenship as a citizen it is not wrong because they are also required to comply with all applicable laws as well as increase its administration never force them to vote for the National Front government during the election.

    ReplyDelete
  48. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today defended granting citizenship status to foreigners in Sabah and insisted it was done because they are entitled to and implemented in accordance with Shariah law.

    ReplyDelete
  49. If yong is trully sincere about solving this issue,he should had solve it years ago when he was the cm. He had the power to make the change but he didn't

    ReplyDelete
  50. Langkah menarik balik kad pengenalan (IC) Malaysia boleh memastikan integriti dokumen pengenalan diri itu, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.Berdasarkan kajian dilakukan UPKO, beliau berkata pihak berkuasa kompeten boleh dilantik untuk mengesahkan ketulenan IC berkenaan.

    ReplyDelete
  51. "Badan ini (pihak berkuasa kompeten) boleh menjadi pasukan petugas khas terdiri daripada pegawai atau profesional daripada sektor swasta atau malahan daripada pergerakan masyarakat sivil.

    "Ketelusan mesti dijamin. Kita boleh menggantikan IC itu secara berperingkat dan oleh itu, tidak harus ada perasaan was-was di pihak mana-mana orang untuk menyerahkan IC masing-masing bagi tujuan pengesahan dan selepas itu, akan dikeluarkan IC baharu (kepada mereka)," katanya.

    ReplyDelete
  52. Sekiranya semua IC di Sabah ditarik balik dan digantikan selepas disahkan, langkah itu dapat menjawab kritikan dihadapi SPR mengenai 'penipuan' pada senarai pengundi. Katanya, mereka yang telah mendapat kewarganegaraan secara licik dan menjadi pengundi boleh dipadamkan daripada senarai (pengundi) serta merta.

    ReplyDelete
  53. Pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau menguatkuasakan undang-undang baharu mengenai perbuatan khianat juga dicadangkan oleh Dompok. Dengan ini, rakyat Malaysia yang memberi atau menjual dokumentasi Malaysia boleh dipertanggungjawabkan dan dihukum berat.

    ReplyDelete
  54. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek memberitahu suruhanjaya itu bahawa semasa beliau menjadi Pengarah Imigresen Sabah dari 2010 hingga Mac tahun ini, beliau pernah berdepan kes warga asing yang mendakwa pelarian Filipina dan memiliki dokumen IMM13 palsu.Katanya perkara itu dikesan semasa operasi jabatan itu, tetapi menafikan ada anggota jabatan itu terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu.

    ReplyDelete