Thursday, 20 June 2013

SABAH PERLU KELUARKAN IC SENDIRI






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

RAKYAT Sabah seharusnya diberikan kelebihan untuk mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi mengekang pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan, cadangan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di Sabah.

Yong menjelaskan, kerajaan Persekutuan dilihat tidak serius dalam menangani gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Filipina dan Indonesia, dan Sabah jelasnya harus memikirkan inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara itu.

"Jika kerajaan tak nak selesaikan perkara ini, kita perlu selesaikan sendiri dengan mekanisme kita sendiri, keluarkan IC Sabah," katanya kepada RCI hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Beliau menjelaskan, idea pengeluaran IC Sabah diutarakan selepas hilang harapan terhadap kerajaan persekutuan dalam isu berkenaan.

"Idea ini timbul sebelum pembentukan RCI ini lagi," katanya.

Gejala pemberian kad pengenalan palsu itu jelas Yong kini telah berada kritikal dan perlu diselesaikan segara sebelum menjadi semakin parah.

"Kalau mereka betul-betul nak selesaikan, ia boleh diselesaikan, sekarang ini sudah berada di tahap ICU," katanya.

Mekanisme yang dicadangkannya adalah mereka yang lahir di Sabah selepas penggabungan Sabah ke dalam Malaysia -ketika itu Malaya- pada 31 Ogos 1963 sahaja layak memohon kad pengenalan Sabah, namun mereka yang merupakan rakyat Malaysia di Sarawak atau Semenanjung yang telah mendiami Sabah untuk jangka masa lama boleh memohon kad pengenalan.

"Sabah boleh gunakan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), dan luluskan Ordinan Sabah bagi tujuan itu."

"Kerajaan Malaysia yang ada kuasa keluarkan IC kepada rakyat asing, ia perkara Persekutuan, tapi kad pengenalan Sabah bukan kuasa Persekutuan," katanya lagi, dan menegaskan dokumen berkenaan bukan untuk warganegara asing, tetapi hanya penduduk Sabah tulen.

Dokumen kad pengenalan Sabah itu jelas Yong bukanlah dokumen pengenalan diri yang baru, sebaliknya ia untuk digunakan di Sabah bagi tujuan urusan imigresen, tanah, jawatan dalam kerajaan, lesen, dan lain-lain tujuan urusan kerajaan.

"Saya yakin ia akan diterima hari ini," katanya lagi, dan menambah,"Mykad saya tiada makna kerana orang asing pun boleh dapat kad pengenalan sama," tegasnya lagi sambil mengangkat kad pengenalannya.

"Mereka rakyat Malaysia tapi bukan Sabahan," tegasnya lagi.

38 comments:

  1. Sebagaimana artikel di atas mengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan ucapan Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad apabila IC Sabah telah wujud. Bermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.

    ReplyDelete
  3. Persoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu??

    ReplyDelete
  4. Mahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??

    ReplyDelete
  5. Terlalu luarbiasa janji yang dilaungkan oleh SAPP sehingga sukar bagi mereka untuk menjawab BAGAIMANA mereka mahu mengatasi masalah-masalah kesan dari pelaksanaan IC khas Sabah ini. Bila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.

    ReplyDelete
  6. Daripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini??

    ReplyDelete
  7. Jika alasan mengeluarkan IC Sabah ini adalah kerana Mykad tidak mampu melindungi hak rakyat disebabkan dokumen itu turut diberikan kepada warga asing, bagaimana pula SAPP yang berangan-angan mahu merampas kerajaan MEMASTIKAN bahawa IC Sabah ini tidak akan terlepas ke tangan warga asing??

    ReplyDelete
  8. mampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..

    ReplyDelete
  9. Apa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah??

    ReplyDelete
  10. Mengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini. Jika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini.

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing. Bertitik-tolak dari situ, satu tindakan perlu diambil bagi memperketatkan pengeluaran Mykad agar tidak berlaku penyelewengan dokumen untuk kepentingan pihak tertentu.

    ReplyDelete
  12. Kesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.

    ReplyDelete
  13. Upko president and BN's Penampang candidate Bernard Dompok has boldly said that he is "putting (his) neck on the chopping block" in standing by his call for re-issuance of identity cards to genuine citizens in Sabah.

    ReplyDelete
  14. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an.

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata, walaupun Anwar tidak diberi arahan secara langsung namun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sering mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan lebih daripada yang diperlukan.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

    ReplyDelete
  17. Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

    ReplyDelete
  18. YTL is nothing but a hopeless coward.

    ReplyDelete
  19. Tiada mana-mana pihak bantu pelarian Filipina dapatkan IC

    KOTA KINABALU: Beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC).
    Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.
    "Saya sendiri usahakan permohonan pas sementara di Jabatan Imigresan dan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah, di Wisma Dang Bandang," katanya semasa menjawab soalan pegawai pengendali Jamil Aripin pada prosiding yang masuk hari keempat itu.

    ReplyDelete
  20. Menceritakan proses bagaimana beliau mendapatkan IC itu, Abd Salam berkata ketika mula-mula tiba ke negeri ini beliau telah memohon pas sementara iaitu pas jalan di Jabatan Imigresen Sabah yang mesti diperbaharui setiap tiga bulan sekali tanpa dikenakan sebarang bayaran.
    Saksi ke-16 itu berkata selepas tiga bulan, beliau memohon pas kuning iaitu IMM-13 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dengan bayaran RM20 bagi tempoh setahun.
    Bapa tujuh anak itu berkata selepas 10 tahun, beliau memohon IC hijau iaitu bagi taraf penduduk sementara dan sementara menunggu ianya dikeluarkan beliau diberikan resit sementara.
    Saksi itu berkata setahun selepas itu beliau diberikan IC hijau berkenaan
    dan kemudiannya beliau memohon IC biru pada 1989.

    ReplyDelete
  21. Semasa ditanya adakah permohonannya untuk memperolehi IC biru itu mendapat sokongan sesiapa, Abd Salam berkata tiada dan beliau sendiri pergi ke JPN.
    Abd Salam, 54, berkata IC biru itu siap tiga tahun selepas itu dan kini beliau memegang MyKad.
    "Saya juga telah mendaftar sebagai pengundi dan telah mengundi sebanyak tiga kali di kawasan Kinaruk," katanya.

    ReplyDelete
  22. Saksi ke-17, Sakandar Anding yang datang ke Sabah pada 1973 berkata beliau sendiri membuat permohonan bagi mendapatkan pas IMM-13, IC hijau dan seterusnya IC merah (taraf penduduk tetap).
    Sakandar, 59, yang tinggal di skim penempatan Kinaruk berkata beliau memohon IC merah pada tahun 2004 dan pada 2010 JPN Sabah mengeluarkan IC berkenaan.

    ReplyDelete
  23. Hatta Ghani, 53, yang datang ke Sabah pada 1976 dengan menaiki bot bersama 50 yang lain berkata beliau juga memohon sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak bagi mendapatkan IC.
    Hatta yang juga tinggal di skim penempatan Kinaruk berkata beliau juga telah beberapa kali mengundi menggunakan IC biru yang diperolehinya.
    Bagaimanapun, ketika ditanya adakah mereka datang ke Sabah membawa sebarang dokumen negara Filipina, kesemua saksi itu menjawab "Tiada".
    Saksi-saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Jamil bahawa skim penempatan yang mereka diami itu mempunyai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah lain.
    Ketika ditanya sama ada mereka hendak pulang ke negara asal mereka di Filipin, masing-masing menjawab tidak kerana sudah selesa dan selamat berada di negara ini.
    Semua mereka berkata mereka datang ke sini kerana keadaan peperangan di selatan Filipina ketika itu.

    ReplyDelete
  24. Seorang lagi pelarian Filipina, Ismail Balaka, berkata semasa tinggal di kem penempatan di Keninguk, ada beberapa orang datang ke penempatan itu untuk mengisi borang, mengambil gambar dan cap jari pelarian Filipina di situ.
    Beliau yang datang ke Sabah pada 1975 berkata beliau tidak tahu apa tujuan mereka itu mengisi borang berkenaan tetapi beliau diberitahu kawannya bahawa itu adalah untuk proses pengeluaran IC.
    Saksi itu berkata selepas tiga bulan beliau diberikan kad pengenalan.

    ReplyDelete
  25. Sementara itu bekas Pengarah JPN Sabah, Datuk Abdul Rauf Sani menafikan beliau bertindak atas arahan pihak atasan berhubung pengeluaran IC kepada pendatang Islam Filipina dan Indonesia di negeri itu.
    Beliau juga mengaku ada mengetuai satu unit yang dikenali sebagai G17 semasa menjadi pengarah JPN Sabah pada 1990, sebuah unit yang menguruskan pengeluaran IC biru kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  26. Abdul Rauf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) pada pada April 1996 memberitahu suruhanjaya itu bahawa beliau tahu dan sedar mengenai aktiviti pengeluaran IC itu.
    "Saya lakukannya bersendirian. Tiada siapa arahkan saya. Sebagai pegawai kerajaan sebarang arahan mesti ada surat," katanya yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat di bawah kementerian kewangan.

    ReplyDelete
  27. Beliau juga mengesahkan keterangan seorang saksi semalam bahawa beliau dan beberapa pegawai JPN Sabah telah pergi ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan tugas khas berhubung pengeluaran IC kepada pelarian di Sabah.
    Ditanya mengapa beliau ditahan di bawah ISA, saksi ke-15 itu berkata beliau dituduh kerana terlibat dalam pengeluaran IC biru tidak mengikut proses undang-undang bagi mendapatkan wang.

    ReplyDelete
  28. Katanya beliau ditahan di bawah ISA selama 60 hari dan selepas itu dibebaskan dari tahanan tetapi dikenakan sekatan duduk di rumah sehingga November 1996.
    Merujuk keterangan bekas tahanan ISA yang juga bekas pegawai JPN Sabah semalam bahawa sebanyak 40,000 IC sebulan yang telah ditandatangani diserahkan kepada pelarian Filipina, Abdul Rauf berkata beliau tidak pasti mengenainya.
    "Mungkin ratus, mungkin ribu, saya tidak ada catitan kerana perkara itu pegawai-pegawai saya yang uruskan," katanya. - BERNAMA

    ReplyDelete
  29. Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menolak rancangan parti SAPP untuk memperkenalkan kad pengenalan khas bagi warga Sabah kerana perkara itu menurutnya satu langkah yang tidak diperlukan.

    "Kenapa perlu (kad pengenalan khas?). Kita sudahpun jadi sebuah negara."

    ReplyDelete
  30. Beliau mempersoalkan langkah untuk mengawal rakyat Malaysia daripada Sabah memandangkan kerajaan masih berdepan masalah dalam menghalang kemasukan warga asing dan kumpulan pengganas.

    "(Kumpulan pemisah Filipian) Abu Sayyaf dan pendatang asing kita tak boleh kawal, (tapi) nak kawal rakyat Malaysia (daripada memasuki Sabah) buat apa?

    ReplyDelete
  31. Katanya, beliau maklum mengenai perjanjian 20 perkara apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, beliau berpendapat kad pengenalan seperti itu akan menghalang produktiviti.

    "Jangan lihat dari kerangka negatif. Kalau Sabah untuk Sabah, Perlis untuk Perlis, tak ke mana negara ini," kata MP Semporna itu lagi.

    ReplyDelete
  32. Perjanjian tersebut antara lainnya memberi kuasa kepada Sabah untuk mengawal kemasukan warga Malaysia ke negeri tersebut.

    Perkara itu juga menjadi alasan parti SAPP dalam mengemukakan cadangan tersebut, kerana ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  33. Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee antara lainnya berpendapat, "Kad Pengenalan Sabah" itu akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.

    Jangan ada pula motif tersembunyi YTL ni..

    ReplyDelete
  34. suatu alternatif yg baik....sekiranya sabah dianggap bahagian dlm pembentukan malaysia.....kuasa sabah mestilah diiktiraf.....siapa yg lebih pintar n bijaksana menangani kebanjiran pendatang asing yg sekelip mata saja dapat mykad....yg kini jumlahnya melebihi penduduk tempatan peribumi......sbb tiada org yg pintar n bijak mengatasi masalah ini....yg ada pun memparahkan lg keadaan......pintar memburukan keadaan......sekarang mesti diambil langkah yg tegas mengatasi masalah ini.....

    ReplyDelete