Tuesday 11 June 2013

SEDIA TARIK PELABURAN UNTUK FASA KEDUA SDC






KOTA KINABALU : Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), agensi sehenti untuk memacu Koridor Pembangunan Sabah, akan berusaha secara habis-habisan untuk menarik pelaburan bagi merancakkan lagi pembangunan fasa kedua SDC.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata sehubungan dengan itu, SEDIA telah menyertai dalam pelaburan dan misi perdagangan yang ditaja oleh negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri/Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di dalam dan luar negara.

"Sambutan daripada misi-misi ini amat menggalakkan, berjaya mendorong lebih banyak kepentingan dan menarik pelaburan yang signifikan dalam sektor-sektor yang dipromosikan di bawah SDC dan yang digariskan di bawah Halatuju Agenda -- pelancongan, pertanian dan pembuatan," kata beliau dalam ucapan pembukaan di mesyuarat yang ke-13 ahli lembaga itu di sini Isnin.

Musa, yang juga merupakan pengerusi SEDIA berkata agensi itu akan turut mempromosikan secara aktif perusahaan kecil dan sederhana, terutamanya usahawan Bumiputera.

Beliau berkata yang SEDIA telah bekerjasama dengan TERAJU (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) untuk merancakkan penyertaan usahawan Bumiputera dan sekretariat telah ditubuhkan di pejabat SEDIA untuk tujuan ini.

Sekretariat itu akan menyediakan akses kepada dana pemudahan untuk usahawan Bumiputera dan program TERAS di bawah TERAJU, kata beliau.

Dalam hal ini, Musa berkata yang TERAJU telah memperuntukkan RM100 juta untuk usahawan Bumiputera di Sabah.

"SEDIA juga telah memeterai memorandum persefahaman dengan SME Bank dengan tujuan membimbing PKS yang terlibat dalam aktiviti ekonomi di SDC, serta mewujudkan akses kepada pembiayaan yang diperlukan," kata beliau.

Selain daripada itu, beliau berkata, SEDIA telah menganjurkan kursus di Sabah Agro-Industrial Precinct, bagi menggalakkan agro-perniagaan dalam sektor termasuk farma-herba, penternakan dan pemprosesan sarang burung, agro-organik dan industri agro-makanan dan biosains dan bioteknologi.

Musa berkata SEDIA telah mengambil langkah-langkah untuk menangani keperluan modal insan pelabur, dan juga mengadakan perbincangan dengan institut pendidikan tempatan dan asing untuk menyertai dalam program pembangunan modal insan di Sabah, terutamanya di Hab Pendidikan Sandakan.

Sementara itu, Musa turut gembira untuk memaklumkan yang SEDIA telah menerima sejumlah RM1.506 bilion daripada peruntukan di bawah projek Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Ke-10, dan daripada jumlah ini, 84 peratus telahpun dibelanjakan. (Bernama)

39 comments:

  1. Sabah dijangka menarik pelaburan antara RM10 bilion dan RM15 bilion pada tahun ini dengan sejumlah besarnya daripada sektor sawit, terutama pemprosesan hiliran termasuk biomass.

    Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata negeri itu mempunyai Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah Sdn Bhd dan Sawit Kinabalu yang dapat menarik usaha teroka nilai tambah baharu.

    ReplyDelete
  2. "Di peringkat persekutuan, kita ada Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Agensi Inovasi Malaysia untuk membantu dalam merealisasikan potensi kita sepenuhnya dalam kelapa sawit," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Industri Pertanian seperti kelapa sawit, padi dll berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan yang lumayan.

      Delete
  3. Beliau berkata Agensi Inovasi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi kejayaan dalam memulakan pengeluaran biomass berskala besar di Sabah.

    Musa berkata pemeteraian perjanjian kluster usaha sama antara Agensi Inovasi Malaysia dan lima syarikat sawit utama di Lahad Datu semalam boleh menjadi formula yang baik untuk mengangani cabaran mengakses biomass.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biomass boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik?

      Delete
  4. Beliau menyeru pemilik kilang dan ladang di seluruh negeri supaya mengambil bahagian dalam model berkenaan untuk memacu industri pemprosesan biomass.Tan, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, menyeru pengilang sawit di Sabah supaya melangkah ke hadapan daripada hanya menjadi pengeluar minyak sawit mentah kepada pengeluar produk berasaskan biomass.

    ReplyDelete
  5. Sabah is moving towards the right direction as far as manufacturing and other contributing business related sectors are concerned. With all its good planning, well-deserved strategies, and a total investment of some RM4.8 billion, it has placed Sabah as the second largest investing state in Malaysia, after Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Planning, execution and maintain are really import to driven the success for all projects.

      Delete
  6. Federation of Sabah Manufacturers (FSM) President Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau, disclosed that it has not been a bed of roses for the manufacturing sector, as they faced a lot of challenges over the years, but he was positive that the close rapport and relationship with the present government, has helped them to move ahead towards greater heights.

    ReplyDelete
  7. "Sabah's economy is fast developing, especially under the present government. Manufacturing is also one of the Halatuju (the other two are tourism and agriculture), and we believe that the industry had benefited a lot under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman. The government has been friendly and positive towards the manufacturing sector.

    ReplyDelete
  8. "Although we face a lot of challenges, all of them are beyond the capacity of the State Government to resolve. And in fact, these challenges have been there for decades," he said.

    ReplyDelete
  9. "But in the past few years, we see some light at the end of the tunnel, something is working more positively and it is a good sign and a fruit of the close cooperation between the State Government and FSM," he said.

    ReplyDelete
  10. As a result of close cooperation with the government and the positive relationship, FSM was able to resolve some of the major issues that have been burdening the manufacturing industry itself, such as land matters. "For the past three decades, we have resolved at least 90 per cent of the land issues, and we have less than 10 per cent more to go," he said.

    ReplyDelete
  11. He said the Federal Government recently promoted the Small and Medium (SME) Master Plan, which is comprehensive plan designed to help the SMEs to grow. SMEs, he added, contributed over 90 per cent of the business sector.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan ini dapat membantu industri kecil ini berkembang dengan lebih baik.

      Delete
  12. In 2010, SME's contribution to the Gross Domestic Product (GDP) was 41 per cent, employment (62 per cent) and export estimated at 19 per cent. Based on these numbers, Wong is optimistic that by 2020, the numbers would grow to 41 per cent (contribution to GDP) and employment (62 per cent).

    ReplyDelete
  13. The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) is organising a public forum on human capital development within the Sabah Development Corridor (SDC), to be held at a leading hotel here on the coming Tuesday.

    ReplyDelete
  14. The event will be officiated by Datuk Peter Pang En Yin, the Minister of Youth and Sports cum Deputy Chairman of SEDIA.

    ReplyDelete
  15. The objectives behind the event are to highlight the critical role of human resources towards economic growth, while addressing issues and challenges regarding human capital as well as the strategies and initiatives with special reference to the manpower requirement in SDC.

    ReplyDelete
  16. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    SETIAUSAHA Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan meminta kepada pihak yang mempertikaikan bajet negeri Sabah yang baru diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah seharusnya melihat bajet itu dari aspek yang lebih meluas.

    ReplyDelete
  17. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana telah meluluskan bajet yang begitu bersejarah sebanyak 4 billion ringgit sekaligus menjawab segala tomahan yang mengatakan negeri Sabah sebuah negeri yang miskin dan mundur.

    ReplyDelete
  18. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    Menurutnya, bajet 4 billion ringgit untuk tahun hadapan merupakan sejarah dan ianya lebih baik kalau dibandingkan dengan negeri yang dianggap paling maju dan paling kaya di Malaysia iaitu negeri Selangor.

    ReplyDelete
  19. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    “Negeri Selangor hanya mempunyai bajet tahunan untuk tahun 2012 sebanyak RM1.6 billion ringgit ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kemampuan yang cukup besar, Bajet RM4 billion negeri Sabah itu jauh lebih besar daripada bajet kerajaan negeri Selangor.

    ReplyDelete
  20. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    “Begitu juga dengan reserve negeri Sabah yang mencapai lebih daripada 3 billion ringgit tunai dalam akaun kerajaan negeri Sabah, sementara negeri Selangor hanya melebihi sedikit 1 billion ringgit.

    ReplyDelete
  21. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    “Ini menunjukkan satu jawapan yang cukup kuat dan jelas kepada tohmahan yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin dan keraajaan Barisan Nasional negeri Sabah boros dan membelanjakan wang ringgit, banyak ketirisan, banyak rasuah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  22. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Tahun 2012 di SK. Tempasuk I, di Kota Belud, baru-baru ini

    Seramai 457 pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah itu mendapat Bantuan Khas tersebut daripada pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  23. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata mana mungkin sebuah kerajaan boleh menyediakan bajet begitu besar jauh lebih besar daripada bajet negeri Selangor dan jauh lebih besar daripada bajet Pahang yang hanya mempunyai bajet 600 juta ringgit jika pemimpin-pemimpin negeri Sabah rasuah, ketirisan yang tidak terurus dan salahguna kuasa.

    ReplyDelete
  24. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    Beliau amat yakin jawapan kepada segala tohmahan pembangkang terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sabah dapat dijawap sekaligus oleh bajet yang begitu besar dan juga dengan pengiktirafan tertinggi daripada Ketua Audit Negara yang telah memuji pengurusan kewangan kerajaan negeri Sabah tiga tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  25. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    “Ini juga adalah jawapan yang cukup jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun, mana mungkin sebuah kerajaan dapat diurus dengan begitu baik kalau laporan Ketua Audit Negara telah memberikan pengiktirafan yang tertinggi kepada kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  26. SABAH SEMAKIN MAJU, BAJET ATASI NEGERI MAJU!!!

    “Saya percaya kejayaan demi kejayaan akan dapat dikecapi di tahun-tahun akan datang dibawah pemerintahan BN negeri Sabah,” tambahnya lagi.

    ReplyDelete
  27. Sabah dijangka menarik pelaburan antara RM10 bilion dan RM15 bilion
    pada tahun ini dengan sejumlah besarnya daripada sektor sawit, terutama
    pemprosesan hiliran termasuk biomass.

    ReplyDelete
  28. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata negeri itu mempunyai Palm Oil
    Industrial Cluster (POIC) Sabah Sdn Bhd dan Sawit Kinabalu yang dapat
    menarik usaha teroka nilai tambah baharu.

    ReplyDelete
  29. Di peringkat persekutuan, kita ada Lembaga Minyak Sawit Malaysia,
    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Agensi Inovasi
    Malaysia untuk membantu dalam merealisasikan potensi kita sepenuhnya
    dalam kelapa sawit," katanya.

    ReplyDelete
  30. Beliau berkata Agensi Inovasi di bawah Jabatan Perdana Menteri
    bertanggungjawab bagi kejayaan dalam memulakan pengeluaran biomass
    berskala besar di Sabah.

    ReplyDelete
  31. Musa berkata pemeteraian perjanjian kluster usaha sama antara Agensi
    Inovasi Malaysia dan lima syarikat sawit utama di Lahad Datu semalam
    boleh menjadi formula yang baik untuk mengangani cabaran mengakses
    biomass.

    ReplyDelete
  32. Beliau menyeru pemilik kilang dan ladang di seluruh negeri supaya
    mengambil bahagian dalam model berkenaan untuk memacu industri
    pemprosesan biomass.

    ReplyDelete
  33. menyeru pengilang sawit di Sabah
    supaya melangkah ke hadapan daripada hanya menjadi pengeluar minyak
    sawit mentah kepada pengeluar produk berasaskan biomass.

    ReplyDelete
  34. Beliau berkata pengilang boleh menjana lebih banyak keuntungan daripada
    industri hiliran sawit dengan teknologi yang sesuai dalam produk
    biomass.

    ReplyDelete