Sunday 2 June 2013

SEKAT NURUL DEMI KEHARMONIAN SABAH






KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.

Katanya Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

“Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Musa berkata bertentangan dengan apa yang disebar menerusi media sosial, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak bermotifkan politik.

“Ada pemimpin pembangkang lain yang datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya lalu. Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat. Kami tidak halang mereka,” katanya.

“Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya,” kata Musa.

“Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan,” katanya.

Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.

Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

“Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?

“Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga,” katanya.

13 comments:

  1. Polis telah menarik balik larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah, kata DCP Datuk Hamza Taib.

    ReplyDelete
  2. Memetik laporan Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sabah itu berkata tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo tersebut tetapi tidak memberikan sebab ia ditarik semula. Kenyataan Hamza hadir selepas laporan awal mendedahkan surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen yang menyenaraihitam beberapa pemimpin pembangkang daripada masuk ke negeri tersebut.

    ReplyDelete
  3. Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Seri Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.

    ReplyDelete
  4. “Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik.

    “Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang,” kata Hamza.

    ReplyDelete
  5. Laman Astro Awani juga melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.

    ReplyDelete
  6. Menjelaskan pada Sabtu, Musa dilaporkan berkata mereka yang memberikan ancaman dan merosakkan keharmonian Sabah tidak dialu-alukan untuk ke negeri itu.

    Beliau menambah, negeri itu tidak pernah menghalang pemimpin pembangkang sebelum pilihan raya tetapi percaya Nurul Izzah mempunyai niat lain kali ini.

    ReplyDelete
  7. Semasa nak hampir pilihanraya PRU13, Anwar menawarkan otonomi kepada Sabah. Sebelum itu, dia membuat Deklarasi Kuching yang kononnya menuntut 18/20 "points agreement" untuk Sarawak dan Sabah.

    ReplyDelete
  8. Itu dilakukan tanpa memahami 18/20 points itu adalah 18/20 permintaan Sarawak dan Sabah yang dibawa ke meja rundingan dalam mesyuarat antara Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah dalam proses sebelum penubuhan rasmi Malaysia. Hasilnya sebenar adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

    ReplyDelete
  9. Point-point agreement hanya political spin untuk naikkan kemarahan rakyat Sabah terhadap kerajaan persekutuan atau Semenanjung seolah-olah kita taktuk mereka.

    ReplyDelete
  10. Dato Dr Jeffrey Kitingan dan Dato Yong Teck Lee membidas tawaran Anwar. Mereka kata dia seolah-olah tak faham apa yang dia maksudkan sebagai otonomi. Patut difahami bahawa kedua-dua mereka ini berkempen atas platform otonomi. Mereka tahu 20 point agreement tak wujud.

    ReplyDelete
  11. Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.

    ReplyDelete
  12. Jika benar itu tindakannya sebagai tindakbalas terhadap keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermakna ianya pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  13. Amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.

    ReplyDelete