Friday 21 June 2013

SEMPORNA BANJIR YB, KERING AIR?






Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA : Selain  berdepan dengan masalah sampah sarap dan kerosakan jalan raya di tengah–tengah pekan, Semporna yang  sentiasa menjadi santapan dan bahan ejekan kepada para pelancong luar yang tidak dapat diselesaikan sejak  dari dulu sehingga sekarang, dan kini pula  lagi timbul masalah baru iaitu masalah air.

Semporna yang dibanjiri lima wakil rakyat sebaliknya semakin mengalami kekeringan air kerana tadbir urusan sistem bekalan air yang tidak cekap.

Masalah bekalan air  yang semakin kritikal telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan  penduduk bahkan juga kepada peniaga seperti restoran-restoran dan juga pengusaha-pengusahan hotel  setempat di sini.

Bercakap kepada Sabahkini.Net sejurus selepas  membuat tinjauan kebeberapa tempat, seorang aktivis masyarakat, Muhd Saifullah Hisham memperkatakan masalah air di daerah Semporna nampaknya semakin kritikal.

Walaupun perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Air Semporna tetapi daripada Juruteranya sehinggalah pegawainya langsung tidak mempedulikan masalah bekalan air yang tidak mencukupi; kalau adapun air yang menitik dari kepala  paip seperti air kencing kanak-kanak sahaja.

“Saya   sendiri  telah meninjau dan menemui beberapa pemilik hotel bersama-sama krew Sabahkini.Net. Mereka semuanya dalam kebimbangan kerana bekalan air sering terputus sehinga empat hari berturut-berturut bila mereka tanya ke pihak Jabatan Air apa jawab mereka? Itu bukan Jabatan punya masalah pandai-pandai kamu mencari air sendiri,” ujar Saufullah.

Saifullah menambah ekoran ketiadaan bekalan air yang kerap terputus hingga tiga-empat hari menyebabkan kemorosotan pendapatan para  peniaga di daerah Semporna.

"Sepatutnya mereka lebih proatif dan inovatif dalam menangani isu bekalan air yang semakin meruncing," ujar Saifullah lagi.


Dalam hal ini kata Saifullah, wakil-wakil rakyat yang ada di Semporna ini tidak berdiam diri dan sering berjumpa dengan Jurutera ataupun pegawai Jabatan Air setiap kali masalah air di Semporna berlaku dan sentiasa mencari jalan alternatif.

Dalam pada itu Sabahkini.Net telah sempat menemui seorang penduduk Rozilah Amir Kassim, 30, menyatakan Kampung Air yang diwujudkan pada tahun 1970-an yang merupakan perkampung tertua di Semporna dan mempunyai penduduk seramai 500 orang hidup dalam kesengsaraan  kerana tidak mendapat bekalan air yang mencukupi.

"Kami sudahpun memaklumkan kepada pihak yang berkenaan berhubung dengan masalah air yang kami hadapi, bukan setahun atau dua tahun; bahkan hampir 20 tahun, tetapi tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan dan tangis kami,” ujar Rozilah.
Kata Rozilah meter air memang ada, tidak dinafikan; tetapi tidak mengeluarkan walaupun setitik air dan pihaknya tetap membayar bil air setiap bulan kami rasa sejak BN/UMNO menjadi tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1994, Kampung Air lah satu-satunya kampung yang paling daif dalam menikmati kemudahan asas.

Kampung air tambah Rozilah mempunya seorang Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK tetapi suara mereka untuk membela nasib penduduk di kampung tersebut langsung tidak didengar oleh wakil-wakil rakyat yang berkaitan.

5 comments:

  1. Tindakan harus diambil untuk mengatasi masalah bekalan air.

    ReplyDelete
  2. WR harus mencari cara penyelesaian agar tidak mengancam kehidupan harian rakyat Semporna.

    ReplyDelete
  3. Jalan alternatif harus dicri dalam masa tersingkat.

    ReplyDelete
  4. Serahkan kepada pakar atau jurutera yang berpengalaman untukmengkaji masalah tersebut.

    ReplyDelete
  5. Bekalan air harus naik taraf. Kerajaan harus memberi peruntukan untuk menjalankan projek tersebut.

    ReplyDelete