Thursday 6 June 2013

SEMUA AGENSI KERAJAAN SABAH UNTUNG








KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pengurusan cekap oleh syarikat dan agensi di bawah kerajaan negeri dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada negeri ini yang akan turut dinikmati rakyat.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata ini terbukti apabila agensi dan syarikat terbabit mendapat keuntungan baik selain menerima dividen yang tinggi.

“Alhamdulillah, di Sabah terbukti agensi kerajaan negeri hampir semua boleh mendapat keuntungan baik di mana mereka yang berhutang, membayar hutang kepada kerajaan dan tidak membayar (memberi pulangan) dalam bentuk dividen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun negeri di sini, kelmarin.

Beliau berkata bagi yang membayar dalam bentuk dividen, beratus juta dividen yang diterima kerajaan negeri daripada agensi-agensi ini dapat digunakan untuk rakyat.

Musa berkata negeri yang ditadbir dengan baik dapat memanfaatkan rakyat untuk menikmati hidup yang sejahtera hasil pelbagai program oleh badan-badan berkanun mahupun agensi kerajaan yang lain.

Selain itu, beliau berkata keuntungan yang diperoleh itu ditambah dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menolong golongan rakyat yang memerlukan bantuan terutama ibu tunggal, warga emas dan penambahbaikan sekolah dan asrama desa.

“...ini semua untuk kebaikan kepada seluruh rakyat di negeri ini apabila kita mempunyai pengurusan atau tadbir urus kewangan yang baik boleh membantu kerajaan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Musa meminta pihak pengurusan atasan supaya menunjukkan prestasi yang tinggi untuk berhadapan sebarang cabaran situasi ekonomi semasa bagi melaksanakan pengurusan yang efisien dan akauntabiliti.

Beliau berkata sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah sesebuah agensi dan badan berkanun, mereka perlu memainkan peranan penting bagi memegang amanah serta tangungjawab dengan penuh komitmen tinggi untuk menerajui syarikat yang berjaya.

Dalam pada itu, beliau berharap kursus tahunan anjuran Kementerian Kewangan negeri yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dapat meningkatkan amalan tadbir urus yang baik termasuk dari segi perundangan dan peraturan semasa.

“Di samping itu, mewujudkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan dalam kapasiti sebagai ahli lembaga pengarah badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC,” katanya

Justeru, Musa menyeru semua anggota lembaga supaya memastikan badan berkanun atau GLC sentiasa berada pada kedudukan yang kukuh serta sentiasa mendapat keuntungan dan berkemampuan untuk membayar hutang atau dividen kepada kerajaan.

80 comments:

  1. A special high level committee has been set up for Sabah, to help monitor and coordinate the implementation of Barisan Nasional’s (BN) 13th General Election ‘Aku Janji’ projects in the State.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah untuk memantau dan mengelakkan penyelewengan.

      Delete
  2. The 25-member committee, headed by Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Joseph Kurup, held its first meeting in Kota Kinabalu yesterday to get an overview of all Sabah’s ‘Aku Janji’ projects to be implemented in the next five years.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga projek pembangunan khas membawa ekonomi ke arah yang lebih berkembang akan dilaksanakan.

      Delete
  3. “This (committee) is another effort, in line with the BN government’s commitment, to bring meaningful development and changes to Sabah and its people. We are already starting to work as we don’t want to waste time,” he told.

    ReplyDelete
  4. Kurup said the committee consisted of senior officers from key federal and state agencies, with the Sabah State Development Office and Implementation and Coordination Unit (ICU) of the Prime Minister’s Department serving as its point of reference.

    ReplyDelete
  5. He said the committee would focus on projects to improve public infrastructure in Sabah, including the Pan Borneo road project promised by BN in its election campaign.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem infra yang wajar akan memanfaat glongan awam dan sektor industri.

      Delete
  6. “Public infrastructure will be the main focus, because this is what Sabah needs the most. We will also focus on improvement in health services, economic development for the people and improving the quality of living in the State,” added Kurup.


    ReplyDelete
  7. During the meeting, he said the committee listened to a detailed briefing on the major federal-funded development projects planned for Sabah under the current Tenth Malaysia Plan.

    The members were also briefed on development projects promised under the State BN Manifesto by the State Economic Planning Unit (EPU).

    ReplyDelete
  8. The State BN Manifesto is under the State Government but we want to be in the know and in constant communication so that we can coordinate a more effective and speedy implementation of projects under the federal and state governments.

    “Basically, what we discussed today was how to come up with a mechanism to effectively do our job in monitoring and coordinating all the projects. We also talked about the problems that we may need to deal with,” added Kurup.


    ReplyDelete
    Replies
    1. To ensure all project running smooth and achieve sucsess.

      Delete
  9. Asked if the committee had identified any benchmark as to how many from the Aku Janji projects should be completed for certain period of time to be considered a success, he said discussions were still ongoing but the objective was to implement as many projects as possible before the next General Elections.


    ReplyDelete
  10. He stressed that the committee was set up specifically for Sabah as the Government was fully committed to bringing about development to the people.


    ReplyDelete
  11. The BN had promised 14 ‘Aku Janji’, including among others, addressing the high cost of living issue, enhancing education and health systems, boosting public security and safety, and strengthening the public sector.To fulfil these promises, the government had pledged to set up a secretariat to coordinate, monitor and provide a periodical report on the progress of all related projects.

    ReplyDelete
  12. This will be complemented by a special lab that will continuously evaluate the effectiveness and impact of each of the projects.

    Kurup said a proper guideline and terms of reference had also been developed to ensure a more focused and easy to assess the implementation of ‘Aku Janji’ projects.

    ReplyDelete
  13. Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata beliau puas hati dengan perlaksanaan dan tahap perkembangan ESSCOM sejak ianya diwujudkan lebih kurang dua bulan yang lalu.

    ReplyDelete
  14. “Justeru, kita berharap dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kerajaan ianya akan dapat membesarkan lagi peranan dan juga kerja-kerja yang boleh dilakukan demi untuk memastikan ESSCOM ini benar-benar dapat memberikan fungsi dan juga melaksanakan tugas

    ReplyDelete
  15. Masa depan sektor pendidikan tinggi berkembang sangat pesat, semakin kompleks dan mencabar baik dalam negara atau di luar negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar-pendaftar IPTA Datuk Wan Azman Wan Omar.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 29 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berstatus universiti di negara ini, selain lima buah universiti luar negara yang ada kampus di negara ini serta 21 kolej universiti.

    ReplyDelete
  17. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan itu.

    ReplyDelete
  18. Beliau memberikan contoh projek pembinaan Kompleks Penyayang Taman Cahaya, pusat latihan untuk orang buta dengan kos RM6 juta di pekan Muhibbah di sini.

    ReplyDelete
  19. Pembinaan kompleks ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik, katanya semasa berucap merasmikan kompleks itu dan majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13, di sini kelmarin.

    Kompleks itu mula dibangunkan pada 2008 dan siap pada 2010.

    ReplyDelete
  20. Dalam pada itu, Musa berkata walaupun banyak pembaharuan dan pembangunan yang telah dibawa ke pekan Muhibbah, namun masih perlu beberapa penambahbaikan dan pembangunan lagi bagi memastikan penduduk di sini mendapat kemudahan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  21. Katanya kemudahan yang sedang dalam pembinaan dan bakal diwujudkan di pekan itu termasuk rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat, bangunan Polis Diraja Malaysia, terminal bas, gerai mini Majlis Perbandaran Sandakan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran.

    ReplyDelete
  22. “Saya amat menghargai rakyat dan saya percaya rakyat juga khususnya rakyat Libaran amat meyakini kepimpinan BN serta membalas budi baik kerajaan apabila rakyat baru-baru ini memberi kemenangan besar kepada BN,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Sementara itu, Penyelia Pusat Latihan Orang-orang Buta Taman Cahaya, Ibrahim Abdul Hamid berkata tujuan utama pewujudan taman tersebut adalah bagi melatih orang cacat penglihatan agar mampu berdikari.

    ReplyDelete
  24. Menerusi latihan seperti mengurut dan kraf tangan di kompleks itu, ada antara peserta telah berjaya membuka perniagaan sendiri, katanya.

    ReplyDelete
  25. pengurusan cekap oleh syarikat dan agensi di bawah kerajaan negeri dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada negeri ini yang akan turut dinikmati rakyat.

    ReplyDelete
  26. Perbadanan Pinjaman Sabah adalah satu institut kewangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah di Malaysia dan beroperasi di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  27. untuk membantu dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Sabah. Sebagai sebuah institusi kewangan, Perbadanan membantu usaha Kerajaan Negeri Sabah dengan menyediakan atau memudahkan pinjaman kewangan untuk mempromosi dan menggalakkan pelaburan persendirian yang melibatkan pertanian, industri ringan, pembagunan perumahan luar dan dalam bandar, rumah kedai dan kemudahan-kemudahan awam.

    ReplyDelete
  28. Agensi kerajaan memang mempunyai peranan yang banyak dan penting terutama dalam memastikan pembangunan negara berjalan mengikut jadual.

    ReplyDelete
  29. Peranan terpenting agensi kerajaan adalah untuk memastikan semua program kerajaan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  30. Agensi kerajaan merupakan pelaku yang paling hampir dengan rakyat

    ReplyDelete
  31. Pemimpin negara akan mengagih-agihkan peranan tertentu kepada agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk program kepada rakyat

    ReplyDelete
  32. Pegawai-pegawai agensi kerajaan akan merangka pelbagai program berdasarkan harapan pemimpin negara. Jadi, tanpa agensi kerajaan perancangan yang dilakukan oleh para pmimpin negara akan gagal.

    ReplyDelete
  33. agensi kerajaan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini

    ReplyDelete
  34. Semua program yang diatur oleh agensi kerajaan berhasrat untuk memastikan taraf hidup rakyat berubah dengan lebih baik

    ReplyDelete
  35. Agensi kerajaan bertindak sebagai pemangkin dalam memajukan rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  36. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat
    dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan
    berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  37. Beliau berkata ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara
    kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  38. Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif
    kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
    jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor
    sokongan kuat rakyat kepada BN

    ReplyDelete
  39. Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah
    manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat 'Negeri Di Bawah Bayu' ini
    dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka

    ReplyDelete
  40. sokongan rakyat negeri ini terhadap Najib dan BN terserlah berdasarkan
    sambutan meriah rakyat terhadap lawatan pemimpin BN sama ada negeri
    atau pusat termasuk perdana menteri pada program pemimpin bersama
    rakyat.

    ReplyDelete
  41. Najib merupakan seorang perancang yang baik serta pemimpin yang
    penyayang dan dengan itu hubungan baik kerajaan negeri dan pusat yang
    sekian lama terjalin perlu dikekalkan demi kebaikan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  42. Ketua Menteri berkata sumbangan masyarakat Tionghoa dalam pembangunan
    ekonomi Sabah dan Malaysia amnya tidak dapat dinafikan dan berharap
    masyarakat itu terus menyokong kerajaan BN yang sentiasa peka dalam
    menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan.

    ReplyDelete
  43. Musa yakin melalui kerjasama erat dan saling membantu antara kerajaan
    dan masyarakat Tionghoa, akan membawa lebih banyak kemajuan

    ReplyDelete
  44. Katanya sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan
    kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil
    telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya
    antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun.

    ReplyDelete
  45. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan harmoni antara Sabah dan
    kerajaan persekutuan selama ini telah membawa limpahan pembangunan
    ketara dan rahmat kepada negeri itu dan seluruh rakyatnya.

    ReplyDelete
  46. Sabah kini pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan
    dilaksanakan di negeri itu termasuk pembinaan Pusat Konvensyen
    Antarabangsa Sabah (SICC), projek Kluster Perindustterian Kelapa Sawit
    (POIC), projek akuakultur di Semporna dan projek baja urea di Sipitang.

    ReplyDelete
  47. Projek besar lain kata Najib ialah projek Pusat Ternakan Bersepadu
    Keningau di Sook bernilai RM763 juta yang akan menjadikan Keningau
    sebagai pusat pengeluar terbesar di Malaysia.

    ReplyDelete
  48. Gagasan 1Malaysia berupaya membawa keharmonian bukan sahaja antara
    kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan tetapi juga antara semua
    rakyat berbilang kaum dan kepercayaan kerana 1Malaysia bukan sekadar
    toleransi tetapi lebih tinggi daripada itu ialah penerimaan perbezaan
    yang ada.

    ReplyDelete
  49. kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha memastikan limpahan rezeki
    yang diperolehi semua rakyat Malaysia hari ini akan terus melimpah untuk
    dinikmati rakyat dan keadaan itu akan dapat dikecapi jika rakyat dan
    kerajaan berada dalam ikatan yang harmonis.

    ReplyDelete
  50. ESSCOM, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad
    Datu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7
    Mac lepas, boleh merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat
    seiring dengan Koridor Pembangunan Sabah yang dilancarkan pada 2008.

    ReplyDelete
  51. Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi berkata beliau menjangkakan
    pembentukan ESSCOM memberi impak amat besar dari segi ekonomi kerana ia
    boleh merancakkan sektor pelancongan, pendidikan dan sosiobudaya.

    ReplyDelete
  52. Sekurang-kurangnya ia boleh mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan untuk pelbagai sektor itu, katanya.

    ReplyDelete
  53. Apabila ESSCOM dilaksanakan, pertamanya sektor hartanah akan melonjak
    pada paras agak tinggi sehingga mungkin RM500,000 untuk sebuah rumah
    teres dua tingkat yang pada masa ini bernilai RM250,000 hingga RM350,000
    sebuah.

    ReplyDelete
  54. Keduanya, kilang-kilang akan diwujudkan lagi bagi menampung permintaan
    minyak sawit selain daripada Felda, dan ini sekaligus mewujudkan lebih
    banyak peluang pekerjaan,” katanya

    ReplyDelete
  55. Najib mengumumkan pembentukan ESSCOM ketika meninjau operasi pasukan
    keselamatan membanteras kumpulan pengganas dari selatan Filipina di
    Felda Sahabat 16, berdekatan Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer
    dari bandar Lahad Datu.

    ReplyDelete
  56. Lahad Datu, yang dijadikan pusat pemerintahan ESSCOM terletak di
    tengah-tengah dua daerah utama pantai timur Sabah iaitu Tawau dan Sandakan,yang mempunyai kira-kira 195,000 penduduk dengan 25,162 daripadanya pengundi berdaftar. Kawasan parlimen Silam keseluruhannya memiliki 308,000 penduduk dan 52,054 daripadanya ialah pengundi.

    ReplyDelete
  57. alleh berkata kawasan parlimen Silam yang mempunyai tiga dewan undangan
    negeri iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku dan berlatarbelakangkan
    kegiatan ekonomi berasaskan perladangan kelapa dan kelapa sawit boleh
    berubah wajah jika pembukaan kawasan petempatan baharu lebih tersusun,
    dilaksanakan di bawah ESSCOM.

    ReplyDelete
  58. Akses perhubungan jalan raya akan menjadi lebih baik dari sekarang,
    malah di Silabukan, sebuah lapangan terbang baharu akan dibina. Apabila
    ada lapangan terbang baharu, sudah tentu kawasan di sekitarnya akan
    mengalami perubahan

    ReplyDelete
  59. Beliau yakin perubahan berkenaan akan menarik minat pelabur asing
    melabur di Lahad Datu, menjadikannya bandar kedua selepas Kota Kinabalu pada aspek pembangunan dan hab ekonomi di Sabah

    ReplyDelete
  60. kewujudan ESSCOM sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah
    akan menjamin aktiviti perikanan yang lebih selamat dan ini akan
    meningkatkan kegiatan ternakan udang harimau, udang kertas, ketam bakau
    dan rumpai laut.

    ReplyDelete
  61. Berkeluasan kira-kira 6,635 kilometer persegi, Lahad Datu pada masa ini
    mempunyai sebuah lapangan terbang yang terletak di tengah-tengah bandar
    dan menerima kira-kira purata 20,000 pelancong sebulan.

    ReplyDelete
  62. Salleh berkata Lembah Danum dan Taman Hidupan Liar Tabin ialah antara
    tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati
    keindahan alam semula jadi.

    ReplyDelete
  63. Pada masa ini aliran pergi-balik penerbangan ke Lahad Datu yang
    memakan masa kira-kira sejam dari Kota Kinabalu ialah lima kali sehari.

    “Selepas adanya ESSCOM ini, saya yakin jumlah kehadiran pelancong ke
    sini akan bertambah kerana mereka akan berasa lebih selamat

    ReplyDelete
  64. Anggota parlimen Silam itu turut setuju agar mana-mana kampung air di kawasan berkenaan yang tidak diwartakan sebagai kampung warisan dirobohkan meskipun ia memberi impak kepada sektor pelancongan.

    ReplyDelete
  65. Sebelum ini, kampung air ialah daya tarikan kepada pelancong, namun ia berkemungkinan terdedah dengan ancaman kumpulan penceroboh luar. Maka yang tidak digazetkan patut diroboh untuk kebaikan semua. Bagi kampung air yang digazetkan, biarlah ia kekal sebagai kampung warisan dan diuruskan dengan lebih sistematik dan tersusun agar bebas daripada ancaman bahaya

    ReplyDelete
  66. Beliau mencadangkan kerajaan negeri membina sebuah petempatan baharu yang lebih selesa dan kondusif selain tidak jauh dari laut memandangkan hampir kesemua penduduk di kampung itu bekerja sebagai nelayan.

    ReplyDelete
  67. Lahad Datu, yang terletak di tepi laut dan bakal menempatkan kem dan aset tentera dan polis, akan dicadangkan supaya dinaik taraf menjadi bandar raya dan dinamakan sebagai ‘Bandar Raya Maritim’, jika ia memenuhi syarat kelak, serta mempunyai sebuah universiti awam

    ReplyDelete
  68. Langkah menubuhkan ESSCOM, kata Salleh, memberi keyakinan kepada rakyat
    Sabah bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan
    dan kedaulatan negeri di Bawah Bayu ini.

    ReplyDelete
  69. pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah – Kudat,
    Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak,
    Semporna dan Tawau – sebagai memberi asas perundangan kepada ESSCOM.

    ReplyDelete
  70. ESSZONE akan ditadbir oleh Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur yang
    ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam
    2013 dan dipengerusikan ketua menteri Sabah dan dibantu seorang ketua
    pegawai eksekutif.

    ReplyDelete
  71. Kerajaan bersedia untuk memperuntukkan lebih banyak dana untuk infrastruktur, terutama di Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2014.

    ReplyDelete
  72. Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak, akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan apabila merangka bajet tahun depan.

    ReplyDelete
  73. "Kerajaan telah disasarkan mengurangkan defisit belanjawan. Jika ia dalam bajet kita, kita akan bekerja di luar peruntukan yang lebih besar untuk jalan luar bandar pembangunan" kata Ahmad Husni Hanadzlah

    ReplyDelete
  74. selain itu, pencapaian Sabah di bawah pimpinan Musa sangat dipuji oleh Najib

    ReplyDelete
  75. Najib gembira dengan banyak pencapaian di Sabah yang telah menyebabkan pengurangan kadar kemiskinan daripada 19.7% pada tahun 1999 kepada 8.1% pada tahun lepas.

    ReplyDelete