Tuesday 18 June 2013

TARIK BALIK KAD PENGENALAN PENDATANG






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

PANEL Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau.

Ahli Parlimen Tuaran yang juga saksi ke 117 dipanggil untuk RCI berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

"Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero', katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran.

"Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan.

"Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan," tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI. (TMI)

37 comments:

  1. Cadangan tiga parti Kadazandusun Murut agar kad pengenalan (KP) diambil kembali dan dikeluarkan semula hanya kepada rakyat Malaysia tulen di Sabah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, kata presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

    ReplyDelete
  2. Bagaimanapun, beliau mengaku pelaksanaan cadangan itu akan melibatkan banyak kesulitan, termasuk daripada segi keperluan mengkaji pelbagai undang-undang berkaitan.

    ReplyDelete
  3. “Prosesnya memang rumit. Tapi, sekiraya kita sama-sama mencari jalan mengenainya, ia boleh dilakukan. Kami rasa cadangan ini boleh membantu menangani status kewarganegaraan kita (rakyat Sabah) di negara ini, terutama bagi mereka yang layak mendapatnya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program “Selangkah Ke Menara Gading” anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

    ReplyDelete
  4. Dompok berkata, sebelum ini banyak perubahan telah dilakukan mengenai Kad Pengenalan dan jika satu lagi perubahan dilakukan, ia perlulah memastikan sama ada seseorang pemegang Kad Pengenalan atau MyKad itu merupakan warganegara yang sah.

    ReplyDelete
  5. Pada 24 Mac, Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, pertama kali menyuarakan cadangan tersebut dan kemudiannya mendapat sokongan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga presiden Parti Bersatu Sabah, dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup, yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

    ReplyDelete
  6. Mereka sependapat bahawa cadangan itu perlu dikemukakan untuk perhatian Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah. “Saya juga ingin mengemukakannya (cadangan) kepada kerajaan persekutuan sekiranya ia tidak mendapat perhatian RCI. Kemudian, kami akan bergerak dari situ,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Dompok berkata beliau yakin majoriti rakyat Sabah mahu masalah berkaitan kewarganegaraan di negeri ini diselesaikan dan cadangan itu boleh menjadi penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  8. Pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing di Sabah yang didakwa berlaku pada 1990-an dipercayai dibuat secara terancang oleh sindiket yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

    ReplyDelete
  9. Perkara itu didedahkan Pegawai Turus Bahagian Perlindungan Keselamatan, Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ahmad Fauzan Muhammad kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah.Beliau pernah ditugaskan menyiasat dan membuat penilaian mengenai kes itu ketika bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman dari 1995 hingga 2001.

    ReplyDelete
  10. Ahmad Fauzan mendakwa individu terbabit dengan sindiket itu menerima bayaran antara RM50 dan RM1,400 bagi satu kad pengenalan dengan keuntungan keseluruhan sindiket lebih RM11 juta.

    ReplyDelete
  11. “Menerusi siasatan dan penilaian, saya dapati kegiatan itu dibuat secara teratur dan bersindiket. Dalangnya terdiri daripada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan orang persendirian.

    ReplyDelete
  12. “Siasatan dan penilaian bukan bermotif politik tetapi lebih kepada aspek pengeluaran kad pengenalan kerana membabitkan keselamatan negara,” katanya.
    Beliau adalah saksi ke-56 memberi keterangan di hadapan Pengerusi RCI, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan empat ahli suruhanjaya di Mahkamah Persekutuan Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  13. Sementara itu, saksi ke-57, iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat JPN Putrajaya, Laila Abdul Majid berkata, seramai 66,682 warga asing diberi taraf warga negara di Sabah sehingga Oktober tahun lalu.

    ReplyDelete
  14. Daripada jumlah itu katanya, seramai 65,961 mendapat kad pengenalan biru, manakala selebihnya dikenal pasti belum layak, termasuk belum mencapai umur 12 tahun.

    ReplyDelete
  15. Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau.

    ReplyDelete
  16. Isu pemberian kad pengenalan semakin hangat diperkatakan biarpun belum selesai siasatan menyeluruh dibuat oleh Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut. Apa pun isu itu diperbesarkan sebagai satu usaha untuk terus menjadikan BN/UMNO bahan supaya ditolak oleh pengundi Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Selepas keputusan itu maka tindakan perlu diambil ke atas sesiapa yang sebenarnya menjual kedaulatan negara ini dengan memberi kewarganegaraan tanpa justifikasi yang benar

    ReplyDelete
  18. Malah kalaulah pada waktu itu puluhan ribu kad pengenalan dikeluarkan kerana tujuan politik - kita perlu lihat isu yang sama tetapi tidak serupa

    ReplyDelete
  19. Kita sentiasa mencari sebab untuk menyaman orang kita terlebih dahulu tanpa mengenakan tindakan drastik terhadap mereka yang bergelar perompak perniagaan pendatang asing yang bermaharajalela mengaut pasaran yang ada.

    ReplyDelete
  20. Pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah tidak menjanjikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) seperti yang berlaku ketika parti itu kalah kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam pilihan raya 1985.

    ReplyDelete
  21. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kekalahan BN itu jelas membuktikan pemberian kad pengenalan kepada individu yang layak tidak menjanjikan undi kepada BN.

    ReplyDelete
  22. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah semalam diberitahu, pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di negeri ini tidak mendapat arahan mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  23. pengeluaran dokumen pengenalan diri itu didalangi sindiket yang turut membabitkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  24. Perkara itu diberitahu saksi ke-33 dan ke-34 prosiding RCI Pendatang Asing di Sabah iaitu bekas pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Zakaria dan Deputi Superintendan Badaruddin Ismail yang menjalankan soal siasat terhadap beberapa kakitangan JPN pada 1996.

    ReplyDelete
  25. Ibrahim yang kini Ketua Cawangan Khas Polis Sarawak, berkata beliau ditugaskan mengambil keterangan bekas Pengarah JPN Sabah, Datuk Abd Rauf Sani serta dua lagi individu yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam operasi membanteras pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di negeri ini.

    ReplyDelete
  26. Beliau menjawab soalan pegawai pengendali, Manoj Kurup pada prosiding RCI Pendatang Asing di Sabah di Kompleks Mahkamah di sini.

    ReplyDelete
  27. Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan
    kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket
    pemalsuan IC di Sabah

    ReplyDelete
  28. memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa
    izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar
    harga tinggi untuknya.

    ReplyDelete
  29. Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka
    di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC,"

    ReplyDelete
  30. pendatang tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini. saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin
    keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran
    tidak sah.

    ReplyDelete
  31. industri-industri di Sabah, khususnya dalam
    sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan
    pekerja asing.

    ReplyDelete
  32. atas hakikat bahawa penduduk
    tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung
    kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka.

    ReplyDelete
  33. Willingness of illegal immigrants to pay any amount to get an IC Malaysia has led to the existence of counterfeit syndicate IC in Sabah, was told that RCI is investigating the illegal immigrant issue in Sabah...

    ReplyDelete
  34. Senior Lecturer of Social Science of Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Dayang Suria Mulia said to obtain IC is the PTI strategies for survival in Sabah and they are willing to pay high prices for it.

    ReplyDelete
  35. kata Dg Suria lagi, "Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC.."

    ReplyDelete
  36. besides that, illegal immigrants have relatives in Sabah which make it easier for them to come to Sabah..

    ReplyDelete
  37. thus, it was next to impossible to stop illegal immigrants from entering Sabah.

    ReplyDelete