Thursday 20 June 2013

TARIK IC BIRU, BERI IC MERAH KEPADA PATI






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

DATUK Seri Wilfred Mojilip Bumburing mencadangkan agar mana-mana kad pengenalan (IC) biru meragukan yang dikeluarkan kepada pendatang asing perlu ditarik semula, dan diberikan kad pengenalan merah sementara sehingga penyiasatan berhubung perkara itu selesai, katanya kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya penyiasatan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing (RCI) kelmarin.

Bekas ahli Parlimen Tuaran yang mesra Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, hanya mereka yang dipercayai benar-benar sebagai warganegara sahaja akan diberikan kad pengenalan biru selepas selesai penyiasatan bagi membolehkan gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dapat diselesaikan.

"Ia perlu diselesaikan seperti mana pemberian kad pengenalan mula-mula berlaku," katanya kepada panel inkuiri yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

"Kerajaan perlu bersedia mengeluarkan duit untuk tujuan itu," katanya yang bertanding menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya 2013, pada 5 Mei lalu, namun tewas kepada Datuk Wilfred Madius Tangau, dari BN-UPKO.

Bumburing turut mendakwa, dengan penambahan jumlah populasi Sabah yang mengejut, ia mengubah landkap demografi negeri Borneo tersebut, malah turut memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

Beliau turut mengambil contoh kawasan Parlimen Likas, yang menurutnya pada suatu ketika merupakan kawasan majoriti Cina kini komuniti itu bukan lagi komuniti majoriti.

"Semua orang sedar pendatang asing memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya," dakwanya.

"Lihat Batu Sapi, jelas warga asing melebihi pengundi tempatan," katanya lagi.

Beliau turut menyatakan daripada 48 kerusi Parlimen di Sabah, kawasan majoriti bukan Muslim hanya tinggal 18 daripada 20 kerusi sebelumnya, manakala kawasan majoriti Muslim meningkat kepada 24 berbanding 20, dan bakinya kawasan majoriti Cina dengan lapan kawasan.

"Kerajaan tahu mereka yang diberikan kad pengenalan secara tidak sah, jika suruhanjaya melaksanakan perkara ini, sebahagian besarnya akan selesai.

"Saya merasakan mereka (warga asing) perlu diberi keizinan tinggal sementara sehingga penyiasatan selesai, bukannya persoalan menghalau mereka keluar (Sabah) ... Mereka ada keluarga, jadi perlu diberikan alternatif, kerajaan tahu siapa mereka, dan ia boleh dilakukan," katanya lagi.

Cadangan beliau dilihat selari dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau semalam yang berkata kepada panel RCI, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

"Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero', katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran.

"Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan.

"Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan," tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI.

Beliau turut berkata, 10 peratus pendatang asing yang menerima kad pengenalan tersebut tanpa perlu memohonnya.

"Manakala 90 peratus daripada mereka membeli kad pengenalan tersebut," katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada Jumaat ini kepada RCI.

RCI sebelum ini pada Mei diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih banyak berbanding Sarawak, dengan sekitar 66,000 pendatang haram di negeri Borneo tersebut telah diberi kad pengenalan  biru sejak 1963.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat sebelum ini memberi keterangan  seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

Dianggarkan sekitar 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah adalah warga asing, menjadikannya berjumlah seramai 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut  telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

RCI akan disambung hari ini pada jam 9.30 pagi nanti. (TMI)

38 comments:

  1. Seorang saksi memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa 446,173 pelarian dan pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

    Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, pelarian dan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen pula akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi proses pengusiran ke negara masing-masing antaranya Filipina.

    Semasa diminta menjelaskan bagaimana beliau mendapat jumlah itu oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mempengerusikan suruhanjaya itu, Suhaimi berkata, pihaknya mempunyai rekod itu.

    ReplyDelete
  2. Saksi kelima itu yang mula berkhidmat di Pasukan Petugas Khas itu pada 15 Januari tahun lepas memberitahu suruhanjaya bahawa pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 4 April 1989 itu juga berfungsi untuk mengurus, menangani semua masalah pendatang asing di negeri Sabah.

    Semasa ditanya pegawai pengendali, Manoj Kurup, Suhaimi juga berkata, pasukan itu ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi membantu Unit Penempatan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk menguruskan pendatang asing ke negeri itu yang semakin bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sedang berusaha mencari cara untuk selesaikan masalah.

      Delete
  3. Suhaimi juga berkata, hasil bancian pada 2007 di 32 unit penempatan pelarian terdapat 59,000 pelarian Filipina manakala sehingga 2010 pula mencatatkan 38,000 pelarian Filipina hasil bancian di 16 buah unit penempatan.

    Saksi keempat, Mokhtar Yassin Ajam yang bertugas sebagai setiausaha dalam negeri bahagian hal ehwal dan penyelidikan di JKM memberitahu suruhanjaya bahawa semakan yang dibuat antara 2007 hingga 2010 menunjukkan 33,019 pelarian Filipina berada di negeri ini dan daripada jumlah itu 15,000 adalah kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. Beliau yang bertugas di JKM sejak Oktober 2005 itu berkata, kanak-kanak itu merupakan generasi ketiga dan keempat pelarian Filipina yang datang ke negeri ini pada awal 1970.


    Mokhtar berkata, kesemua pelarian itu adalah mereka yang tercicir semasa proses pendaftaran pas pengenalan sementara IMM-13 yang dilaksanakan pada 1976 hingga 1984.

    ReplyDelete

  5. Beliau berkata, disebabkan ibu bapa tiada pengenalan diri, anak-anak mereka tidak boleh mendapat akses kepada sistem pendidikan kerajaan kerana tidak mempunyai sijil kelahiran.
    Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan persekutuan bersama organisasi bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan sekolah-sekolah khas bagi kanak-kanak itu mendapatkan asas pendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, harus juga mendapat pendidikan yang wajar.

      Delete
  6. Sementara itu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd. Salleh menafikan wujudnya apa yang dipanggil "Projek IC" semasa beliau menjadi ketua menteri dari tahun 1976 hingga 1985.
    ''Saya tidak pernah dengar mengenai "Projek IC". Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada perkara seumpama "Projek IC",'' kata Harris sambil menambah jika agensi persekutuan mengeluarkan kad pengenalan, ia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan ia perlu menangani permohonan dalam jumlah yang besar.

    ReplyDelete
  7. Bagaimanapun, Harris berkata, walaupun kad pengenalan dikeluarkan dengan pantas, ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

    Semasa ditanya Manoj supaya membacakan laporannya yang dikemukakan kepada RCI, Harris berkata, antara dasar yang diterima pakai kerajaan Persekutuan adalah memberikan taraf kewarganegaraan kepada pelarian selaras dengan piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu.

    ReplyDelete
  8. ''Perkara ini diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada awal 1970-an. Tunku mengumumkan bahawa pelarian orang Islam boleh tinggal di Malaysia dan bukan Islam (kebanyakannya orang Vietnam) dalam mana-mana kes memilih sama ada untuk pergi ke Australia, Eropah atau Amerika," katanya sambil menambah bahawa dasar itu masih berkuat kuasa pada masa ini.

    ReplyDelete
  9. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Dalam menghadapi PRU13 yang kian mendekat, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
  10. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing. Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir!

    ReplyDelete
  11. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Walaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.

    ReplyDelete
  12. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti mengkhianat negara harus dikenakan hukuman kuat.

      Delete
  13. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Dan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah.

    ReplyDelete
  14. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  15. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005. Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut? Sudah tentulah tidak!

    ReplyDelete
  16. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah.

    ReplyDelete
  17. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan.

    ReplyDelete
  18. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah. Faktor tersebut bukanlah merupakan satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim MENANG BESAR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan undi terbesar kemenangannya datang dari Sabah.

    ReplyDelete
  19. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Ramai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding.

    ReplyDelete
  20. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Pencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba.

    ReplyDelete
  21. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    ReplyDelete
  22. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Pendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang. Anwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI.

    ReplyDelete
  23. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Justeru tidaklah menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya. Dan bukan dengan mulutnya sahaja, dia turut menggunakan Azmin Ali bagi tujuan tersebut.

    ReplyDelete
  24. KENAPA AGAKNYA INSAN YANG HARI INI MEROYAN KEHULU-KEHILIR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI SENYAP MEMBISU MENGENAI RCI SABAH??

    Maka, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali melalak kuat demi melindungi kekasihnya itu. Sedangkan siasatan RCI semakin lama, semakin mengarah kepada Anwar Ibrahim. Berbanding Mahathir, Anwar langsung tidak berani tampil untuk memberikan keterangan sebaliknya cuba menjadikan dirinya halimunan dan seolah-olah dia langsung tidak terlibat dalam isu berkenaan.

    ReplyDelete
  25. THE Sabah Government is taking a careful approach to define what ‘native’ title is.

    Describing it as a sensitive issue, Local Government and Housing Minister Datuk Hajiji Mohd Noor said wrong interpretation would only lead to implications in the future.

    ReplyDelete
  26. “As for Sabah, if one of the parents is a native and the other is a non-native, the native status still applies. But the problem arises when their children is married to a non-native, the percentage of native on their offspring will be reduced to 25 per cent. So how do we define the status?

    ReplyDelete
  27. “This is why we must be very careful when defining the term native. We want to avoid implications for the future generation, especially on the division of properties. We do not want their children, grandchildren, great grandchildren and their children to get angry for mistakenly according them a status.

    ReplyDelete
  28. We will deal with the matter on a case-by-case basis, and I would like to give the State Government’s assurance that the natives’ interest in Sabah will be protected,” said Hajiji.

    On another development, Hajiji told the House that the State Government’s decision on Kota Kinabalu member of parliament Jimmy Wong’s native certificate remains – he is not qualified.

    ReplyDelete
  29. “The decision has been forwarded to the Kota Kinabalu Native Court for declaration under Section 3(3), Interpretation (Definition of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64),” he said.

    ReplyDelete
  30. menurut sumber, Tan Sri Bernard Giluk Dompok telah mencadangkan agar pelarian perang dari Filipina yang menduduki Sabah dihantar ke seluruh negeri di Malaysia, atau dihantar pulang ke negara asal mereka bagi membendung masalah pemberian kewarganegaraan kerana negara berkenaan kini tidak lagi berada dalam keadaan berbahaya dan perang juga menurutnya telah tamat.

    ReplyDelete
  31. Presiden UPKO itu berkata demikian dalam respon balas ketika ditanya antara cadangan yang boleh diberikan beliau kepada RCI berhubung dengan pendatang asing di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu...

    ReplyDelete
  32. menurut beliau jika mereka ini tidak hantar ke seluruh negeri ke Malaysia ... Adakah rakyat Malaysia mahu berkongsi kekayaan negara dengan pendatang ini..

    ReplyDelete
  33. tambah Dompok lagi, kad IMM13 patut dibatalkan kerana tiada sebab lagi mereka (pelarian Filipina) berada di sini kerana perang telah tamat

    ReplyDelete
  34. manakala YTL pula mencadangkan bahawa pengeluaran IC Sabah patut dilaksanakan selepas beliau hilang harapan terhadap kerajaan persekutuan dalam isu PATI di Sabah yang semakin membimbangkan

    ReplyDelete
  35. Kaedah tarik balik ic mungkin cara yang baik juga.

    ReplyDelete