Sunday 16 June 2013

TIADA DEMOKRASI TANPA PERTANDINGAN






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Tanpa pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh.

Menteri Pendidikan II itu bagaimanapun turut berkata gandingan Perdana Menteri, yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan sudah cukup mantap.

"Saya lihat situasi sekarang mereka memang cocok ...  kita kalau banyak sangat pertandingan pun tak perlu juga.

"Tapi kalau tiada pertandingan nanti orang kata tiada demokrasi," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Presiden pun saya rasa tiada halangan (bertanding)," katanya lagi.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sebelum ini berpendapat dua jawatan tertinggi parti Melayu itu sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).

"Ini mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia," katanya.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi "westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan "hung" parlimen.

"Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan 'kem kem' dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti," katanya.

Abdul Rahim berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno dan BN mampu menghadapi PR.

Najib juga dilihat bersifat terbuka dengan menyatakan kesediaan menerima cabaran bagi jawatan berkenaan, malah sedia ianya dipertandingkan.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.

“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya.

Idris bagaimanapun menjelaskan, pertandingan untuk jawatan berkenaan bagaimanapun menerima banyak pendapat.

"Jika tiada pertandingan lebih baik ... Ia ada dua pandangan, satu kata tak perlu, satu lagi kata perlu.

"Kalau nak senang tidak perlu bertanding ... tapi kalau tidak bertanding orang kata tiada demokrasi," jelasnya lagi.

25 comments:

  1. Tindakan wakil rakyat pembangkang tidak hadir Sesi Taklimat Dewan Rakyat Ke-13, adalah tidak bertanggungjawab.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia jelas pemimpin pembangkang bukan saja tidak menghormati proses berparlimen sebaliknya tidak berterima kasih kepada rakyat yang meletakkan mereka sehingga ke kedudukan itu.

    ReplyDelete
  2. Macam mana rakyat hendak hormat jika mereka tidak menunjukkan contoh baik, menghormati sistem demokrasi dan institusi Parlimen” Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia UMP

    ReplyDelete
  3. Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UMP), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata tindakan pembangkang menghasilkan masyarakat pincang hasil didikan pemimpin yang menonjolkan sikap tidak beradab, keras kepala dan sombong.

    ReplyDelete
  4. Selain memperlekehkan mandat rakyat apabila lebih mementingkan politik daripada agenda pembangunan negara, tindakan itu turut menggambarkan Ahli Parlimen pembangkang sanggup menghina diri sendiri di depan rakyat.
    “Jika tidak bersetuju dengan kerajaan, boleh dibahaskan dalam Parlimen, bukannya memulaukan aktiviti atau majlis anjuran Parlimen.

    ReplyDelete
  5. “Segala tindak tanduk Ahli Parlimen akan diperhatikan rakyat, macam mana rakyat hendak hormat jika mereka sendiri tidak menunjukkan contoh baik, menghormati sistem demokrasi dan institusi Parlimen yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

    ReplyDelete
  6. Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata beliau yakin tindakan pembangkang itu rancangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kecewa kerana gagal menguasai Parlimen, sekali gus kempunan menjadi Perdana Menteri ketujuh.

    ReplyDelete
  7. Anwar bongkak

    “Anwar sangat yakin pembangkang akan menang PRU-13 dan dihebohkan ke seluruh dunia, apabila kalah, sikap bongkak Anwar menyebabkan dia tidak boleh menerima kekalahan itu, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
  8. “Dia menanggung malu sebesar-besarnya di seluruh dunia. Tindakan boikot ini hanya menghina diri mereka sendiri di depan rakyat. Jika mereka sanggup angkat sumpah menjadi Menteri Besar dan EXCO di negeri yang mereka menang, kenapa memboikot majlis Parlimen semata-mata kalah di peringkat Parlimen, ini yang dinamakan karenah ‘bad loser’,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Anggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.

    ReplyDelete
  10. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.

    "Bagi saya Umno merupakan parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am.

    ReplyDelete
  11. "Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di sini hari ini.

    Sambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.

    ReplyDelete
  12. Beliau yang menang dalam pertandingan itu dengan menewaskan dua lawannya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.

    "Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

    Bagaimana pun katanya, semua itu terletak dalam tangan angota parti untuk menentukan keputusan pada pemilihan parti itu nanti.

    ReplyDelete
  13. jika semua pihak setuju ia tidak dipertandingkan, ia tak ada masalah

    ReplyDelete
  14. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan ahli serta pemimpin UMNO terus kuat terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  15. Tim­balan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sewajarnya tidak dipertand­ingkan pada pemilihan parti tahun ini. Beliau berkata justifikasinya adalah demi memelihara keu­tuhan perpaduan di kalangan anggota UMNO, parti yang menjadi tonggak Barisan Na­sional (BN).

    ReplyDelete
  16. Katanya kejayaan kepimpi­nan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memper­tahankan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan kemenan­gan selesa mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi Parlimen merupakan petan­da bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat.

    ReplyDelete
  17. “Ini mengambil kira sua­sana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  18. Abdul Rahim yang juga ang­gota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sis­tem demokrasi “westminster” yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan “hung” parlimen.

    ReplyDelete
  19. “Kesimpulannya pertand­ingan terbuka jawatan utama UMNO sudah tentu akan mewujudkan “kem kem” dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan poli­tik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Abdul Rahim berkata sua­sana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membole­hkan UMNO dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap.

    ReplyDelete
  21. Sementara itu, di RAUB, Pahang, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Mas­lan juga setuju dua jawatan tertinggi parti tidak perlu dipertandingkan demi men­jamin kekuatan, survival parti dan perpaduan Melayu.

    ReplyDelete
  22. Beliau berkata gandingan Najib dan Muhyiddin te­lah berjaya memantapkan UMNO apabila memenangi 88 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 79 kerusi pada PRU12. “Lebih bermakna apabila kita (BN) berjaya merampas semula Kedah dan Perak dari­pada pembangkang.

    ReplyDelete
  23. “Misi UMNO dan Barisan Nasional ialah untuk mendapat majoriti dua pertiga undi rakyat pada PRU14 agar kerajaan yang dibentuk lebih man­tap demi masa depan rakyat dan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan den­gan pemimpin UMNO Raub kelmarin.

    ReplyDelete
  24. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sebuah kerajaan yang kuat amat penting dan sangat diperlukan pada masa ini untuk menjamin kejayaan Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  25. Menurutnya pertandin­gan dua jawatan tertinggi itu perlu dielakkan kerana boleh berlaku perpecahan di kalangan anggota parti dan orang Melayu yang kini sudah berpecah kepada penyokong PAS, PKR dan segelintir DAP.

    ReplyDelete