Sunday 9 June 2013

TUNKU ABDUL AZIZ TERIMA UGUTAN BUNUH







PETALING JAYA:  Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi.

Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.
"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.

"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

15 comments:

  1. Nampaknya puak-puak DAPek dah semakin tak keruan dengan pendedahan demi pendedahan keburukan dan salah laku parti Roket itu. Jika sebelum ini puak-puak pro DAPek berjaya mendiamkan seorang amoi dengan mengugut rogol.

    ReplyDelete
  2. Kali ini Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz menghadapi ugutan BUNUH dari seorang lelaki yang tidak dikenali! Tujuan ugutan ini jelas berpunca dari kelantangan beliau mengkritik dan mendedahkan belang sebenar DAP yang menipu rakyat khususnya masyarakat cina.

    ReplyDelete
  3. Bimbangkan keselamatan diri dan keluarga, Tunku Aziz teleh membuat laporan polis kira-kira pukul pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. "Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.

    ReplyDelete
  4. Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen. "Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.

    ReplyDelete
  5. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

    ReplyDelete
  6. saya tidak hairan apabila mendengar berita bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menerima ugutan bunuh melalui satu panggilan telefon kelmarin yakin insiden itu bermotifkan politik.

    ReplyDelete
  7. Walaupun tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, namun beliau tidak menolak kelantangannya mendedahkan kepincangan pembangkang khususnya DAP menjadi punca kejadian itu.

    ReplyDelete
  8. Tunku Aziz menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali sekitar pukul 10.10 malam pada hari Jumaat lepas ketika sedang berehat bersama keluarga di rumahnya. Pemanggil itu hanya menyebut, I will kill you (saya akan bunuh kamu) sebelum bertindak memutuskan talian.

    ReplyDelete
  9. Baru-baru ini Tunku Aziz menerima kecaman hebat berikutan kelantangannya mencabar Penasihat Seumur DAP, Dr. Chen Man Hin supaya tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau tentang kebangkitan Malaysia Spring dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

    ReplyDelete
  10. Beliau turut mendedahkan DAP gagal memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya bagi menghadiri pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) berkenaan pada 15 Disember tahun lalu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung status pemilihan tersebut.

    ReplyDelete
  11. Selain itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera terhadap tentera siber DAP, Red Bean Army yang giat menabur fitnah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  12. Dalam pada itu, Tunku Aziz juga menafikan dirinya tergugat dengan ancaman bunuh yang diterimanya malah berikrar akan terus berjuang 'menghapuskan' agenda pembangkang.

    ReplyDelete
  13. "Ugutan ini tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus mendedahkan kepincangan pembangkang. Saya tidak akan sesekali berhenti demi negara yang saya cintai ini," tegasnya.

    ReplyDelete
  14. Tunku Aziz menyertai DAP pada tahun 2008 sebelum dilantik menjadi Naib Pengerusi parti itu setahun kemudian. Beliau keluar parti pada Mei 2012 selepas mengkritik pendirian kepimpinan pembangkang menyertai perhimpunan haram yang mencetuskan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  15. siasat siapa yang buat ugutan tersebut

    ReplyDelete