Thursday 6 June 2013

UNTUNG PETRONAS TIDAK BERUBAH






KUALA LUMPUR : Syarikat minyak nasional, Petronas menjangka keuntungan sebelum cukainya tidak berubah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2013, setelah sumbangan yang lebih tinggi dari Kanada dan Uzbekistan akan diimbangi penurunan harga minyak mentah dan sumbangan lebih rendah dari Sudan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata harga minyak mentah dijangka pada purata kira-kira US$95-US$100 setong tahun ini daripada US$112 setong pada suku pertama tahun ini.

"Ketidaktentuan ekonomi global dijangka membawa kepada keadaan tidak menentu yang berterusan dalam harga minyak dan permintaan minyak dunia yang mungkin mempengaruhi prestasi Petronas," kata beliau pada taklimat media mengenai keputusan kewangan suku pertama Petronas hari ini. Hadir sama pada taklimat berkenaan ialah Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan pasukan pengurusan utama syarikat minyak nasional itu.

Shamsul berkata bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac tahun ini, keuntungan sebelum cukai Petronas susut sedikit kepada RM28.8 bilion daripada RM29.8 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan bagaimanapun, naik kepada RM76.67 bilion daripada RM75.25 bilion pada suku sama 2012.

"Keuntungan bagi suku berkenaan susut terutamanya disebabkan oleh margin yang lebih rendah hasil daripada perbelanjaan operasi dan bukan operasi yang lebih tinggi, yang sebahagiannya diimbangi oleh pelarasan operasi tidak dijalankan semasa tempoh berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perolehan suku pertama mendapat manfaat daripada jumlah dagangan yang lebih bagi minyak mentah dan gas asli bersandarkan permintaan yang kukuh daripada pelanggan serta kesan pengukuhan dolar AS berbanding inggit.

Jumlah aset, kata beliau meningkat kepada RM498.7 bilion sehingga 31 Mac, berbanding RM489.2 bilion pada 31 Dis tahun lepas terutamanya disebabkan keuntungan yang dijana semasa suku berkenaan.

Mengenai penerokaan dan pengeluaran, beliau berkata syarikat berjaya membuat empat penemuan dalam negara dan di luar negara.

"Jumlah pengeluaran bagi suku berkenaan naik kepada 2.15 bilion tong sehari berbanding 2.11 bilion tong sehari pada suku yang sama tahun lepas," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Shamsul Azhar berkata pengeluaran semula di Selatan Sudan pada April tahun ini selepas penutupan selama 15 bulan disebabkan pertikaian antara negara itu dan negara jiran Sudan, hanya dijangka pulih kepada 120,000 tong sehari tahun depan. Beliau berkata operasi Selatan Sudan kini mengeluarkan 200 tong sehari dengan kargo komersial pertama dijangka pada bila-bila masa.

Shamsul Azhar berkata selain daripada Sudan, syarikat dijangka memulakan pengeluaran dari Lembangan Campos Brazil yang terdiri daripada Blok BM-C-39 dan BM-C-40, pada suku keempat tahun ini. Blok ini yang terletak di perairan yang terletak 95 kilometer luar pesisir Rio De Janeiro, merupakan 40 peratus milik Petronas melalui unit milik penuh Petronas Brasil E&P Limitada. (Bernama)

28 comments:

  1. Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas.

    ReplyDelete
  2. Siringan tells PETRONAS to increase gas supply to Sabah Energy Corporation

    Datuk Siringan Gubat, the Resource Development and Information Technology Minister called upon PETRONAS to increase the volume of natural gas supplied to Sabah Energy Corporation (SEC) to enable it be competitive in the industry.

    “I understand that the SEC has made a request on this to Petronas and my ministry fully supports it and will pursue this matter further for the benefit of the state,” Siringan said after attending a briefing by SEC at Wisma Bandaraya here yesterday.

    According to Siringan, the current supply of two million standard cubic feet a day that SEC receives is only adequate to meet the requirement of small industries, and is far short of its commitment to supply natural gas to large industries such as independent power plants that requires large volume of natural gas.

    ReplyDelete
  3. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.

    ReplyDelete
  4. Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.

    ReplyDelete
  5. Musa urged government-linked companies to maintain top notch management and accountability

    In his speech to declare open the course for heads of government-linked companies and their subsidiaries organised by the Finance Ministry, Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman called for top notch management and performance to ride out the current economic challenges.

    Speaking about CEOs of government-linked companies Musa said, “They must be efficient, transparent and accountable for the actions that they take and the decisions that they make. Their ability in value creation and financial management would improve the performance of their organizations,” he said.

    Musa who is also the State Finance Minister added that with prudent financial management, the state-owned firms and agencies can contribute effectively to the state’s fund.

    He said most of the state government agencies and GLCs in Sabah have declared good corporate profits and have not only been able to settle their debts to the government promptly but have also given dividends to the state government.

    He disclosed that the state government has received “hundreds of millions of ringgit” in dividends which are channelled to the government’s development funds for the people’s benefits.

    Musa also revealed that 10 per cent from the profits that these government’s agencies and companies earn is channelled to the Corporate Social Responsibility (CSR) welfare fund to help those who need assistance such as single parents, the elderly and for the construction of rural schools and hostels

    ReplyDelete
  6. Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.

    ReplyDelete
  7. Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.

    ReplyDelete
  8. Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?

    ReplyDelete
  9. Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat ‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?

    ReplyDelete
  10. Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!

    ReplyDelete
  11. saya amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara.

    ReplyDelete
  12. I LOVE THIS QUOTE! Exploit oil and gas but mind the environment ~ CM

    here is an air of excitement in Sabah’s oil and gas industry as the State takes an increasing role in the development of this highly lucrative resource. As large oil companies such as PETRONAS, Shell and Murphy Oil plan their business strtegy to make the most of Sabah’s oil and gas, the State Government is losing no time in developing the infrastructure and industrial facilities required to accommodate the business sector’s needs.

    ReplyDelete
  13. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?

    ReplyDelete
  14. Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara, sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.

    ReplyDelete
  15. I LOVE THIS QUOTE! Exploit oil and gas but mind the environment ~ CM

    “Within the next five years, the oil and gas downstream processing industry is projected to act as a major contributor to Sabah’s manufacturing sector and to the State’s overall socio-economic sector,” according to Chief Minister Musa Aman in his opening speech at the 2nd Sabah Oil and Gas Conference today.

    In his speech delivered by Minister of Industrial Development Datuk Raymond Tan Shu Kiah, the Chief Minister said the decision by major oil companies to establish large-scale oil, gas and energy projects in Sabah is indicative of the sector’s commercial viability.

    Ongoing oil and gas projects in Sabah include the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) at Kimanis, the Sabah-Sarawak Gas Pipeline, the 300-megawatt gas-fired power plant in Kimanis and Lahad Datu, the granular urea and ammonia plant (SAMUR) in Sipitang and the re-gasification plant in Lahad Datu. Together, these projects are expected to generate approximately RM18 billion worth of investments and create about 23, 000 jobs.

    ReplyDelete
  16. Boleh Dato’ Wee nafikan kebanjiran kontraktor minyak dan gas Singapura yang semakin berlambak di Petronas??? Kerja siapa? SHELLigali?

    ReplyDelete
  17. I LOVE THIS QUOTE! Exploit oil and gas but mind the environment ~ CM

    “SAMUR alone, which will come on-stream by 2014, is estimated to bring in about RM4.5 billion worth of investment value and provide over 2, 000 jobs,” Musa added.

    Another ongoing project is the development of the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP). SOGIP is expected to rake in about RM30.6 billion in investments.

    ReplyDelete
  18. I LOVE THIS QUOTE! Exploit oil and gas but mind the environment ~ CM

    According to Tan, the response for SOGIP has been positive with many major investors already showing interest on the development.

    The benefits of SOGIP will also extend beyond financial gains, as the development of SOGIP will transform Sipitang and its surrounding districts, Musa said.

    However, the Chief Minister stressed that although the government is pursuing a rapid development of the industry, it will not do so to the detriment of the environment. “We seek the commitment of investors in the various growth sectors to act responsibly not only by conforming to existing safeguards and rules but also to seek new ways and technologies to lessen the damaging impact on the environment,” he said.

    About 220 delegates were in attendance at the Oil and Gas Conference. The two-day conference will feature speakers from the industry and is aimed at giving participants an in-depth view of the oil and gas industry in Sabah.

    ReplyDelete
  19. Sebanyak 13,500 keluarga miskin di seluruh negara kini berupaya menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas terpilih menyertai Program Sentuhan Harapan Petronas sejak program itu diperkenalkan kira-kira tiga tahun lalu.

    Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, program itu yang dilancarkan pada 22 Julai 2010 pada peringkat awal menyasarkan sebanyak 5,000 keluarga miskin mengikuti program itu.

    “Sehingga hari ini, jumlah tersebut telah meningkat kepada 13,500 keluarga miskin di seluruh Malaysia. Kesemua keluarga tersebut menerima sumbangan bulanan bernilai RM80 dalam bentuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mohammad Medan berkata, sumbangan kepada keluarga miskin itu disalurkan melalui Kedai Mesra Petronas dan pasar raya terpilih di seluruh negara dan berharap bantuan itu dapat mengurangkan beban hidup mereka.

    Beliau dalam pada itu berkata, Program Sentuhan Harapan Petronas turut menyediakan peluang kepada keluarga terbabit memperbaiki taraf hidup dalam jangka masa panjang.

    Menurut beliau, usaha itu dilaksanakan melalui kursus pengurusan kewangan secara berhemah dan latihan kemahiran.

    “Usaha kami adalah sejajar dengan misi Petronas untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat di mana ia beroperasi,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  20. Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) akan mula melaksanakan lima projek mega bernilai RM45 bilion di Sabah pada tahun ini.

    Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata, projek tersebut merupakan sebahagian rancangan Petronas untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar pesisir Sabah.


    ReplyDelete
  21. Kelima-lima projek itu ialah Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis, Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC) dan Projek Pembangunan Bukan Berkaitan Gas (NAG) Kinabalu serta Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) dan Stesen Janakuasa Kimanis (KPP)

    Kilang baja urea ammonia Sabah (Samur) di Sipitang dan pembinaan Terminal Gas di Lahad Datu.


    ReplyDelete
  22. Tambah Joseph, SOGT yang melibatkan pelaburan sebanyak RM3.8 billion merupakan projek daratan dan akan menerima, menyimpan, memproses dan terminal eksport minyak dan gas.


    ReplyDelete
  23. "Projek SOGT bagi kemudahan menerima gas dijangka siap pada suku ketiga tahun ini manakala kemudahan untuk menerima minyak dijangka siap dalam suku pertama 2014.

    "Apabila siap sepenuhnya, SOGT berupaya mengisi 260,000 tong minyak (bpd) sehari dan gas asli sebanyak 1.250 juta kaki padu standard sehari (mmsfcd)," ujarnya.


    ReplyDelete
  24. Sementara itu, katanya, projek SSGP yang bernilai RM4.6 bilion dijangka siap menjelang suku keempat tahun ini dan pembinaan paip di Sabah sepanjang 512 kilometer (km), melibatkan jarak 92 km untuk saluran gas telah siap.


    ReplyDelete
  25. "Sejak 2009 sehingga 2011, Petronas telah mengagihkan sebanyak 45 kontrak bernilai RM1.07 bilion untuk syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam projek SOGT dan SSGP di Sabah," katanya.


    ReplyDelete
  26. Joseph berkata, kampus tetap KTC bernilai RM30.5 juta akan siap pada suku kedua tahun ini dan pada masa ini hanya beroperasi dari premis sementara di Membakut Jaya dan mempunyai 48 pelatih.


    ReplyDelete
  27. Joseph berkata, ketika ini Petronas telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Yayasan Sabah (KYS), GiatMara di Kimanis dan Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan di Papar.

    "Kesemua projek itu dijangka mewujudkan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan serta menyediakan peluang untuk syarikat-syarikat di Sabah," katanya.


    ReplyDelete
  28. moga keuntungan petronas akan terus meningkat

    ReplyDelete