Sunday 16 June 2013

WAKIL RAKYAT BN BUTA HATI?







ALBUM...Wong bergambar dengan penduduk Kampung Ice Box (berbaju biru) ialah Buang Hj Yusof.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto: SAFFIE S JUMADI


ELOPURA : Kampung Ice Box yang terletak di Batu 3.5, Jalan Utara yang mempunyai 60 peratus penduduk adalah rakyat tempatan  terlalu dahagakan pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Lebih 400 keluaraga daripada 240 buah rumah yang didirikan di kampung tersebut  tidak dibekalkan air, elektrik apa lagi Surau atau Balai Raya; sedangkan jambatan sebagai laluan utama untuk ulang alik juga tidak pernah dibina.

Jambatan yang ada sekarangpun ialah jambata atas daya inisiatif penduduk-penduduk kampung membina sendiri melalui gotong-royong dan berkongsi membeli papan dan sebagainya.

Seorang penduduk yang dikenali Buang Hj Yusuf, berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas beliau bersama-sama Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  membuat lawatan kekampung  tersebut kelmarin.

Kata Buang  lagi kampung tersebut  wujud sudah hampir 20 tahun. Kalau adapun wakil rakyat BN  melawat hanya di musim-musim kempen pilihanraya sahaja; selepas mereka menang, apa lagi bayang-bayang, bahkan batang hidung mereka langsung tidak nampak.





PERIKSA....Amsi Liew Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan turut meninjau jambatan maut di Kampung tersebut






BAHAYA....Hati-Hati! jambatan ini amat  berbahaya

“Ramai penduduk tempatan di sini yang telah memohon rumah PPR bukan saja di Taman Mesra dan juga Taman Murni bahkan di PPR Gum-Gum Jaya pun  langsung tidak dilayan oleh pihak MPS sebab kami bukan ahli parti BN/UMNO walaupun cukup segala syarat yang diperlukan seperti yang diperuntukan,” ujarnya.


Buang yang mewakili lebih 400 penduduk Kampung Ice Box mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen Sandakan (DAP walaupun bukan di pihak kerajaan tetapi begitu prihatin terhadap segala permasalahan dan nasib penduduk di kampung tersebut yang terlalu daif dalam menikmati arus perdana pembangunan daripada kerajaan BN.


Sehubungan itu Wong menjelaskan ini memang sudah menjadi tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat  pada PRU 13 lalu untuk mengetahui sedikit sebanyak masalah-masalah penduduk kampung  untuk disuarakan kepada kerajaan.


“Kita sebagai pemimpin di pihak pembangkang,  memang tidak mampu untuk membantu rakyat dalam memberikan pelbagai kemudahan sebab kita tiada peruntukan; tetapi kita mampu menyuarakan kehendak-kehendak rakyat berbanding dengan wakil-wakil rakyat BN walaupun mempunyai peruntukan yang sedia ada, namun mereka buta hati langsung tidak memperdulikan keperitan dan pendertaan nasib orang kampung Ice Box,” tegasnya.

26 comments:

  1. BANYAK KG-KG DI SABAH YANG PERLUKAN PEMBANGUNAN. KERAJAAN JUGA ADA PROSEDURNYA.. JADI, KENA SABAR. NANTI AKAN ADA JG FACILITI YANG MEREKA PERLUKAN TU. CUMA BLUM SMPI WAKTU. ~ Kemenangan bukti rakyat hargai rekod BN

    Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, merakam ucapan terima kasih dan rasa terharu di atas sokongan penduduk di kawasan Libaran, di sini dan kawasan lain di seluruh negeri ini yang telah memberi kerjasama kuat dan padu kepada calon-calon Barisan Nasional yang bertanding pada pilihan raya umum baru-baru ini.

    Katanya, penghargaan sama turut diberikan kepada semua jentera parti dan semua yang telah bersama-sama bekerja keras dan terus komited dalam menggerakkan jentera parti.

    ReplyDelete
  2. BANYAK KG-KG DI SABAH YANG PERLUKAN PEMBANGUNAN. KERAJAAN JUGA ADA PROSEDURNYA.. JADI, KENA SABAR. NANTI AKAN ADA JG FACILITI YANG MEREKA PERLUKAN TU. CUMA BLUM SMPI WAKTU. ~ Kemenangan bukti rakyat hargai rekod BN

    "Melihat kepada perkembangan itu, saya percaya, rakyat tahu dan sedar akan rekod BN yang baik selain sentiasa mengakui bahawa parti BN yang dipimpin Perdana Menteri begitu bertanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita pada pada majlis jamuan kesyukuran bagi meraikan kemenangan BN Libaran pada PRU-13 serta pelantikan semula beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, di Dewan Sri Libaran, di sini, pada Rabu.

    "Parti ini juga begitu banyak jasa dan sumbangan kepada rakyat dan keryja kuat dan sokongan padu kalangan rakyat juga memperlihat mereka peka dengan bakti yang ditabur daripada dahulu sehingga kini," tambah Musa.

    Dalam pada itu, mewakili kerajaan negeri Sabah, Musa turut merakam ucapan terima kasih di atas pelantikan enam menteri penuh dan empat timbalan menteri dari kalangan wakil rakyat di negeri ini ke dalam Kabinet Persekutuan.

    ReplyDelete
  3. BANYAK KG-KG DI SABAH YANG PERLUKAN PEMBANGUNAN. KERAJAAN JUGA ADA PROSEDURNYA.. JADI, KENA SABAR. NANTI AKAN ADA JG FACILITI YANG MEREKA PERLUKAN TU. CUMA BLUM SMPI WAKTU. ~ Kemenangan bukti rakyat hargai rekod BN

    "Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri begitu prihatin dan sedar bahawa negeri Sabah yang besar ini boleh menjadi wakil di kerajaan pusat dan saya percaya ia dapat membantu dan kerja keras mereka seterusnya dapat menyumbangkan dalam transformasi kerajaan dibawah Perdana Menteri," ujarnya.

    Sudah tentu ia dapat memberi faedah dan nikmat kepada rakyat keseluruhannya danharapan kami supaya kabinet ini dapat terus memberi sumbangan kearah kesejahteraan dan kemakmuran negara Malaysia," tambahnya dimana sokongan rakyat juga akan terus kepada BN.

    Jelasnya, rakyat juga faham dan sedar bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa membela rakyat bukan sahaja di bandar tetapi seluruh tanah air ini tanpa terhingga.

    Mengenai mandat dan sokongan yang diberikan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum baru-baru ini, Musa berharap ia tidak dipersiakan.

    ReplyDelete
  4. BANYAK KG-KG DI SABAH YANG PERLUKAN PEMBANGUNAN. KERAJAAN JUGA ADA PROSEDURNYA.. JADI, KENA SABAR. NANTI AKAN ADA JG FACILITI YANG MEREKA PERLUKAN TU. CUMA BLUM SMPI WAKTU. ~ Kemenangan bukti rakyat hargai rekod BN

    Sebaliknya, Musa berkata, wakil rakyat atau Yang Berkhidmat (YB) terus komited melaksanakan amanah itu dengan terus bekerjasama dan turun padang.

    Jelasnya, apa juga program yang dilaksanakan juga perlu dipastikan mampu disiapkan mengikut masa.

    Terdahulu, Musa turut menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

    Musa turut memotong kek yang disediakan jentera parti dan sayap parti yang turut memperingati ulangtahun ke-67 Umno dan hari lahir Musa serta meraikan kemenengan BN Libaran pada PRU13.

    ReplyDelete
  5. benarkah pakatan tidak mempunyai peruntukkan?? adakah pembelian bas mewah, treler mewah, chevrolet, jet mewah dan helikopter itu datang dari poket pemimpin2 pakatan??

    ReplyDelete
  6. untuk rakyat, dengan mudah pemimpin2 pakatan berkata mereka kononnya tidak mempunyai peruntukkan.. namun bila untuk kepentingan diri sendiri serta parti, bila2 masa peruntukkan boleh dikeluarkan.. malah jumlahnya pula jutaan ringgit..

    ReplyDelete
  7. cukup2lah pemimpin2 pakatan menipu rakyat.. jika parti ini diberikan mandat memerintah negara, apa jaminan bahawa semua keperluan atau tuntutan rakyat akan dipenuhi?? sedangkan di negeri yang mereka jajah juga masih banyak janji2 mereka yang belum ditunaikan..

    ReplyDelete
  8. lebih pelik lagi apabila di negeri2 yang mereka jajah, apabila berhadapan dengan masalah seperti ini, mereka juga menggunakan alasan yang sama, iaitu tidak mempunyai peruntukkan.. logik kah??

    ReplyDelete
  9. jika benar wakil rakyat BN tidak melakukan apa2 dikawasan itu, mustalih kampung Ice Box boleh bertahan selama 20 tahun..

    ReplyDelete
  10. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Kerajaan akan mengkhususkan lebih tumpuan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak pada bajet 2014.

    ReplyDelete
  11. Menurut Ahmad Husni, fokus bajet tersebut akan ditumpukan pada aspek seperti pembinaan jalan dan seumpamanya apabila ianya dibentang pada Oktober nanti.

    ReplyDelete
  12. Bajet 2014 memberi fokus kepada kawasan luar bandar dan kita bersedia mempertimbangkan penambahan peruntukan untuk tujuan itu, namun semuanya bergantung kepada kemampungan kewangan kerajaan.

    ReplyDelete
  13. Rakyat di Sabah dan Sarawak mempunyai peluang terbaik untuk melalui transformasi di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin akan kebajikan mereka.

    ReplyDelete
  14. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Najib sememangnya mengambil berat akan rakyat di Sabah dan Sarawak serta mahu melihat mereka menikmati pembangunan seperti di negeri-negeri lain.


    ReplyDelete
  15. "Perdana Menteri memberi perhatian khas kepada keperluan pembangunan di Sabah dan Sarawak kerana beliau berpendirian kita juga mesti membangun seiring dengan negeri-negeri lain sebelum Malaysia boleh mencapai status negara maju,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Ongkili berkata, Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan rayanya berikrar untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300 kilometer (km), selain jalan berturap sepanjang 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak, serta meningkatkan bekalan elektrik ke 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 di Sarawak.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan BN menyasarkan untuk memperluaskan bekalan air bersih ke 320,000 rumah di seluruh negara yang turut memberi manfaat kepada Sabah. Saya akan membangkitkan keperluan penduduk di kawasan Kota Marudu ini bagi memastikan projek prasarana terbabit turut mencakupi Kota Marudu.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan Sabah komited untuk membantu usahawan bumiputera menjadi kontraktor yang benar-benar berjaya dan berwibawa, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hamisa Samat.

    ReplyDelete
  19. Antara sumber yang digunakan agar terus kekal dalam bidang ini ialah memodenisasikan sistem kerja yang melibatkan peningkatan teknologi, pembangunan sistem maklumat urus niaga yang cekap, pengukuhan sumber manusia, peningkatan kualiti kerja serta mengutamakan pelanggan.

    ReplyDelete
  20. Setiap ahli kontraktor memikul tanggungjawab dan amanah yang besar bagi menjayakan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam tempoh Dasar Pembangunan Nasional.

    Mereka juga perlu memastikan projek yang diagih disiapkan dengan baik dan meningkat dari segi modal syarikat dan bilangan kakitangan profesional," katanya sambil menyeru para kontraktor supaya mempelbagaikan kepakaran dalam pelbagai jenis perniagaan atau bidang yang diceburi.

    ReplyDelete

  21. Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata kesan insiden pencerobohan di Kampung Tandou, Lahad Datu terhadap kehadiran pelancong ke negeri ini hanya bersifat sementara.

    ReplyDelete
  22. Sambil mengambil contoh kehadiran pelancong untuk tempoh bulan Januari hingga April tahun ini, katanya negeri Sabah mencatat seramai 967,183 pelawat yang menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    ReplyDelete
  23. "Peningkatan positif ini menunjukkan bahawa kesan dari insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah bersifat sementara sahaja," katanya.

    ReplyDelete
  24. Juhar berkata ini berikutan langkah pantas yang diambil oleh pihak kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menubuhkan Pasukan Petugas Pelancongan Sabah bagi menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk mengatasi kesan akibat dari insiden tersebut.

    ReplyDelete
  25. Bagi tahun ini, katanya, kerajaan negeri menyasarkan tiga juta pelancong yang akan menjana hasil pelancongan sebanyak RM5.42 bilion.

    ReplyDelete
  26. kampung ini kan dulu kampung yang menjadi pusat jenayah ketika dulu.. patut kampung air seprti ini tidak diwujudkan.

    ReplyDelete