Friday 12 July 2013

ISU NFC: PKR DAKWA K'JAAN MUNGKIN RUGI RM163J

 

Oleh : Ram Anand

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan bakal mengalami kerugian kira-kira RM163 juta ekoran skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi berkata nilai harta NFC yang dirampas kerajaan kini hanya bernilai RM18 juta.

Katanya, kerajaan juga hanya dapat menjimatkan sebanyak RM69 juta dari RM250 juta pinjaman mudah kepada NFC kerana kerajaan hanya mengeluarkan RM181 juta dari jumlah pinjamam itu.

Katanya, usaha untuk mendapatkan semula baki berjumlah RM163 juta itu mungkin mustahil kerajan kerajaan tersebut mungkin diisytiharkan bankrap.

Beliau memberi alasan, operasi NFC telah dihentikan namun pengarah syarikat berkenaan tidak mengemukakan sebagai jaminan peribadi.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas berhubung perkara itu kerana ia diuruskan oleh Kementerian Kewangan. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment