Friday 12 July 2013

KEHANGATAN BERMULA DI KUALA BESUT




Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Walaupun cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai serta tiupan angin dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja.

LAPORAN LANGSUNG

9.20 pagi: Suasana diam penyokong PAS pada awalnya berubah. Mereka mula bertakbir dan melaungkan slogan "hidup Islam" apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sampai ke pusat penamaan calon.

Beliau diiringi dua pengawal dan beberapa kepimpinan PAS, antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Salleh.

Beliau kemudiannya bersalaman dengan kepimpinan Pakatan yang sedia menunggu di dalam khemah di luar pusat mengundi.

9.05 pagi: Luar Kompleks Rakan Muda - Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut ketika ditemui Malaysiakini bersyukur kerana perjalanan perarakan dan penamaan calon berjalan lancar dalam suasana tenang.

"Hari ini nampak OK, kita akan terus dengan kempen kita berjalan walaupun di bulan puasa. Kita dah susun program Pemuda, Muslimat dan lain-lain.

"Saya selalu kata, pilihan raya ini penting untuk menentukan (calon) Dewan Undangan Negeri... Insya-allah boleh mencapai kemenangan," katanya.

Turut sabar menanti di luar pusat penamaan calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausah Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut berada di khemah luar isteri kepada Azlan Yusof, bersama-sama keluarganya.
9.15 pagi: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Datuk Husam Musa tiba di kompleks rakan muda.

9.00 pagi: Diketuai Muhyiddin, Tengku Zaihan dan 2,000 penyokong BN berarah ke pusat penamaan calon. Hujan telah berhenti. Mereka senyap tanpa sebarang slogan dan laungan kata.

8.55 pagi: Sebelum perarakan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berucap menggesa para penyokong mengundi calon BN pada 24 Julai.

Beliau berjanji kerajaan negeri akan terus membangunkan Kuala Besut seperti yang diharapkan oleh rakyat.

8.50 pagi: Tiga penyokong BN termasuk ke dalam lorong ke arah penyokong PAS dan disorak oleh penyokong PAS.

Hujan renyai-renyai akhirnya berhenti, tetapi langit masih mendung.

8.44 pagi: Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Vincent Wu tiba di pusat penamaan calon, dengan Lim melambai ke arah penyokong PAS, yang telah meningkat kepada lebih 2,000 orang.

Turut memasuki pusat penamaan calon adalah bekas exco Selangor Ronnie Liu.

8.40 pagi: TPM Muhyiddin Yassin bari tiba di tempat perhimpunan BN dengan kereta rasminya, 20 minit sebelum penamaan calon.

Beliau tiba bersama-sama dengan beberapa pemimpin Umno lain, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Harun dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Menteri Pelajaran Kedua Datuk Idris Jusoh dan Pemangku Presiden Gerakan Chang Ko Youn juga hadir.

8.30 pagi: Kompleks Rakan Muda - calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tiba di tempat berhimpun.

Hujan renyai-renyai dan terdapat hanya kira-kira 500 orang berkumpul di sini 30 minit sebelum penamaan calon.

Walaupun banyak khemah disediakan, tetapi ramai kelihatan berdiri di luar dengan memakai payung.

Mereka sedang menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin berarak ke pusat penamaan calon kira-kira 700 meter dari situ.

8:25 pagi: Kompleks Rakan Muda - Calon PAS Azlan Yusof tiba di pusat penamaan calon.
Tiga minit kemudian, beliau diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan kepimpinan PAS yang lain, ke pusat penamaan calon.

Penyokong Pas Dan Bn Dipisahkan Pada Jarak 100 Meter.

8:10 pagi: Persimpangan Jln Raja-Jln Tembila - penyokong PAS memasuki Jalan Tembila, sambil melaungkan takbir ketika menuju ke Kompleks Rakan Muda, iaitu kira-kira 1 km dari sini.

Bilangan penyokong mencecah kira-kira 1,500.

8:05 pagi: Persimpangan Jln Raja-Jln Tembila - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS, Azlan Yusof ke pusat penamaan calon ketika hujan renyai-renyai berterusan. Turut mengiringi Azlan ialah Mengiringi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan kepimpinan PAS Terengganu.

8:00 pagi: Persimpangan Jln Raja-Jln Tembila - hHjan renyai-renyai itu tidak menghalang kira-kira 300 penyokong PAS menunggu ketibaan Abdul Hadi Awang dan Azlan yang kini berada di Masjid Kg Raja menunaikan solat hajat.

7:30 pagi: Kompleks Rakan Muda - Sekurang-kurangnya 200 anggota polis dilihat sama ada berkumpul atau mengawal tempat pemeriksaan di sekitar pusat penamaan calon, termasuk beberapa anggota unit anti-rusuhan (LSF).

Sebuah helikopter polis juga dilihat berligar di udara.

Malaysiakini juga ternampak beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika dalam perjalanan ke pusat penamaan calon, tetapi tidak pasti di mana mereka ditugaskan.

7:30 pagi: Persimpangan Jalan Raja-Jln Tembila - Hujan renyai-renyai turun dan penyokong PAS mula berkumpul di persimpangan.tersebut.(Malaysiakini)

83 comments:

  1. Baik Pilih ‘Kuala Besut Bertambah Biru’ Berbanding ’16-16 Terengganu Baru’

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim melihat ‘16-16 Terengganu Baru’ yang dicanang oleh pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hanyalah untuk kepentingan mereka semata-mata.

    Menurut beliau adalah lebih baik ‘Kuala Besut Bertambah Biru’ demi kepentingan serta kelangsungan sebuah kerajaan yang stabil dan mantap demi manfaat serta faedah secara menyeluruh.

    “Baik kita ambil ‘Kuala Besut Bertambah Biru’ sebab tak ada negara, tempat dan kawasan yang bila kerajaannya 50-50 ini stabil. Semua huru-hara bila keputusan tidak dapat dibuat demi kepentingan rakyat. Mana boleh rakyat dapat manfaat. 16-16 itu bukan untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga PRU Kota Besut dijalan dengan lancar.

      Delete
  2. Baik Pilih ‘Kuala Besut Bertambah Biru’ Berbanding ’16-16 Terengganu Baru’

    “Jika kita tengok dan perhatikan betul-betul 16-16 mereka hanya nak menang yang akhirnya kerajaan jadi tidak stabil. Prinsip paling penting kalau keadaan stabil kita akan dapat lebih manfaat dengan syarat kekuatan itu tidak digunakan secara salah. Sebab itu hari ini ada orang cakap bagus ada pembangkang kuat supaya BN buat kerja.

    “Pada saya separuh benar. Apa yang penting semua bersatu padu dan kita buat kerja dengan jujur dengan amanah. Yang jadi masalahnya bila kita kuat kita jadi lupa diri. Itu jadi punca dan bukan makna pembangkang ada atau tidak,” katanya.

    Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah kemenangan BN di Kuala Besut cukup penting dan mempunyai signifikan yang tersendiri.

    “Pada saya di Kuala Besut ini khususnya daripada dulu pun Ahli Parlimen dan Adunnya sama. Maka masa tidak akan dibazirkan dengan berpolitik. Bila tidak dibazirkan dnegan berpolitik maka rakyat yang dapat banyak manfaat.

    “Apatah lagi jika kita datang daripada satu kumpulan yang boleh bekerjasama. Sama parti dan tidak bekerjasama pun tak boleh sebaliknya hubungan yang rapat dikalangan kepimpinan pastinya memberi faedah kepada penduduk setempat,” ujarnya.

    ReplyDelete
  3. ‘Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo’ yang jadi tarikan kepada calon Barisan Nasional (BN) dianggap ‘comel dan molek doh…kena pulok’ dengan kaum keluarga, lagilah kita kena bantu dan sokong dia. Bakpo kita nak gi ikut lainnya, begitulah kata-kata seorang penduduk di Kampung Layout, Tok Saboh, Husain Abdul Rahman

    ReplyDelete
  4. “Tak berganjak dah kot mana pun…marilah sapo pun itulah pilihan kito. Lagi pun ayah dia tu macam gurulah, guru bacaan rawi kita. Kena sokong dan bantulah calon BN tu. Molek doh dan takdok gerok kot lain doh. Tak gi ikut lain doh hari ngundi ni. BN jadi pilihan,” katanya.

    Katanya, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN menerusi wakil rakyatnya di sekitar sini.

    “Banyak yang telah dilakukan dan sebab itu pilihan raya kecil di Kuala Besut kali ini calon ‘Anok Ustaz, Orang Mudo dan Profesional’ perlu diberikan peluang untuk menyambung khidmat bakti yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WR yang akan dijawat harus membutkikan pilihan rakyat adalah betul.

      Delete
    2. Serahkan kepada rakyat KB untuk membuat undian yang terbijak.

      Delete
  5. Sementara itu seorang lagi penduduk, Asmizi Bt Abu Bakar dari kampung sama turut menyatakan sokongan kepada BN.

    Katanya kenapa perlu memberikan sokongan kepada pihak lain sedangkan kerajaan BN telah banyak membantu mereka seperti bantuan perumahan dan bantuan lain termasuk persekolahan anak dan macam-macam lagi.

    “Dulu kami sekeluarga menyewa di tepi baroh. 12 tahun kami menyewa tapi hari ini Alhamdulillah dengan bantuan perumahan yang disediakan oleh kerajaan, kami sekeluarga akahirnya dapat menduduki rumah yang cukup selesa. Dah 9 bulan menetap di sini.

    “Kak kot mana pun pilih BN kerana telah banyak membantu rakyat, bukan setakat rumah, bantuan sekolah anak-anak dan macam-macam lagi. Terima kasihlah. Jadi undi tetap kepada orang yang telah memberi bantuan kepada kita,” katanya

    ReplyDelete
  6. Rakyat harus menilaid an membuat undian yang tepat.

    ReplyDelete
  7. EC akan memastikan PRU ini bersih dan terbuka semasa pengiraan undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami menanti bagaimanakah keadaan pengiraan undi secara langsung.

      Delete
  8. Semua parti harus bertindak rasional. Jangan membiarkan emosi mengakibatkan masalah dan menganggu ketenteraman.

    ReplyDelete
  9. Sudah pasti satu saingan giat diantaranya.

    ReplyDelete
  10. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah milik Barisan Nasional (BN).

    Menurutnya, kerusi itu telah dimenangi calon BN sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan mudah untuk mengubah pemikiran rakyat di kawasan itu jika pembangkang ingin mencuba nasib.

    Tambahnya, PAS tidak mempunyai harapan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.

    “Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya umum tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya.

    “Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 tak apa, tapi menang 2,434.

    “Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut akan mengumumkan calon BN pada jam 2.30 petang esok di Kuala Besut.

    Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Markas Besar Pemuda PAS, Kampung Nail Kuala Besut pada malam esok.

    PRK ini merupakan yang pertama selepas berlangsungnya pilihan raya umum berikutan wakil rakyat Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

    ReplyDelete
  11. Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar.

    Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa harus memastikan tiada kekecohan di sepanjang PRU ini.

      Delete
  12. Beliau berkata langkah keselamatan yang diambil adalah untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

    Menurutnya polis menjangkakan jumlah kenderaan dan orang luar yang datang ke Kuala Besut sama ada jentera parti politik yang bertanding atau pemerhati akan bertambah dalam beberapa hari lagi.

    ReplyDelete
  13. Sementara itu beliau mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika berkempen.

    Beliau berkata setakat ini polis belum lagi menerima sebarang permohonan dan permit untuk kempen PRK di Kuala Besut.

    ReplyDelete
  14. Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mahu melantik seorang pegawai yang bertanggungjawab menguruskan kerja sebagai wakil rakyat jika menang sedangkan beliau akan terus menguruskan perniagaannya di Kota Baru.

    Sebaliknya kontraktor kayu itu menyalahkan laporan media kerana didakwa memanipulasi kenyataannya berhubung perkara berkenaan.

    ReplyDelete
  15. Sebelum ini media rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan kenyataan Azlan yang dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ bahawa beliau bercadang melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya semasa ketiadaannya dalam ‘kawasan’. Kenyataan Azlan itu juga boleh ditonton menerusi laman YouTube.

    Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.

    ReplyDelete
  16. Menjelaskan lanjut Azlan berkata, jika dipilih menjadi wakil rakyat Kuala Besut, beliau akan menyalurkan semua gajinya kepada tabung khas bagi membantu rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, kebajikan dan suara rakyat harus dibela.

      Delete
  17. A friendly encounter and handshakes between two “local boys” representing opposing sides in the Kuala Besut by-election drew loud cheers from fishermen at a Fisheries Board Complex near here.

    ReplyDelete
  18. Fishermen in the area were thrilled to see Barisan Nasional candidate Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman and PAS candidate Endut@ Azlan Yusof exchanging greetings and pleasantries.

    ReplyDelete
  19. Both Tengku Zaihan and Azlan were in the area almost at the same time yesterday to garner support from the fishermen for the polls on July 24.

    ReplyDelete
  20. Speaking to reporters later, Tengku Zaihan said claims by PAS that he was not a local were outright lies.

    “I am a Kuala Besut boy. I was born here though I later went to school in Dungun and Kemaman, but that was only because I went to a boarding school,” he said in reply to PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali’s claims that he was unknown here as he was not local-born.

    ReplyDelete
  21. He said he had also previously served as the Besut district engineer for five years before being transferred to Putrajaya three months ago.

    ReplyDelete
  22. “People know my family is from Kg Nail in Kuala Besut and I always come home to visit my family,” he added.

    ReplyDelete
  23. Meanwhile, Azlan denied allegations that he would “pay” somebody to carry out his duties as assemblyman should he win in the by-election.

    ReplyDelete
  24. The allegations arose after a video recording of him saying that he would appoint somebody to represent him was uploaded on YouTube.

    ReplyDelete
  25. Azlan, however, explained that he was referring to appointing somebody to take care of his business in Kota Baru and that he was fully prepared to serve the people if he was elected.

    ReplyDelete
  26. Tentu tak ramai orang tahu mengenai latar belakang calon Pas Kuala Besut si Azlan @ Endut Yusof. Kalau Pas perkenal dan cerita, sudah tentulah cerita yang elok-elok saja. Seorang anak muda berjaya, kontraktor kelas A, bertanggung jawab dan lain-lain cerita retorik kebaikan si Azlan tu. Tetapi pernah orang tahu ke si Azlan ni bekas AJK Pemuda UMNO Kuala Besut?

    ReplyDelete
  27. Pernah? Rasanya kalau nak tunggu Pas 'khabor' memang tak 'khabor' la jawapnya. Menurut apa yang diceritakan oleh orang tempatan kepada penulis, si Azlan ni dulu cari 'makan' dengan UMNO, biasa la kontraktor.. UMNO pulak Kerajaan negeri, sudah tentu sanggup buat apa saja untuk dapat projek.

    ReplyDelete
  28. Golongan kontraktor macam si Azlan ini lah yang memperlingkupkan UMNO. Namun disebabkan kantoi dalam beberapa perkara, salah satunya menjadi penyumbang kepada parti lawan dan 'curang' kepada parti. Akhirnya Azlan di pecat!!

    ReplyDelete
  29. Perkara ini turut di confirmkan oleh Idrus Jusoh, Ketua UMNO Bahagian Besut yang juga merangkap Menteri Kewangan Kedua.

    Kata Idris,

    "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

    "Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media tempohari.

    ReplyDelete
  30. Itu bermakna, desas desus selama ini yang mengatakan si Azlan calon Pas tu bekas AJK Pemuda UMNO adalah benar. Cuma sebab beliau dipecat tidak dinyatakan secara tepat. Kalau nak ikut khabar angin, beliau ada terlibat dengan perkara yang tidak elok. Tapi biarlah, hanya orang tempatan sendiri yang tahu akan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  31. Penulis pun pelik dengan Pas ni, kata nak kemukakan calon terbaik untuk lawan UMNO di Kuala Besut, terbaik apanya kalau calon yang Pas kemukakan itu bekas ahli pemuda UMNO yang dah kena 'reject'.

    ReplyDelete
  32. Barang reject elok ke kalau nak guna lagi? Kalau UMNO/BN kemukakan Tengku Zaihan anak Ustaz dan pemuda berjaya sebagai calon, Pas pula kemukakan ahli pemuda UMNO yang dah kena reject dan bermasalah. Kalau anda jadi pengundi, yang mana lebih 'berselera' untuk anda pilih dan menjamin masa depan?

    ReplyDelete
  33. Pas terbukti tidak mempunyai modal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila mula menimbulkan isu remeh-temeh termasuk soal latar belakang calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam usaha meraih undi.

    Dalam sidang akhbar di sini hari ini, Pas melalui Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali mengedarkan kenyataan yang memperkecilkan Tengku Zaihan walaupun mengakui kehebatan latar belakangnya.

    ReplyDelete
  34. Namun, kenyataan itu tidak pula banyak mengangkat kelebihan calon Pas, Endot@Azlan Yusof selain kontraktor yang dicanang sebagai seorang yang mesra dan mudah dibuat 'kira bicara.'

    Mustapa yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks mirip wajah beliau mendakwa, Pas mendapat respons yang amat buruk mengenai calon BN daripada penduduk setempat dan pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh 'orang' dari Putrajaya dan bukan UMNO negeri atau bahagian.


    ReplyDelete
  35. "Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia lahir di sini dan mempunyai ahli keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula, dia tidak lahir di sini dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini.

    "Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas orang ramai. Kita tidak nafikan latar belakangnya yang hebat tetapi BN Terengganu tidak dapat menyelami isi hati rakyat yang mahukan seorang wakil rakyat yang benar-benar menjiwai rakyat," dakwanya.

    Yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.


    ReplyDelete
  36. Tindakan Mustafa itu bertentangan dengan kenyataan Endot yang menegaskan parti itu tidak akan menyerang peribadi lawan dan menjalankan kempen secara berhemah bagi menghormati Ramadan.

    Endot juga dilaporkan berkata, kempen harus dijalankan secara gentleman kerana beliau mengenali rapat Tengku Zaihan dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Idris Jusoh.


    ReplyDelete
  37. The aid provided by the government to fishermen and farmers is carried out continuously and not seasonally, like during elections, Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Tajuddin Abdul Rahman said

    ReplyDelete
  38. He said the government was always concerned with the well-being of the people and efforts were made to increase their income, especially of fishermen and farmers.

    ReplyDelete
  39. Political parties contesting in the Kuala Besut state by-election must have police permits even for the so-called mobile campaigns at Ramadan bazaars and other public places.

    ReplyDelete
  40. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin pendekatan sentuhan peribadi lebih disenangi rakyat berbanding aktiviti berceramah sepanjang berkempen pada bulan Ramadan ini.

    ReplyDelete
  41. "Oleh kerana berkempen jatuh pada bulan puasa, saya menggunakan pendekatan mengajak pengundi segenap umur berbuka puasa bersama serta ketika moreh selepas terawih.

    ReplyDelete
  42. "Selain itu kita juga mengumpulkan keluarga di sebuah rumah dan saya akan ke sana bertemu mereka bagi proses memperkenalkan diri kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita ketika bertemu peniaga dan pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini

    ReplyDelete
  43. Katanya, pendekatan turun padang ke semua kawasan tanpa mengenal kaum itu akan membuatkan rakyat lebih berpuas hati.

    ReplyDelete
  44. "Strategi berkempen secara turun padang dan bertentang mata mendekati rakyat adalah yang terbaik dalam menyelami permasalahan dan sedikit sebanyak merapatkan silaturahim," katanya.

    ReplyDelete
  45. Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut berpuas hati dengan sokongan pengundi muda hasil lawatan ke pos-pos pengundi muda setakat ini.

    ReplyDelete
  46. "Alhamdulillah, sambutan diterima memberangsangkan dan makin positif dari pengundi. "

    ReplyDelete
  47. Saya akan optimumkan masa berkempen ini sebaik mungkin dan akan terus pertingkatkan lawatan bertemu pengundi sehingga hari terakhir," katanya.

    ReplyDelete
  48. PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini mempertemukan Tengku Zaihan, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

    ReplyDelete
  49. Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

    ReplyDelete
  50. Voters not fooled by Anwar, says Idris

    BESUT (July 12, 2013): Voters are no longer fooled by the "drama" that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim creates, said Education Minister II Datuk Idris Jusoh.

    Idris believes that this is one of the factor why Barisan Nasional (BN) would be able to retain the Kuala Besut seat.

    ReplyDelete
  51. "Anwar's 'sandiwara' (drama) of asking people not to accept the election results and not wanting to take oath as MPs (in Parliament), but he ended up taking the oath and had lunch with the Prime Minister (in Parliament) while their supporters were demonstrating outside.

    "So people realise all this," said Idris in a press conference here today.

    ReplyDelete
  52. He, however, conceded there are other factors, such as the candidate Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman who is a 37-year-old civil engineer and the party he represents.

    ReplyDelete
  53. Idris, who is the deputy election director for the Kuala Besut by-election, said Tengku Zaihan has many factors to make him a winnable candidate.

    ReplyDelete
  54. "He is young, educated, a professional and has good character. This is the people want," he added.

    ReplyDelete
  55. Idris said Tengku Zaihan's age is also a factor as 55% of the electorates are young, making it an advantage for BN as well.

    ReplyDelete
  56. Idris also alleged that PAS candidate Azlan Yusof was a member of Pemuda Umno many years ago, however he was sacked from the party for showing tendency towards a "different party."

    ReplyDelete
  57. Earlier, Azlan had admitted that he was a former Umno member during his younger days, but said that was something in the past.

    ReplyDelete
  58. Pergerakan Puteri UMNO akan menggerakkan strategi mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.

    ReplyDelete
  59. Mutakhir
    PRK Kuala Besut: Puteri UMNO dekati pengundi muda pastikan kemenangan BN
    2013/07/15 - 10:52:51 AM Cetak Emel Kawan
    JERTIH: Pergerakan Puteri UMNO akan menggerakkan strategi mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.

    Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nordiana Shafie, berkata langkah itu penting memandangkan sikap pengundi muda adalah di luar jangkaan.
    "Walaupun ini kawasan menang tetapi kita mesti berusaha lebih dan tidak boleh berada dalam keadaan selesa.

    ReplyDelete
  60. Oleh itu, Pergerakan Puteri UMNO pusat dengan kerjasama Puteri bahagian dan negeri, kita akan mengadakan program mendekati pengundi terutama yang muda berumur 40 tahun ke bawah wanita dalam usaha membantu calon BN pada PRK ini," katanya ketika ditemui pada program Ihsan Ramadan dengan menyerahkan sumbangan kepada ahli pergerakan yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  61. Nordiana yang juga Ketua Puteri UMNO Terengganu berkata, pihaknya memberi pemahaman kepada pengundi mengenai usaha kerajaan untuk memartabatkan kehidupan mereka pada setiap kali berpeluang bertemu orang ramai.

    ReplyDelete
  62. Kadang-kadang ada isu yang ditimbulkan, kita beri penjelasan kepada orang ramai. Mungkin ada satu atau dua perkara yang belum dilaksanakan seperti isu pembangunan kerana ia mengambil sedikit masa.
    "Kita perlu fahamkan mereka dan nyatakan bahawa tiada kerajaan yang lebih baik daripada BN kerana kita sudah lama berkhidmat dan usaha untuk menambah baik parti ini sudah dijalankan bagi memastikan rakyat terbela," katanya.

    ReplyDelete
  63. Beliau berkata, pihaknya berpuashati dengan persiapan sempena PRK terbabit termasuk peranan Puteri mengendalikan bahagian teknologi maklumat (IT) bagi menganalisis bacaan dan perkembangan terkini berkaitan sikap pengundi.

    ReplyDelete
  64. Selain itu, katanya, ahli pergerakan terbabit juga mengedarkan risalah di tempat awam pada sebelah petang termasuk pasar Ramadan dan kedai bagi memastikan pengundi mengenai calon mereka dan memberitahu parti yang terbaik ialah BN.

    ReplyDelete
  65. KEKUATAN BN DI KUALA BESUT TIDAK MAMPU DITANDINGI PAS

    Kuala Besut akan menjadi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

    "Umno dan seluruh jentera Barisan Nasional akan berada di Terengganu untuk memastikan BN dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

    ReplyDelete
  66. SOKONGAN RAKYAT BERPIHAK PADA BN YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN PEMBANGUNAN DI KUALA BESUT

    Beliau yang berusia 38 tahun dan juga ahli PAS merasakan bahawa Umno mempunyai peluang dan kelebihan dalam pilihan raya Kuala Besut yang mana tarikhnya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

    "Saya tidak fikir PAS atau Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk menang. Majoriti yang diperolehi Umno di Kuala Besut semasa PRU-13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS," katanya.

    ReplyDelete
  67. SOKONGAN RAKYAT BERPIHAK PADA BN YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN PEMBANGUNAN DI KUALA BESUT

    Wan Saiful juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil.

    "Saya dapat melihat PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut," katanya.

    ReplyDelete
  68. SOKONGAN RAKYAT BERPIHAK PADA BN YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN PEMBANGUNAN DI KUALA BESUT

    Menurut Wan Saiful, jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga berlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.

    ReplyDelete
  69. SOKONGAN RAKYAT BERPIHAK PADA BN YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN PEMBANGUNAN DI KUALA BESUT

    "PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Mereka perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk pilihan raya Kuala Besut.

    "Mereka sedang menanti masa mereka untuk melihat bagaimana untuk menangani isu ini," katanya.

    ReplyDelete
  70. Kempen calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut diperkuatkan dengan sentuhan pendekatan dua bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi itu.

    ReplyDelete
  71. Dua bekas Adun Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman (1979-1999) dan Abdullah Che Muda (2004), komited untuk membantu Tengku Zaihan mempertahankan kerusi itu pada PRK 24 Julai ini,

    ReplyDelete
  72. Wan Zakaria menegaskan Tengku Zaihan merupakan calon terbaik berdasarkan keperibadiannya, latar belakang kerjaya dan sumbangan kepada penduduk di Kuala Besut selain anak tempatan.

    ReplyDelete
  73. Dalam kesibukan umat Islam membuat amal ibadah dalam bulan ini, penduduk Kuala Besut pula sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan pada 24 Julai depan.

    ReplyDelete
  74. Bagaimanapun kesibukkan mereka untuk mempertahankan dan mengubah tampuk pemerintahan yang baru di kawasan Dun Kuala Besut bagi menggantikan penyandangnya yang meninggal dunia Dr A Rahman Mokhtar tidak menjejaskan amal ibadah.

    ReplyDelete
  75. Malah, menurut seorang penduduk tempatan, Mohd Ridwan Che Som, 51, PRK yang akan berlangsung pada bulan Ramadan ini telah meramaikan makmum di masjid.

    ReplyDelete
  76. Tambahnya, kebanyakan penduduk di sini meluangkan masa turun ke masjid untuk berjumpa dan meramah mesra dengan pemimpin politik ternama termasuk menteri-menteri yang jarang berkunjung ke kawasan ini.

    ReplyDelete
  77. Dalam pada itu, seorang peniaga bazar Ramadan, Suraya Shukri, 27, berkata, sempena PRK ini jualannya laris dan memudahkannya untuk membuat persiapan untuk melakukan amalan di bulan Ramadan.

    ReplyDelete