Friday 12 July 2013

MP SANDAKAN MEMPERTIKAIKAN PEMBINAAN JALAN LIBARAN BYPASS

 

OLEH:  SHAIMON S JUMADI


AHLI Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong mengemukakan soalan kepada Menteri Kerja Raya semasa sesi soal Jawab di Sidang Parlimen mengenai projek Jalan Libaran Bypas dari Batu 8 hingga ke batu 32 Jalan Labuk Sandakan di bawah Rancangan Malaysia ke 10 sejak tahun 2011 lagi dan telah dijadualkan akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

 Masalahnya tambah Wong, sehingga kini projek berkenaan belum dimulakan sedangkan sudah memakan masa dua setengah tahun. Nilai peruntukan sebenar projek dan wang yang telah dibelanjakan amatlah dikesali kerana tidak diketahui umum.
Jelas Wong lagi, malangnya masa diperuntukan untuk persidangan itu tidak mencukupi untuk di jawab secara lisan oleh Menteri berkenaan. Tetapi Wong hanya menerima jawapan secara bertulis sahaja.
.
Menteri berkenaan menjelaskan bahawa projek tersebut diluluskan pada bulan Januari 2013, selepas Perdana Menteri balik dari lawatannya ke Sabah pada 16 Disember lalu. 

Amat dikesali, Menteri berkenaan tidak memberi penjelasan bagaimanakah lawatan Perdana Menteri ada kaitan dengan permulaan projek ini, dan mengapa ia harus menunggu sehingga tamatnya lawatan Perdana Menteri tersebut, memandangkan projek ini telah awal-awal diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10

Menteri juga berkata bahawa keseluruhan Jalan Bypass itu adalah sepanjang 25km, dengan bajet RM370 juta dan reka bentuknya sudah disiapkan pada bulan Mac tahun ini. Projek tersebut akan dijalankan dalam 4 Peringkat, dan Peringkat Pertama akan dibuka tender pada September ini dan dijangka siap awal 2014.

Sekali lagi, kata Wong tiada jawapan tentang mengapakah reka bentuknya hanya disiap pada Mac ini, dan mengapakah projek ini lambat dimulakan – walaupun Wong ada tanya dalam soalan beliau, mengapa projek itu belum dimulakan, sedangkan 2 ½ tahun sudah lalu sejak 2011.

Pada masa yang sama, Stephen Wong Tien Fatt (SANDAKAN)mengajukan pertanyaan kepada Menteri Komoditi dan Perladangan berkenaan status Lembaga Kelapa Sawit Malaysia tidak mengembalikan kutipan SES kepada Plaintiff dan juga semua pembayar SES yang lain dalam Kes Rayuan Sivil No. W-01-248-2010. Mahkamah Rayuan pada 2012 telah memutuskan SES ini melanggar perlembagaan dan tidak sah?

Untuk maklumat anda, SES tersebut telah dikenakan kepada sesetengah pihak dalam perindustrian kelapa sawit, tetapi bukan semua. Syarikat-syarikat kerajaan (GLC) seperti Felda dikecualikan daripada SES tersebut, dan pengecualian ini telah dikutuk oleh banyak pembayar SES sebagai berunsur diskriminasi kerana ia telah menambahkan kos para pembayar.

Malangnya, Menteri enggan menjawab soalan ini dengan merujuk kepada Peraturan 23(1g) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, atas sebab Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment