Wednesday 31 July 2013

PELAJAR CEMERLANG SABAH HARUS DIBERI PELUANG LANJUT PELAJARAN KE IPTA




Oleh: Shaimon S Jumadi



SANDAKAN:- Berhubung dengan  kenyataan  mantan  Timbalan Menteri Pelajaran, Wei Ka Siong tentang kegagalan kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA setiap tahun, fenomena ini tidak berkaitan dengan isu-isu dasar, tetapi  menampakkan perlaksanaan sistem pendidikan yang berat sebelah.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong (gambar) tidak setuju dengan kenyataan tersebut dan menyatakan  bahawa dasar pemilihan kemasukan ke IPTA tempatan yang kurang telus merupakan kunci utama kepada fenomena yang sering berlaku ini. Sekiranya dasar tersebut boleh dijalankan secara telus, bagaimanakah pentadbiran akan berlaku situasi yang berat sebelah?

Beliau  menjelaskan  bahawa terdapat dua peperiksaan untuk memohon kemasukan ke IPTA, iaitu Matrikulasi dan Tingkatan Enam (STPM). Matrikulasi memberikan kemasukan ke IPTA secara langsung selepas kajian bertempoh setahun, manakala bagi Tingkatan Enam pula, kajian harus dijalankan selama dua tahun dan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan keputusan STPM.

Stephen Wong menambah  bahawa, dengan sebab pelajar - pelajar dari Matrikulasi telah mengambil kedudukan majoriti di IPTA, menjadikan walaupun graduan STPM mencapai keputusan yang cemerlang pun turut dinafikan untuk kemasukan ke IPTA, sekiranya berjaya diterima oleh IPTA, mereka juga tidak dapat memperolehi subjek berdasarkan pilihan mereka.

Beliau menegaskan bahawa disebabkan ketidakadilan dasar itu, walaupun pelajar telah mencapai keputusan yang cemerlang (CGPA 4.0), mereka juga tidak diterima oleh IPTA tempatan. Hal ini adalah sangat tidak adil dan tidak munasabah, terutama hal ini telah berlaku setiap tahun. Tahun demi tahun, bagaimanakah kerajaan BN dapat menjustifikasikan mereka atas situasi ini?

Katanya lagi pada  tahun ini terdapat sekurang - kurangnya 40,000 pelajar yang memohon untuk kemasukan ke IPTA. Terdapat banyak pelajar cemerlang tidak mendapatkan subjek pilihan utama mereka dan terdapat juga banyak pelajar gagal untuk masuk ke IPTA. Hal ini adalah disebabkan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang tidak adil dan bukan berdasarkan prestasi dan merit para pelajar.

Beliau berasa kesal  terhadap  Wei Ka Siong  yang telah memegang jawatan tersebut selama 5 tahun, mengapakah dasar pemilihan kemasukan ke IPTA masih gagal memberi keutamaan kepada pelajar - pelajar cemerlang yang telah mencapai keputusan CGPA 4.0?
Stephen Wong berkata  ketika Wee Ka Siong memberi pendapatnya di Parlimen, DAP telah mencadangkan untuk mengadakan undang-undang supaya memastikan pelajar-pelajar cemerlang diberi keutamaan untuk memilih subjek pilihan mereka, tetapi Wee Ka Siong tidak berani memberi balasan atas cadangan ini.

Beliau menyifatkan bahawa orang - orang yang berbakat adalah harapan negara pada masa hadapan dan sangat berharga. Oleh itu, saya berharap kerajaan BN mengambil perhatian yang serius supaya pemilihan pelajar untuk kemasukan ke IPTA tempatan boleh dilaksanakan secara adil dan telus. 

“Pada masa yang sama, kerajaan BN haruslah mengambil tindakan terhadap orang yang menyebabkan penyelewengan sistem pendidikan, seperti yang dinyatakan oleh Wee Ka Siong, supaya pelajar-pelajar yang cemerlang dapat memperolehi subjek pilihan utama mereka untuk menlanjutkan pelajaran mereka di Malaysia” KATA Wong kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net kelmarin.

No comments:

Post a Comment