Tuesday 30 July 2013

SIARAN AKHBAR KETUA POLIS DAERAH KUDAT




oleh : Dawi Ossen (ABK, ADK ) DSP selaku Ketua Polis Daerah Kudat

       

KPD kudat DSP Dawi Ossen dan KBSJD kudat....komputer judi yg berjaya dirampas oleh PDRM Kudat.



Latar Belakang Kes

Bertindak atas maklumat pada  25/07/2013  jam l/kurang  7.40 malam sepasukan polis dari jabatan siasatan jenayah  ipd kudat semasa menjalankan Ops DADU –membenteras mesin perjudian telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di kawasan pekan Kudat  yang disyaki menjalankan  mesin perjudian Cyber.  Dalam serbuan tersebut telah berjaya menangkap 2 orang lelaki , 6 set komputer pelbagai jenama berserta peralatannya.  Turut dirampas  wang tunai  sebanyak RM 108.00  

Tangkapan

Seramai  2 orang lelaki tempatan  dalam lengkongan umur 30 tahun telah ditangkap kerana berada di primis tersebut yang disyaki pelanggan dan penjaga mesin perjudian cyber. 

Siasatan 

Kes ini disiasat dibawah sek. 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dihukum  denda tidak kurang dari Sepuluh Ribu Ringgit  dan tidak lebih dari Satu Ratus Ribu Ringgit setiap mesin yang dirampas dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun.  

Ulasan:

Selaku Ketua Polis Daerah Kudat  ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan judi khususnya perjudian melalui komputer Cyber .  Ini adalah kerana  ianya bukan saja merugikan tetapi membuang masa serta akan menggalakkan kegiatan itu terus beroperasi secara tersembunyi.  Operasi untuk membenteras perjudian khususnya perjudian jenis cyber  akan terus dijalankan dari masa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment