Wednesday 14 August 2013

621 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN KG CENDERAMATA TERIMA BANTUAN



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto : Rudy Abdul Karim



SERAH BANTUAN......Wong bersama  beberapa pemimpin kanan DAP telah menghulurkan bantuan kepada 621 mangsa kebakaran Kg Cenderamata berupa makanan, peralatan dapur dan pakaian



Demi membantu mangsa-mangsa tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Cenderamata  Batu Sapi pada hari lebaran pertama yang melibatkan 93 buah rumah dan membabitkan 621 keluarga yang menjadi mangsa keadaan, mereka tidak dipinggirkan untuk mendapat pelbagai bantuan daripada para pemimpin parti pembangkang khususnya DAP.


“Walaupun tragedi  kebakaran  berlaku di Kampung Cenderamata bukan di kawasan Parlimen Sandakan tetapi sebagai insan kita harus simpati terhadap insiden tersebut yang telah menimpa seramai 621 orang  yang hanya tinggal sehelai sepinggang harus mendapat bantuan," kata Stephen Wong.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Stephen Wong yang membuat lawatan bersama rombongannya terdiri daripada  3 orang  mantan calon PRU 13  antaranya  calon DUN Elopura  George Hiew , Frankie Poon DUN Tg Papat dan DUN Karamunting Calvin Chong untuk mangsa-mangsa berkenaan petang kelmarin sambil menghulurkan bantuan makanan seperti beras, air mineral, pakaian, tilam, bantal  dan kanvas sebagai bantuan pemelegaan sementara.


Memandangkan kanvas  yang dibekalkan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi, maka Wong merayu kepada pihak MPS supaya  menambah lagi bilangan untuk menempatkan  mangsa-mangsa tersebut.


Kata Wong lagi ini adalah kali ketiga pihaknya memberi bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaan  selama tiga hari berturut-turut.


Sementara seorang mangsa yang dikenali Edy Sumardi yang diwawancara oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net,  beliau dan bagi pihak  621 mangsa mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pihak DAP kerana masih sudi menhulur bantuan walaupun Kampung tersebut bukan kawasan mereka.


“Inilah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat walaupun seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang (DAP) tetapi masih ada ruang mendekati rakyat yang berdepan masalah sambil menghulurkan pelbagai bantuan untuk mangsa-mangsa kebakaran tersebut,” kata Edy kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa di wawancara.

No comments:

Post a Comment