Friday 30 August 2013

ADUN KUAMAT MENAMATKAN JAWATAN PENGERUSI JKKK SERAMAI 66 ORANG



Oleh: Shaimon S Jumadi



ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut, Masiung Banah  telah menamatkan  perkhidmatan 66 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuamut  dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Masiung Banah berkata tindakan tersebut dilakukan  untuk menyelaraskan semula pelantikan dan tamat tempoh perkhidmatan JKKK itu.

Penamatan perkhidmatan jawatan semua JKKK berkenaan tidak berkaitan dengan prestasi kerja mereka, sebaliknya bagi menambah baik sistem penyampaian sedia ada kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) DUN Kuamut di sini hari ini.

Masiung yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri berkata pada masa ini pengerusi JKKK terlibat diminta meneruskan tugas seperti biasa dan penamatan tugas mereka hanya berkuatkuasa selepas menerima surat penamatan jawatan.
Sementara itu, Masiung bercadang mewujudkan sebuah pejabat bergerak yang akan memberikan perkhidmatan dalam setiap Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di setiap kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuka dua lagi pejabat UPKR iaitu di Bukit Garam dan Tongod bagi menjimatkan masa penduduk berurusan berhubung soal kebajikan dan keperluan semasa.

No comments:

Post a Comment